Sudah tentunya saya sendiri. Travel naik train ini memberi satu pengalaman yang berbeza dan unik berbanding naik kapal terbang. Salah satunya, kita dapat tengok view yang menghijau, menyejukkan mata yang memandang yang sudah tentunya memberikan satu nikmat yang mendamaikan minda yang kepenatan. Itulah salah satu tujuan saya travel, ia salah satu cara saya melarikan diri (escapism) dari kepenatan kerja dan rutin seharian yang memenatkan dan sampai satu tahap ia jadi membosankan.
Setakat ini saya suka travel ke Thailand kerana saya boleh travel dengan keretapi bermula dari KL dan terus ke Bangkok. Thailand mempunyai jaringan sistem perkhidmatan keretapi yang boleh dikatakan tersusun dan sistematik serta meluas meliputi hampir kesemua lokasi di Thailand.
Memandangkan Hat Yai menjadi destinasi tumpuan orang-orang Malaysia bercuti, maka KTMB telah memperkenalkan satu perkhidmatan tren khas atau charter train yang dikenali sebagai MySawasdee. Bagi tahun 2024, KTMB telah mengeluarkan jadual perjalanan sepanjang tahun, tetapi terdapat perubahan harga berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tarikh-tarikh perjalanan sepanjang 2024:
1. April: 11 April - 14 April 2024
2. Mei-Jun: 31 Mei - 3 Jun 2024
3. Julai: 5 Julai - 8 Julai 2024
4. Oktober: 31 Okt -3 Nov 2024
5. November - Disember:
6 Dis - 9 Dis 2024
13 Dis - 16 Dis 2024
23 Dis - 26 Dis 2024
Harga Tiket Sehala (One-Way)
RM95 (714 Baht) - tempat duduk (regular seat, second class)
RM119 (894 Baht) - katil atas (upper berth in the sleeper carriage)
RM109 (819 Baht) - katil bawah (lower berth in the sleeper carriage)
Sleeper carriage/ katil
Tempat duduk
Tiket dijual secara sehala, jadi penumpang diberikan lebih fleksibiliti iaitu pilihan sama ada pergi atau balik menggunakan train yang sama atau dengan pengangkutan yang lain.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk jadual perjalanan pada gambar atau muat turun jadual perjalanan (PDF) berikut:
Kali ini nak cerita satu kisah yang agak kelakar dan kurang bijak.
Kadang-kadang, bila dikenangkan semula tindakan-tindakan masa lalu yang dibuat tanpa perancangan atau lebih tepat disebut sebagai terjah atau lebih sopan sikit boleh juga sebut sebagai unplanned, saya merasakan ia sebenarnya sesuatu yang ada nilai 'mahal' di situ. Tak sangka, walaupun ia tak dirancang tetapi ia menjadi satu kenangan yang agak manis dan mungkin tak akan dilupakan.
Alkisahnya pada bula Julai yang lalu, saya dengan tanpa perancangan tetiba rasa nak membuat satu lagi misi kembara solo buat kali kedua ke arah Selatan tanah air iaitu Johor Bahru. Sebelum ini pada tahun 2021, saya sudah selesai satu misi kembara solo yang juga ke Johor tetapi merentas Pahang kawasan Endau-Rompin, Mersing, Desaru, Pengerang, Johor Bahru melalui pesisir pantai tanpa melalui highway. Pada ketika itu hajat di hati nak masuk Pulau Tioman tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Bulan 12 memang tak sesuai nak masuk mana-mana pulau. Takut nanti tersadai berminggu-minggu tak boleh keluar ke darat.
Entah kenapa saya suka Johor, saya pun tak tahu, dan apabila ke JB, saya pasti rasa nak masuk Singapura. Nasib baik kali ini saya siap-siap standby pasport sebab saya tahu saya ni kaki terjah.
Hari terakhir sebelum kembali ke Kuala Lumpur, saya memandu kereta ke JB Sentral. Berpusing-pusing juga nak cari tempat parking kereta. Akhirnya saya parking kereta di tempat parking berbayar sebelah kanan bangunan JB Sentral. Dari tempat parking saya berjalan kaki ke JB Sentral. Dekat sahaja jaraknya. Saya bayar parking untuk 24 jam dengan kadar yang maksimum, kalau tak silap RM15. Kalau salah, maafkan saya.
Parking berbayar 24 jam ada security
Tempat parking tiada bumbung bersebelahan JB Sentral
Masuk JB Sentral terus beli tiket di kaunter KTMB untuk Train Shuttle Tebrau, kaunternya betul-betul depan pintu masuk JB Sentral iaitu Dewan Utama. Time beli tiket kena tunjuk pasport. Saya beli tiket return dan last train untuk return JB. Tiket return RM10, sangat murah saya kira. Selepas beli tiket, saya beli bekalan makanan minuman sikit untuk alas perut dan kemudian terus ke pintu A untuk pelepasan (Departure) dan pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Sistem agak canggih juga, hanya scan sahaja pasport dah boleh masuk. Perjalanan keretapi ke Woodlands tak sampai 10 minit. Ketika keluar dari train di Woodlands Train Checkpoint, saya dihampiri oleh pegawai KTM Singapura dan meminta saya delete video dan gambar yang saya ambil di stesen keretapi. Tak sangka, kawasan di situ tak dibenarkan rakam gambar dan video. Saya ikut jer arahan tetapi ketika itu ada sesuatu yang saya fikir bahawa mereka tidak terfikir atau mereka hanya menjalankan tugas semata-mata. Rakyat Singapura takkan tak tahu kewujudan cloud storage. Takpe, dont worry, be happy.
Ternyata nak masuk Singapura tak semudah seperti yang saya sangka. Sebelum pemeriksaan imigresen dan kastam Singapura, semua orang yang masuk Singapura wajib isi satu borang secara online untuk declare keberadaan kita di Singapura. Lebih kurang macam white card tetapi lebih complicated sikit. Pada ketika itu, line internet Maxis tidak lagi berfungsi kerana dianggap sudah berada di luar negara. Saya memang plan tak mahu beli apa-apa data kerana nak masuk sekejap sahaja. Nasib baik mereka sediakan hotspot dari wifi, maka selamatlah saya.
Dari Woodlands Train Checkpoint, saya ambil bas. Sistem pengangkutan awam Singapura memang canggih dan sistematik, cuma kita hanya perlu tahu ke mana hala tuju nak di terjah dan nombor bas mana yang kena ambil. Memandangkan saya membuat misi terjah, saya tidak membuat apa-apa pertukaran currency MYR to Dolar Singapore. Walaupun pada awalnya ada juga rasa berdebar-debar, tapi bayaran tiket bas boleh bayar guna kad kredit, maka selamatlah saya sekali lagi.
So, saya naik bas hanya pusing-pusing area Woodlands, masuk beberapa shopping mall, makan tengah hari di restoran Ayam Penyet Ria di Wood Square. Hanya mampu window shopping sahaja kerana tak mampu dan sebenarnya sangat sayang akan duit yang ada. Time tu sekali lunch dah habis 17 USD SDG bersamaan RM58++. Currency ketika itu, 1 USD Singapore bersamaan RM3.44, mak kau hijaulah jawabnya kalau nak shopping bagai.
Saya ingatkan saya tak perlu tukar duit tapi akhirnya misi tak perlu tukar duit terpaksa digagalkan kerana restoran Ayam Penyet Ria hanya terima bayaran cash dan beberapa kad yang tak pernah saya tengok dan mungkin hanya sah kegunaan di Singapura sahaja. Mereka malangnya tak terima kad kredit, Grabpay etc. Kelakar juga time ni. Ada juga kedai tak laku kad kredit. Maka terpaksalah saya cari money changer dan tukar duit akhirnya.
Dah rasa bosan pusing-pusing Woodlands tapi hari masih awal lagi, dah tak tahu nak ke mana. Saya tak sanggup nak tunggu last train (pukul 10 malam kalau tak silap), maka saya beli tiket lain untuk return JB kerana tiket return yang dah dibeli di JB hanya sah digunakan ikut time yang dibeli dan tidak boleh diubah. Alangkah ruginya saya kerana harga tiket train Woodlands ke JB adalah 5 USD Singapore (5 SDG) dan bukannya RM5. Nak marah tapi kena sabar. Saya hampir nak membebel dekat staf KTM Singapura tetapi masih berfikir secara waras tak nak burukkan imej rakyat Malaysia. Kelakar juga, angka tetap 5 tetapi nilainya berkali ganda.
Time masuk Woodlands Train Checkpoint untuk balik ke JB, saya tersesat dan salah masuk pintu. Rupa-rupanya saya termasuk pintu pemeriksaan imigresen dan kastam untuk balik dengan bas. Berdebar juga time ni. Entah macam mana boleh salah pintu masuk. Dalam pukul 5 petang, sangat ramai orang ketika itu. Mostly mereka orang JB yang bekerja di Singapura. Semua orang berjalan dengan sangat laju. Mungkin disebabkan itu, saya terikut-ikut mereka dan salah laluan. Maka bersesak-sesaklah saya dalam bas. Nasib baik sekejap sahaja dah sampai JB Sentral. Masa naik bas, takde orang check tiket, maka selamatlah saya sekali lagi.
Begitulah pengalaman terjah negara orang. Ianya tidaklah mudah seperti apa yang saya fikirkan. Nasib baik, semua masalah yang timbul dapat diatasi dan tidak buat saya jadi gabra. Ini merupakan kali kedua atau mungkin ketiga saya masuk Singapura dan kali pertama guna keretapi. Kali pertama masuk Singapura dengan kereta beberapa tahun lepas sebelum Covid19 bersama seorang teman.
Banyak lagi hal kurang cerdik yang berlaku tetapi tak mampu nak diceritakan di sini. Cukuplah ia menjadi pengalaman sebagai koleksi peribadi.
Alhamdulillah, kerajaan telah mengumumkan pembukaan semula sempadan negeri pada 11 Oktober 2021 selepas hampir 2 tahun kita rakyat Malaysia berperang dengan pandemik COVID-19, namun masih tertakluk kepada warganegara yang sudah lengkap 2 dos vaksinasi.
Ramai yang mengambil peluang kebebasan rentas negeri ini dengan pergi melancong dan bercuti bersama keluarga masing-masing. Memandangkan Selangor dan kebanyakan kawasan Lembah Klang mengalami krisis ketiadaan air buat sekian kalinya, maka saya dan suami secara tiba-tiba membuat misi mencari air di luar Lembah Klang.
Mengikut Air Selangor, gangguan bekalan air bermula 13 Oktober akan berlaku beberapa hari dan pada hari pagi Sabtu, 16 Oktober, rumah kami belum ada air mungkin disebabkan kawasan rumah kami agak tinggi dan memerlukan tekanan air yang lebih kuat.
Tanpa membuang masa, tengah hari Sabtu, kami bertolak ke Pengkalan Balak, Melaka melalui PLUS Highway. Jalan agak tenang, tiada kesesakan lalu lintas.
Pengkalan Balak, Melaka memang telah lama menjadi impian kami untuk bermalam di sini kerana kebanyakan chalet di sini betul-betul mengadap laut, namun tidak pernah diberi kesempatan kerana tiap kali kami bertanya, semua bilik telah penuh.
Kami tiba di Pengkalan Balak, Melaka lebih kurang pukul 6 petang dan terus mencuba nasib bertanyakan kekosongan chalet di sini.
Chalet pertama kami singgah adalah Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai. Kali pertama saya turun dari kereta, saya lihat signboard pintu masuk ditulis 'PENUH', jadi saya berpatah balik ke kereta. Suami minta saya mencuba sekali lagi dengan bertanya sendiri di kaunter chalet, jadi turun semula dan bertanya sendiri staf di pejabat chalet.
Alhamdulillah, ada satu bilik yang kosong kerana ada tetamu yang membatalkan tempahan pada saat akhir. Rezeki!
Akhirnya kami berpeluang menghabiskan cuti hujung minggu kami di chalet tepi laut Pantai Pengkalan Balak, Melaka setelah bertahun-tahun gagal.
đź“ŚChalet Di Pantai Pengkalan Balak, Melaka
1. Betul-betul tepi laut, mengadap pantai
2. Pilihan chalet bajet banyak, harga berpatutan
3. Ada tempat BBQ di depan chalet dan di tepi laut
4. Pesisir pantai yang panjang dan disediakan ruang pejalan kaki
5. Tempat makan banyak pilihan, ada kedai makan pesisir pantai
6. Sangat sesuai tempat mandi laut tetapi perlu mandi/bilas badan selepas mandi laut di chalet penginapan sendiri kerana saya tidak nampak ada tandas awam disediakan di sekitar tepi pantai (tidak seperti Port Dickson).
7. Kebanyakan tempahan chalet dibuat melalui panggilan telefon kerana tidak banyak chalet di sini mengiklankan bilik di aplikasi tempahan penginapan seperti AGODA, BOOKING.
đź“ŚTeratak Rehat Atie Ira Calet D'Pantai
1. No. HP untuk tempahan: 019-2172317 / 019-3758981 (merujuk pada resit bayaran).
2. Kemudahan bilik - aircond, TV (Limited channel), air panas untuk mandi, tuala mandi dan sabun disediakan, ubat/berus gigi tidak disediakan.
Teratak Rehat Atie Ira Calet D'Pantai - gaya rumah kampung
Teratak Rehat Atie Ira Calet D'Pantai - gaya asrama
Tempat BBQ disediakan di hadapan chalet di tepi laut
Tempat BBQ disediakan di hadapan chalet di tepi laut
Tempat BBQ disediakan di hadapan chalet di tepi laut
Tempat BBQ disediakan di hadapan chalet di tepi laut
Aktiviti santai di tepi pantai sambil mandi-manda
Kawasan pantai yang berbatu
Boleh berjalan kaki sepanjang pesisir pantai
Kawasan pantai yang berpasir, dari sini boleh berjalan kaki dari chalet ke kedai makan di tepi laut yang dibuka waktu pagi sehingga malam - Restoran D'Pelampung.
Ada aktiviti sukaneka di sini
Mandi-manda di laut.
Ruang pejalan kaki, boleh berjalan-jalan (brisk walk) sambil menikmati angin laut.
Main buai sambil menikmati pemandangan laut dan angin sepoi-sepoi dari laut.
Ada yang berBBQ di tepi laut pada waktu malam.
Pemandangan waktu malam, kedai makan dan kedai menjual keperluan mandi-manda.
Restoran D'Pelampung betul-betul mengadap laut, dibuka dari waktu pagi.
Restoran D'Pelampung betul-betul mengadap laut, dibuka dari waktu pagi.
Ada chalet menyediakan tempat membilas diri selepas mandi laut.
Obor-obor yang merbahaya ditemui.
Tangga menuju ke laut.
Selamat jalan! Jaga kebersihan pantai yang indah ini.
Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan kembali berceloteh setelah sekian lama membisu. Hampir 2 tahun kita bertarung dengan pandemik COVID ini, hari ini berita gembira buat rakyat Malaysia iaitu rakyat Malaysia dibenarkan melancong ke Pulau Langkawi bermula hari ini sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September.
Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis Gelembung Pelancongan atau 'Travel Bubble' bagi merancakkan kembali industri pelancongan Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik dasyat ini. Saya fikir strategi serampang 2-3 mata ini patut disokong namun perlu dilaksanakan dengan sangat berhati-hati supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
Mengikut MKN, kadar vaksinasi penduduk dewasa Langkawi sudah melebihi 80%.
Hari ini, HARIAN METRO melaporkan, 5 orang daripada 2,546 individu yang disaring di pintu masuk udara (KLIA) di dapati positif COVID-19 dan mereka ini tidak dibenarkan memasuki Langkawi dan diarah menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Alhamdulillah, satu tindakan pantas pihak kerajaan mengekang penyebaran virus ini dan mengelakkan berlakunya peningkatan kes dan munculnya kluster baharu.
2. Keputusan ujian COVID-19 adalah negatif dan bukan kontak rapat kes positif COVID-19. 3. Surat kebenaran PDRM jika menggunakan pengangkutan darat, jika guna pengangkutan udara (flight) tidak perlu surat kebenaran PDRM.
4. Semua fasa PPN kecuali kawasan PKPD. 5. Khidmat Agensi Pelancongan berlesen jika guna jalan darat - pengangkutan ke jeti feri guna kenderaan persiaran. Kenderaan persendirian sama ada sendiri dan sewa tidak dibenarkan kecuali dari Kedah dan Perlis.
SOP terperinci oleh MOTAC:
Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;
Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;
Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;
Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;
Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;
Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:
Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan;
Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;
Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);
Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;
Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan
Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.
Wajib jalani ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas sama ada melalui udara atau darat.
Untuk makluman, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah mengeluarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada 30 Jun 2016 dengan tujuan melindungi hak-hak pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia.
Di bawah Kod Perlindungan ini, antara perkara-perkara penting yang diberi penjelasan dan perlu kita ambil tahu ialah:
1. Jika penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat
Dalam hal ini penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma iaitu makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet. Penumpang juga hendaklah ditawarkan penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.
2. Bagi kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih
Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.
3. Bagi kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih
Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.
4. Jika penerbangan dibatalkan
Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara pembayaran ganti rugi dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli termasuk cukai dan fi ATAU ditawarkan perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding.
5 perkara penting yang perlu dilakukan sebelum anda terbang
Sumber :
First Schedule, Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016
1. Tempah awal tetapi jangan terlalu awal
Tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Maka sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tokyo, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo.
2. Tempah pada hari Selasa dan Rabu
Hari Selasa dan Rabu merupakan salah hari paling baik untuk membeli tiket flight. Kebanyakan syarikat penerbangan biasanya akan menetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dilakukan kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang hanya mempunyai masa luang untuk menempah tiket pada hari minggu. Berdasarkan statistik, memang terbukti kebanyakan orang hanya akan survey harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
3. Pilih hari penerbangan yang sesuai
Tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad di mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.
4. Terbang Sehala VS Terbang Pergi/Pulang
Kebiasaannya pembeli tiket pergi/pulang (return ticket) akan ditawarkan harga lebih rendah. Tetapi ada masanya, jumlah harga tiket sehala (pergi) dan tiket sehala (pulang) itu lebih rendah dari membeli tiket return.
Hal ini terjadi kerana kebanyakan promosi tiket adalah untuk sehala. Tiket dijual secara promosi supaya tiket itu boleh habis terjual. Contohnya tiket dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu adalah tiket promosi (mungkin kuota tiket murah masih ada), tetapi jarang pula tiket dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dijual secara promosi kerana permintaan tiket dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur lebih tinggi.
5. Cari ‘Best Deal’ untuk penerbangan antarabangsa
Periksa tiket dalam tempoh 11 hingga 12 minggu (3 bulan) sebelum penerbangan kerana kebanyakan syarikat penerbangan akan menawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. 6. Pilih untuk mendarat di lapangan terbang kecil
Turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi. Contohnya, kalau hendak ke London, biasanya ramai akan memilih untuk mendarat di Heathrow. Selepas ini, jangan turun di Heathrow, sebaliknya cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester boleh naik train ke London.
7. Buang ‘cookies’ atau 'clear cache'
Sila buang cookies atau clear cache pada komputer riba, telefon pintar dan PC sekiranya selepas melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Ini kerana melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan mengandaikan anda pernah/sudah melawat laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan menetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda ke laman web itu berulang kali. Amalkan tabiat padam cookies atau clear cache di internet browser anda itu.
8. Gunakan Incognito atau Private Browsing
Bila anda melawat ke website syarikat penerbangan, mereka akan meletakkan cookies ke dalam PC/laptop dan boleh mengetahui di mana lokasi anda dan maklumat web browser anda. Dengan cara itu, mereka tahu anda sebenarnya berminat untuk membeli tiket tersebut tetapi masih belum membuat keputusan.
Untuk mengelakkan perkara tersebut, cuba layari internet menggunakan Private Browsing (jika menggunakan Mozilla) atau Incognito (Jika menggunakan Chrome atau Safari). Melalui cara ini, maklumat anda tidak akan sampai kepada mereka dan akan dipadamkan selepas web browser ditutup.
9. Bandingkan harga tiket menggunakan Search Engine Penerbangan
Di internet terdapat perkhidmatan online untuk membandingkan tiket flight murah di pelbagai destinasi. Contohnya adalah Skyscanner dan Kayak. Tiket flight menjadi lebih murah kerana mereka menerima komisen daripada syarikat penerbangan jika tiket terjual. Peratusan komisen dikurangkan bagi merendahkan harga tiket. Jangan terkejut jika guna search engine memberi harga tiket flight murah, lebih rendah dari membeli di laman rasmi syarikat penerbangan itu sendiri.
Skyscanner - banding harga tiket paling murah ikut bulan pun boleh
Anda boleh gunakan search engine yang berikut untuk bandingkan harga tiket flight:
1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight (GOOGLE FLIGHT)
6. Ita Software
10. Aktifkan Price Alert Button
Skyscanner dan beberapa search engine yang popular ada price alert dimana jika berlaku promosi atau penurunan harga, mereka akan mengirimkan email makluman. Mulakan carian awal, beberapa bulan sebelum perjalanan dan aktifkan price alert segera.
11. Tempah selepas pukul 12 tengah malam sehingga pukul 5 pagi
Cuba anda periksa harga tiket pada waktu malam dan bandingkan juga harga tiket pada waktu siang kerana jika anda bernasib baik harga tiket sebelah malam lebih murah. Ini kerana kadangkala terdapat pembatalan tiket dan selalunya kerusi itu akan dibuka selepas waktu tengah malam.
12. Langgan Email & Muat Turun Aplikasi Syarikat Penerbangan
Anda tidak perlu semak harga tiket setiap minggu atau setiap hari. Setelah melanggan email sesebuah syarikat penerbangan, syarikat tersebut akan memaklumkan kepada anda jika ada promosi yang sedang berlangsung. Malah anda juga mungkin mendapat informasi tentang promosi yang akan ditawarkan, beberapa hari sebelum ianya dipaparkan di website syarikat penerbangan tersebut.
13. Menebus mata ganjaran
Daftar untuk loyalty programme syarikat penerbangan yang sering anda gunakan. Sign up adalah percuma dimana setiap kali anda membeli tiket, anda akan mendapat point. Setiap point yang dikumpulkan boleh ditebus untuk mendapatkan penerbangan percuma ke destinasi yang ditetapkan. Menebus itu percuma, harga tiket juga percuma. Namun caj yang lain-lain seperti airport tax tetap perlu dibayar.
Contohnya daftar Big Shot untuk penerbangan Airasia dimana Airasia akan email pada semua pemegang Big Shot bila mereka adakan promosi. Jadi inilah peluang untuk tebus mata ganjaran (redeem point).
BIG Shots Airasia
14. Jangan bayar tempahan tiket menggunakan kad kredit atau kad debit
Syarikat penerbangan contohnya Airasia akan mengenakan bayaran pemprosesan semasa anda mahu membayar tempahan tiket sebaik selesai semua urusan memasukkan butir-butir penumpang. Bayaran tempahan tiket menggunakan kad kredit, kad debit, kad caj akan dikenakan caj memproses tempahan menggunakan direct debit sebanyak RM8.48 termasuk GST dan ia adalah dikira per guest. Manakala bayaran menggunakan debit ke akaun bank pula bayarannya lebih rendah iaitu RM4.24 per booking (hampir sekali ganda bezanya).
Bagi penerbangan Airasia, cara paling bagus adalah menggunakan kad prepaid BIG Prepaid Master Card Airasia itu sendiri. Masukkan duit ke dalam kad tersebut dan anda boleh tempah tanpa sebarang bayaran pemprosesan tambahan di samping mendapat point.
15. Tempah Tiket Bersama Hotel
Kebanyakan syarikat penerbangan, Online Travel Agent (OTA) dan travel website menyediakan kemudahan tempahan tiket penerbangan bersama hotel. Antaranya seperti AirasiaGo, Expedia, Kayak dan Momondo. Kadangkala tempahan tiket dan hotel dalam satu belian lebih murah berbanding tempahan secara berasingan.
Chatuchak Weekend Market atau Jatujak Weekend Market atau JJ Market adalah pasar paling besar di Thailand yang terletak di Kamphaeng Phet 2 Road, Chatuchak, Bangkok. Lebih 8000 gerai ada di sini yang dibahagikan kepada 27 bahagian. Barang-barang yang dijual adalah seperti pakaian, barangan antik, makanan/minuman, haiwan peliharaan, tumbuhan, perabot, hiasan rumah dan juga buku. Pendek kata, macam-macam ada.
Ikon penting penunjuk arah adalah clock tower di tengah-tengah
Sumber dari Google, lokasi JJ market
JJ GREEN MARKET
Kami ke JJ Green Market selepas maghrib, Ahad, 11 Disember 2016. Dari guesthouse kami ambil grabcar. Agak jauh juga JJ Market dari tempat penginapan kami di Bangkapi, lebih kurang 20 minit perjalanan. Tambang grabcar (ekonomi) lebih kurang THB150 ke sana. Sampai di Chatuchak jalan sesak teruk. Suasana night market di sini lebih kurang sama macam night market yang saya pergi di Chiangmai. Cuma di Chiangmai lagi ramai orang hingga berjalan pun macam beratur.
JJ Green Night Market secara peribadi lebih sesuai untuk muda-mudi kategori hipster, gypsy, indie sebab banyak barangan bertema seperti itu dijual di sini.
Pintu masuk, dibuka dari jam 5 petang hingga 2 pagi
grrrrr....
Pengunjung memang ramai
Antik dan rare...
Bundle di mana-mana sahaja
MAKANAN / MINUMAN
Makanan halal ada dijual disini. Jangan risau ok. Burger halal pun ada. Cuma kena bersabarlah sikit sebab ramai orang. Kena tunggu giliran tempat duduk. Huhuhu...
Halal food - nasi dan telur goreng berlauk. Resepi ni tak ada di Malaysia
Macam-macam jenis pilihan lauk untuk digoreng bersama telur dan makan dengan nasi...sedap!