Pages

20 Apr 2026

Nota Perempuan Jomblo [7]: Pendosa Kecurangan Versus Isteri Yang Beruntung


Nota Kaki Pendosa Kecurangan


Cerita suami orang mahupun isteri orang yang curang tak pernah surut malah semakin menjadi-jadi. Kebiasaannya tragedi kecurangan ini bermula tanpa ada niat atau plan. Peluang untuk berlaku curang sememangnya sentiasa ada. Peluang itu sentiasa wujud sejak azali lagi menanti untuk menjerat mangsa-mangsa. Kecurangan biasanya bermula secara perlahan-lahan apabila diri sendiri membuka dan menggunakan peluang yang telah sedia wujud.

Mungkin ada yang sengaja mencari peluang berlaku curang untuk menghilangkan kebosanan, mungkin untuk membuktikan sesuatu kepada seseorang, mungkin kerana sudah hilang iman dan maruah diri, mungkin kerana hanya semata-mata nak tunjuk level kejantanan atau aras kegedikan; test market bak kata orang zaman sekarang.

Walau apapun alasan dan sebab,

Sedarlah bahawa dunia ini pentas tipu daya dan medan ujian.

Dosa kecurangan terangkum bersamanya dosa zina, dosa menipu dan berbohong, dosa khianat, dosa pecah amanah, dosa berlaku zalim, yang mungkin boleh membawa bahana yang lebih dasyat iaitu membvnvh.

Berbahagialah kepada yang lulus ujian.

Bertaubatlah kepada yang pernah gagal.

Allah itu Maha Pengampun,
walau segunung dosa hamba-hambaNYA.

________________________________________________________


Ini sedikit pesanan ikhlas buat suami, bakal suami, suami masa hadapan:


ISTERI YANG BERUNTUNG


Beruntunglah seorang isteri
yang dikurniakan suami seperti ini:

Suami yang berilmu,
Menjaga pandangan dan menjarakkan diri daripada perempuan ajnabi.

Dingin terhadap perempuan yang bukan haknya,
namun lembut, ramah dan romantis hanya untuk isterinya.

Tidak mengejar perhatian manusia,
tidak mencari populariti di media sosial,
tetapi cukup dikenali melalui ilmunya.

Dialah lelaki yang menjaga maruah diri,
dan memuliakan isterinya.

Maka beruntunglah isteri yang memiliki suami sebegini.

— Ustaz Mubarak Bamualim



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment