Pages

9 Dec 2020

Bapa Adik Fattah Anas Kena Sihir, Muntah Keluar Dar*h & Jarum Karat

Kemaskini (2.1.2024) 

Salam semua. Sebagai menghormati adik Fattah Anas dan keluarganya, post ini telah dikemaskini dengan mengeluarkan gambar-gambar yang tidak sesuai untuk tatapan publik.

...............

Semalam saya ada tertengok satu tajuk video berlegar-legar di Youtube tentang adik Fattah Anas yang bermimpi pelik, tetapi saya tidak tergerak hati untuk menontonnya.

Hari ini saya tertengok lagi dan terus saya tonton.

Allahuakbar!

Mengejutkan!

Rupa-rupanya bapa kepada adik Fattah Anas yang viral kira-kira dua tahun lepas disebabkan video adik ini berada dalam sangkar kucing sedang menderita akibat perbuatan SIHIR. 

Video adik Fattah Anas yang viral tersebut memang melucukan. Adik Fattah Anas yang kini merupakan selebriti media sosial (kadang-kadang boleh jadi media so-sial) mempunyai pengikut (followers) melebihi 1.2 juta di Instagram dan menjadi duta beberapa produk.

Bapa kepada adik yang dah jadi influencer ini yang dikenali sebagai PAPA DAUS atau nama sebenarnya Mohamad Firdaus, 27 tahun, mendedahkan di IG fattahanas_boyyeah, bahawa beliau sedang menderita terkena SANTAU / SIHIR. Beliau dikatakan mengalami muntah darah yang mengandungi jarum tajam / paku berkarat.

Video berikut adalah video adik Fattah Anas diganggu mimpi pelik seolah-olah ingin merenggangkan hubungan ayah-anak yang sememangnya sangat rapat.

UPDATE: Akaun Instagram fattahanas_boyyeah kini telah ditukar kepada 'PRIVATE'. Saya tidak mengikuti IG mereka ini dan tidak pasti sama ada ia memang 'private' dari awal atau tidak, tetapi secara logiknya, selebriti biasanya jadikan setting akaun media sosial mereka sebagai 'public'.


Sumber: IG Fattahanas_Boyyeah

Instagram fattahanas_boyyeah adalah 'private'

Sumber:

1. https://ohmymedia.cc/muntah-darah-serta-jarum-karat-bapa-adik-fattah-anas-terkena-sihir/

2. https://www.mingguanwanita.my/ampunkan-saya-jika-sakitkan-hati-kamu-papa-fattah-anas-dipercayai-kena-buatan-orang/

3. https://www.thevocket.com/keluar-darah-dan-jarum-tajam-keluarga-adik-fattah-anas-menderita-terkena-sihir/

4. [VIDEO] Viral alahai budak ni boleh pulak duduk dalam sangkar comel je

5. [Video] Fattah Anas Mimpi Jumpa 2 BUD4K Kecil...


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks