Wah! Terkejut juga aku bila membaca kisah Bapa kecewa dengan Najwa di Berita Harian. Berita ini dicetak pada 18/10/2012. Dah agak lama tapi aku baru tahu....hrmmm....aku tertinggal LRT rupa-rupanya.
So sweet..... |
Daripada berita panas ini, aku juga baru tahu yang Najwa Latif ini mangsa perceraian. Ibu dan bapa dia bercerai pada 2008.
Aku cuma tahu pasal lagu-lagu yang Najwa Latif nyanyikan sahaja, macam CINTA MUKA BUKU & KOSONG. Best jugak layan lagu dia sebab jenis yang easy listening. Bab dalam kain dia, aku tak suka nak ambil tahu. Sekarang ini 'tertahu' lah pulak sebab berita ini sudah kecoh di internet dan blog.
Betul ke? |
Najwa Latif baru sahaja selesai menduduki SPM. Lepas struggle dengan SPM, dituduh pula ANAK DERHAKA....tapi dia ambil keputusan berdiam diri sebab nak jaga hati banyak pihak. Najwa latif tinggal dengan maknya selepas perceraian.
“Saya tidak mahu memberikan sebarang komen kerana perkara ini membabitkan keluarga. Banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri.” – Najwa Latif.
Penjelasan yang matang dari Najwa Latif |
Banyak yang kata bapa Najwa Latif gila publisiti. Kalau ia pun memang anak-anak dia sudah lupakan dia, rasanya tak elok dia hebohkan benda ini di media. Sudah tentu ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Baik dia selesaikan secara bersemuka dan tidak melibatkan media. Nanti tak pasal-pasal kena kutuk.
Itu cuma pendapat aku sahaja ler....
Siapa yang minat kat Minah YouTube ni, bolehlah lawati blog Najwa Latif di http://www.najwalatifs.blogspot.com/.