Geram jer aku tengok HIV Virus ni. Rasa nak cabut-cabut dia punya 'cendawan' yang menyerabutkan tu!
Alkisahnya, ada seorang budak berusia 7 tahun mengidap Leukemia iaitu sejenis kanser darah. Dia sekarang ini sedang menjalani rawatan. Selalunya pengidap kanser akan jalani rawatan kemoterapi tetapi pelik pulak rawatan yang dijalani oleh si budak bernama Emily Emma ni. Dia menjadi bahan eksperimen oleh para doktor yang merawatnya. Kaedah rawatan baru itu pula dikatakan lebih berjaya berbanding kaedah kemoterapi.
Penyakitnya dirawat menggunakan Virus HIV...? Biar betul.
" Emma, diagnosed with ALL in 2010, underwent an experimental procedure involving a disabled form of HIV, the virus that causes AIDS, after two unsuccessful courses of chemotherapy failed to achieve sustained remission. The treatment, pioneered at The Children's Hospital of Philadelphia, is similar to therapies being developed at other cancer centers around the U.S. "
" The experimental technique relies on help from a disabled form of HIV because the virus is adept at carrying genetic material into T-cells so they’re able to kill off cancer cells. Those genetically altered T-cells go to work attacking cells in the body that play a role in the development of leukemia. "
Macam-macam dunia perubatan sekarang ini. Setakat ini virus yang paling orang takut virus inilah tapi ia bakal menjadi ubat kepada penyakit Leukemia. Tiada yang mustahil.
Aku rasa dengan tengok gambar pun kita dah jelas. Aku ambil ini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan pembaca supaya tidak terjerat dan terjerut leher sendiri.
Sebagai manusia kita sering lupa dan tersasar. Kadang-kadang kita terjerat dengan trend semasa. Kadang-kadang kita menjadi mangsa fesyen yang konon-kononnya dikatakan fesyen MUSLIMAH.
2# Dialog adik-kakak
Adik : Kakak thu x bila perempuan yg TAK SUKA TUTUP AURAT mula menutup auratnya dgn sempurna?
Kakak : masa haji kot adik,
Adik : salah...cuba teka lagi,
Kakak : masa kawin???
Adik : Salah jugak, teka la lagi
Kakak : apa dia dik?? kakak x thu la.
Adik : tadi ustazah cakap kat skolah , perempuan yg tak suka menutup
auratnya akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia
DIKAFANKAN..maka akan TUTUP BUAT SELAMA-LAMANYA.......
Orang Melayu dan nasi memang tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan, mungkin orang itu bukan orang Melayu. (Sekadar hipotesis makcik yang tak habis sekolah ok).
Agaknya Mat dan Minah Salleh kat luar sana makan tak nasi? Masa aku kecik-kecik dulu, aku ada juga terpikir pasal benda ni. Mungkin aku dapat jawapannya bila aku pergi melancong ke Amerika nanti.
Sebenarnya aku sedang dalam proses nak kuruskan badan yang sudah mengelembung macam belon. Inilah akibatnya masa makan tak ingat dunia. Lepas makan, mata pun kuyu, lepas tu zzzzzz. Badan aku naik ini, dari 52kg kepada 60 kg dalam masa 6 bulan selepas makcik dipaksa makan ubat pil perancang oleh doktor. Naik senang sangat tapi bila nak disuruh turun....seksanya batinku. BMI makcik sudah tidak ideal lagi.
Ramai kawan-kawan yang lama tak jumpa pulak dok mengata yang aku ni " nampak lain", "berisi yang takde isi", "makin sihat" dan macam-macam perkataan yang manis-manis tapi sebenarnya mereka nak kata aku ni GEMUK tapi takut. (Dasar hipokrit!)
kesian kat mesin timbang...terseksa
oklah...berbalik pada tajuk.
Orang banyak bercakap tak makan nasi boleh kurus. Memang boleh kurus!
Dengan syarat ~
tidak makan makanan yang lebih tinggi kalorinya berbanding nasi macam pizza, burger, KFC, makanan bergoreng dan sewaktu dengannya. Contohnya makcik tak ambil menu a tapi gantikan denganmenu b. Fuhh, lihat dan bandingkanlah nilai kalorinya!
Menu a : satu cawan nasi + seketul ayam bakar tanpa kulit + sayur tumis air = 270 kalori
Menu b : 3 biji karipap = 380 kalori
makan makanan lain menggantikan nasi sebagai sumber karbohidrat yang lebih rendah kalorinya. Contoh makanan berkarbohidrat yang lain ;
ubi - ubian spt ubi kentang, ubi keledek, keladi - rebus sahaja
oat
mihun, mi, kuey teow yang direbus spt mihun sup
roti spt roti sandwich
biskut
Rupa-rupanya karipap ini tinggi
kalorinya. Aku selalu makan masa sarapan sebelum mula kerja. Patutlah
GEMUK... Nasib baik aku cover balik dengan tak makan tengahari.
Kita tidak boleh meninggalkan sumber karbohidrat dalam diet kita sebab karbohidrat membekalkan tenaga untuk tubuh badan kita berfungsi. Jika kita tidak ambil karbohidrat, sumber tenaga akan diperolehi daripada sumber lemak dan protein.
Tapi ingat...
Apabila kita mengambil lemak dan protein berlebihan, diet kita bukan lagi diet seimbang. Ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada tubuh seperti -
Kali ini aku nak cerita pasal raja buah. Sudah 2 hari mulut aku berbau durian. Ini semua sebab ada lori menjual durian dekat dengan rumah aku dan aku memang tak boleh tahan air liur menengoknya. Mula-mula aku beli 10 ringgit, dapat 3 biji. Hari ini aku beli lagi 20 ringgit, dapat dalam 7 biji.
Siapa tahu apa khasiat buah berduri ini?
Kalau nak tahu durian kaya dengan asid folat. Sapa yang ada penyakit anemia (kurang darah merah), makanlah durian banyak-banyak, insyaAllah, penyakit itu akan sembuh.
Durian juga kaya dengan fosfat dan zat besi, malah 10X lebih tinggi berbanding buah pisang.
Tak rugi makan durian ok.
Tapi ingat, jangan makan banyak sangat. Nanti tak boleh tidur sebab durian boleh menaikkan tekanan darah!
Durian tinggal lagi 4 biji yang belum dimakan. Apa nak buat? Mungkin aku boleh buat bubur durian atau pulut durian....hrrmm..sedapnya.
Esok, aku ingat nak pergi hospital
untuk scan perut tapi dah tak perlu rasanya kot sebab hari ini period plak....kecewa rasa dalam hati. Dua hari lepas ada keluar darah sikit
tapi tak confirm sama ada period atau bukan. Hari ini sudah confirm
memang period. Why did you came, period?
Mungkin betul antara sebab haid aku lewat adalah berat badan berlebihan. Berat badan aku memang asyik naik memanjang, tak reti nak turun-turun. Maklumlah, aku ini dah boleh join kelab veteren (opps....lambat lagi ler).
Kitaran haid orang perempuan.
Kenapa kegemukan dan obesiti mengganggu kitaran haid?
Obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon berlaku dan memberi gangguan kepada pengeluaran telur (ovum). Apabila tiada pengeluaran telur, maka hormon progesteron tidak dihasilkan dan ini menyebabkan tiada perubahan pada lapisan endometrium yang akhirnya menyebabkan tiada haid. Selalunya apabila kita pergi jumpa doktor, doktor akan memberikan kita ubat "turun darah" iaitu ubat untuk mengeluarkan haid. Ubat tersebut mengandungi hormon progestin yang menggantikan hormon progesteron yang tidak dihasilkan.
Kegemukan boleh menyebabkan gangguan ovulasi. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
anovulasi : telur tidak keluar pada setiap kitaran haid
oligo-ovulasi : telur hanya keluar pada kitaran haid tertentu sahaja atau jarang-jarang.
Berdasarkan BMI atau Body Mass Index, badan aku belum lagi dalam kategori obesiti tetapi sudah berada dalam kategoti berat badan berlebihan.
Entri ini aku tulis sebab aku sendiri mengalaminya sekarang ini. Aku baru sahaja balik dari klinik buat pemeriksaan UPT. Negatif. Doktor ada tekan-takan perut dan dia kata aku tak mengandung. Doktor nasihatkan aku turunkan berat badan sebab berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid. Aku sudah 2 bulan lebih tak datang period dan ini adalah pertama kali berlaku.
Mungkin ada betulnya. Aku perlu turunkan berat badan aku sikit. BMI sudah tak ideal lagi. Apa pun, minggu depan aku nak pergi hospital untuk scan perut. Sebab aku ada terbaca kat Facebok di Senang Hamil page, ujian UPT negatif tapi bila scan disahkan hamil.
Noor Nastassia Farhana IdayuSy x period hampir 3 bln... Sy
x fikir sy pregnant krn period sy slalunye x teratur tp lps kawin x pnh
pulak x dtg smpi 3 bln...slalunye tarikh tu yg x tentu...kdg awl, tgh n
hjg bln...bile buat test sndr negatif, pegi jmp doktor di klinik juga
negatif...sy dirujuk di hosp pakar skt puan...doktor scan,
alhmdlh....rupenye sy pregnant...dh 6mgu msa dpt tahu...
Terdapat beberapa sebab mengapa wanita tidak datang haid, ini termasuk TEKANAN dan juga SENAMAN yang berlebihan. Ovari kita mengeluarkan satu telur setiap bulan dan selepas 14 hari telur dilepaskan dan jika tidak terjadi persenyawaan, dinding rahim akan gugur dan haid akan berlaku. Sekiranya ovari tidak mengeluarkan telur sebagaimana yang seharusnya, akan berlaku ketidak seimbangan hormon dan rahim gagal mendapat isyarat yang diperlukan untuk memulakan proses haid.
Kadang-kadang wanita terpaksa mengambil ubat untuk mengatasi ketidak seimbangan hormon ini supaya mereka mempunyai kitaran haid yang normal tetapi sekiranya anda tidak mengalami haid selama 3 - 4 bulan berturut-turut, dan ujian didapati negatif, anda perlulah berjumpa dengan doktor kerana mungkin anda mengalami masalah seperti berikut :
1) Terlalu banyak hormon prolaktin
Sekiranya terlalu banyak hormon prolaktin, wanita mungkin tidak akan mengalami haid berbulan-bulan lamanya. Kita selalunya menghasilkan hormon prolaktin semasa menyusu badan anak, sebab itulah, kita tidak datang haid waktu itu, sekiranya ini terjadi kepada anda, mungkin anda akan perasan sedikit cecair seperti susu keluar dari puting. Keadaan ini selalunya dirawat mengunakan ubat.
2) Masalah tiroid berlebihan
Sekiranya kelenjar tiroid anda tidak berkerja dengan betul, ia boleh menganggu haid anda. simptom-simptom lain termasuklah keletihan yang berpanjangan, rambut gugur, kenaikan berat badan, rasa sejuk yang berpanjangan. sedikit ujian darah boleh menentukan samada anda mengalami masalah ini.
Berita gembira buat peminat telefon pintar. Adik kepada Samsung Galaxy S III, Samsung Galaxy S III Mini bakal dilancarkan di Frankfurt, Germany. Harganya lebih murah, dianggarkan 399 Euro bersamaan RM1585.
Bandingkan saiznya..
Spesifikasi Samsung Galaxy S III Mini
Saiznya 4 inci(121.55 x 62.95 x 9.85 mm)
OS Android 4.1 Jelly Bean (paling terkini)
Paparan Super AMOLED dengan resolusi WVGA
skrin resolusi 800 x
480,
1-GHz dual-core STE U8420 processor
1GB RAM
Kamera 5MP AF + LED Flash / VGA Front
Video 720p
Wi-Fi, Bluetooth 4.0, HSPA,
NFC
1,500 mAh battery
Jika telefon pintar ini mendapat sambutan sehebat Galaxy S III yang terjual lebih 20 juta unit dalam masa 100
hari, sudah pasti Samsung akan meluaskan pasarannya ke seluruh dunia
termasuklah Malaysia untuk memenuhi permintaan pelanggan yang lebih
gemar dengan telefon pintar bersaiz sederhana.
Neil Alden Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan, telah meninggal dunia pada Sabtu, 25 Ogos 2012. Dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Wapakoneta, Ohio, Amerika Syarikat, meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan. Kenapa pertama?
Sebab ada beberapa orang lagi selepasnya
12 manusia yang pernah menjejakkan kaki ke BULAN
U.S. astronaut Neil Armstrong,
who took a giant leap for mankind when he became the first person to
walk on the moon, has died at the age of 82, his family said on
Saturday.
Armstrong died following complications from heart-bypass surgery he
underwent earlier this month, the family said in a statement, just two
days after his birthday on August 5.
As commander of the Apollo 11 mission, Armstrong became the first human
to set foot on the moon on July 20, 1969. As he stepped on the dusty
surface, Armstrong said: "That's one small step for (a) man, one giant
leap for mankind." Those words endure as one of the best known quotes in the English language. - Reuters.
Neil Armstrong di BULAN (Lunar Surface)
Neil Armstrong jejak kaki ke bulan? Fakta atau Auta? Links yang aku letak kat bawah ni boleh baca kalau berminat nak tahu kebenarannya. Link yang boldtu bagus untuk dibaca sebab ia menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh puak2 konspirator. Menarik jugak!
Berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, Malaysia diumumkan sebagai negara yang ke-19 paling selamat di dunia berbanding 153 negara lain manakala Malaysia adalah negara paling selamat di kalangan negara-negara di Asia Tenggara.
Terima kasih encik - encik POLIS
Berita di Utusan Malaysia Online melaporkan pada 8/3/2012 bahawa Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara. Pencapaian itu diiktiraf secara global menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 yang diumumkan tahun lalu. Ia merupakan peningkatan yang amat membanggakan berbanding 2009 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-26. Berdasarkan rekod Disember 2010 indeks jenayah telah turun sebanyak 15 peratus manakala jenayah jalanan pula turun sebanyak 35 peratus. Malah indeks jenayah bagi Januari dan Februari pada tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama 2010 sementara bagi jenayah jalan penurunannya adalah sebanyak sembilan peratus.
HarakahDaily.Netpula sebaliknya melaporkan respon sebaliknya pada 13/3/2012, negara ini bukannya yang paling selamat di Asia Tenggara sebagaimana yang didakwa. Kenyataan ini dikeluarkan ekoran kematian adik Nadirah selepas negara ini diistiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggar. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kes adik Nurul Nadirah Abdullah yang disahkan mati dibunuh dan dibakar selepas hilang sejak 1 Mac lalu membuktikan Malaysia tidak selamat.
Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menulis surat terbuka kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai jawapan kepada kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan hukum Hudud tiada dalam Al-Quran. Tun M sebaliknya mengatakan bahawa hukum hudud adalah ciptaan ahli fekah.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)semalam
mengumumkan kadar dividen enam peratus untuk pencarumnya bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat 20 mata asas
berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah
diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada
pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.
“Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi
pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan
pasukan pelaburannya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Baru-baru ini rumah aku hampir-hampir dimasuki penyamun@perompak. Kejadian berlaku pada waktu siang di mana hampir semua orang pada ketika itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Encik Suami ketika itu sedang tidur di rung tamu. Encik suami memang time dia tidur siang sebab dia kerja malam.
Bila encik suami bangun dari tidur, dia tengok pintu rumah terbuka dan grill pintu pun juga terbuka. Setelah dicari-carinya mangga, dah terburai semuanya kat atas lantai depan balkoni rumah. Nasib baik tiada apa-apa yang hilang. Mungkin si penyamun terkejut melihat ada orang dalam rumah lalu dia terus cabut lari.
Penyamun yang penakut! kih kih kih...
Beberapa hari selepas itu, kecoh jiran-jiran sekitar rumah aku. Rumah mereka pun kena juga!. Ada yang dak kena pecah sebelumnya lagi. Kiranya rumah aku bukan kunjungan pertama si penyamun ler rupanya.
Modus operandi : WAKTU SIANG.
Jenayah pecah rumah makin berleluasa di KL
Kalau si penyamun buat kerja waktu malam, aku ler pulak yang jadi PENAKUT. Sebabnya malam-malam aku duduk rumah sorang-sorang! Encik suami pergi kerja...
Apakah hukumnya berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bekas bapa mertua?
Bolehkah menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua?
Apakah batas aurat di antara isteri dan ayah mertua, saudara lelaki sebelah suami dan adik ipar lelaki?
Bolehkan ustaz/ustazah terangkan secara terperinci?
JAWAPAN :
Hukumnya adalah haram. Anak
menantu diharamkan berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bapa mertua
kerana status mereka adalah seperti ibu dan bapa sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat ke-23, yang bermaksud, “Diharamkan
atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan;
saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang
perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan
dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari
saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara
perempuan sepersusuan;ibu-ibu isterimu (mertua);
anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah
kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan
sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan
diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan
menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali
yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’ 04: 23)
Berdasarkan ayat ini :
1. Anak menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua tidak membatalkan air sembahyang. Ini kerana ibu bapa mertua telah menjadi mahram muabbad
(mahram selama-lamanya iaitu tidak batal wudhu' dan haram berkahwin
antara anak dan ibu tiri tersebut selama-lamanya) atas sebab perkahwinan
anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas
menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut.
2.
Bapa mertua sama taraf dengan bapa sendiri. Oleh itu, aurat menantu
perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan
mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik-beradik lelaki yang lain.
Auratnya terbatas daripada pusat hingga ke lutut. Ini bererti menantu
perempuan boleh (harus) membuka rambutnya di hadapan bapa mertuanya.
3.
Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau adik ipar merupakan bukan
mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya di hadapan mereka adalah sama
dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali
muka dan tapak tangan.
Persatuan
Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat Islam
sepatutnya lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu
keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam.
Ini
adalah kerana perkara tersebut mempunyai hubung kait dengan akidah
umat Islam. Akidah adalah komponen teras dalam agama Islam.
PUM
berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan
perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk
dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran
Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12
April 2005.
Salinan Garis Panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my.
Dalam
garis panduan tersebut, antara keputusan yang diputuskan ahli-ahli
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah jelas menyatakan bahawa
dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh
orang Islam, beberapa kriteria utama perlulah dijadikan garis panduan
supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Antara
kriteria yang ditetapkan ialah majlis tersebut mestilah tidak
disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam.
Sehubungan
itu, berpandukan keputusan tersebut, pada hemat PUM, adalah amat jelas
jika upacara sambutan perayaan bukan Islam mempunyai acara ritual
keagamaan bukan Islam, umat Islam tidak boleh menyertai acara tersebut
kerana boleh menjejaskan aqidah Islam.
PUM juga amat
mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa
agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi
agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan
pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan
persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu
ini.
Dalam pada masa yang sama, seluruh pemimpin yang
beragama Islam tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli
agama tersebut. Para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga adalah
amat diharapkan supaya turut sama memahami serta menghormati prinsip
teras Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam. Pendirian teras ini
adalah sebahagian daripada kehendak ajaran agama Islam.
Semua
pihak termasuk para pemimpin di setiap peringkat serta masyarakat awam
adalah dinasihatkan supaya lebih sensitif dengan apa jua isu agama
Islam khususnya melibatkan akidah serta syariat Islam. Para pemimpin
dan masyarakat awam juga adalah dinasihati supaya akur dengan nasihat
dan pandangan para ulama dalam memelihara kedaulatan agama seperti yang
diletakkan dalam prinsip maqasid syariah.
PUM
berpandangan isu ini adalah mustahak untuk ditangani dengan kadar
segera disebabkan umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan agama
orang bukan Islam.
PUM ingin mencadangkan kepada
Jakim agar menganjurkan majlis dialog penerangan secara aktif kepada
para pemimpin dan masyarakat Islam tentang keputusan dasar ini.
Oleh
yang demikian, PUM juga bersedia bekerjasama dengan Jakim, Majlis dan
Jabatan Agama Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain institusi
untuk memberikan kefahaman dalam isu yang berbangkit ini.
Dr Mohd Roslan Mohd Nor menyandang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Ulama.