Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) |
Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang
kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini pada 8 Mac lalu adalah Nurul Nadirah
Abdullah, kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu. Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1 Mac 2012 di bawah Blok
A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim. Dia hilang ketika pergi membeli mi segera di kedai runcit berdekatan rumahnya.
Ketika kejadian pada jam 10.30 pagi Khamis lalu, ibu kanak-kanak terbabit Roselyn Alan, 25, berkata Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera.
Dia memberikan anaknya itu RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran dan terus melayari Facebook menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. Bagaimanapun, wanita itu tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua mereka.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,”
Al-Fatihah untuk arwah.
No comments:
Post a Comment