Rakyat Malaysia kini boleh memohon Pasport Malaysia dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun menerusi pewartaan baharu Kerajaan Persekutuan bermula 3 Jun 2026.
Sebelum ini, pasport Malaysia hanya mempunyai tempoh sah laku 5 tahun sahaja. Harga pasport Malaysia yang terkini adalah seperti berikut:
✅ Pasport 10 tahun dewasa terkini - RM350 ✅ Warga emas - RM175 ✅ OKU - Percuma
Gantian pasport hilang atau rosak:
Dewasa - RM400
Kategori lain - RM300
Perubahan ini diwartakan melalui Fees (Passports and Visas) (Amendment) Order 2026 dan mula berkuat kuasa pada 3 Jun 2026.
Kepada sesiapa sahaja yang sedang berusaha dan berazam memperbaiki diri untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik, dengarlah sedikit pesanan daripada Ustaz Izzhar Nazri tentang bahayanya berada dalam lingkungan manusia yang salah.
Menurut Ustaz Izzhar Nazri yang juga dikenali sebagai Da'i Izzhar, circle yang salah ialah apa sahaja yang menjauhkan kita dengan Allah dan Rasul.
Circle Yang Salah
Kita selalu rasa,
kalau kita ada keazaman yang kuat, kita boleh berubah jadi manusia yang lebih baik.
Tapi realitinya tidak seperti itu, Kuat mental macam mana sekalipun, akan slow-slow hancur, kalau kita hari-hari, duduk dengan circle manusia yang salah.
Cuba tengok balik surah Al Fatihah, Yang kita hari-hari baca, Kita ulang 17 kali sehari.
Dalam ayat yang ke-6, Kita minta pada Allah;
"Tunjukkan kami jalan yang lurus"
Tapi perasan tak,
Apa jawapan Allah pada ayat selepas itu?
"Jalan orang-orang yang engkau berikan nikmat"
Jadi,
bila kita minta jalan yang lurus daripada Allah SWT Alllah bukan hanya mention dan tunjuk tentang jalan sahaja Tapi Allah sebut tentang orang yang ada pada jalan itu Sebab Allah tahu,
Kita ini mudah sangat terpengaruh, dengan orang yang terdekat dengan kita.
Jadi kalau nak ubah perangai buruk itu, Sebenarnya kita boleh je buat sendiri, Tapi untuk kita kekal berubah dan bertahan, Itu belum tentu, Kalau circle kita ni hari-hari, Tarik kita masuk dalam lubang yang sama.
Dalam surah Al Fatihah, Bukan hanya permintaan dan rintihan, Supaya Allah keluarkan kita daripada persekitaran yang menjahanamkan, Tapi memasukkan kita dalam circle dan suasana yang terbaik.
Kalau kita nak tahu, Ke mana arah masa depan kita nanti, Tak payah susah-susahkan diri, Tinggal tengok saja, Siapa yang ada dengan kita hari ini.