Orang Melayu dan nasi memang tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan, mungkin orang itu bukan orang Melayu. (Sekadar hipotesis makcik yang tak habis sekolah ok).
Agaknya Mat dan Minah Salleh kat luar sana makan tak nasi? Masa aku kecik-kecik dulu, aku ada juga terpikir pasal benda ni. Mungkin aku dapat jawapannya bila aku pergi melancong ke Amerika nanti.
Sebenarnya aku sedang dalam proses nak kuruskan badan yang sudah mengelembung macam belon. Inilah akibatnya masa makan tak ingat dunia. Lepas makan, mata pun kuyu, lepas tu zzzzzz. Badan aku naik ini, dari 52kg kepada 60 kg dalam masa 6 bulan selepas makcik dipaksa makan ubat pil perancang oleh doktor. Naik senang sangat tapi bila nak disuruh turun....seksanya batinku. BMI makcik sudah tidak ideal lagi.
Ramai kawan-kawan yang lama tak jumpa pulak dok mengata yang aku ni " nampak lain", "berisi yang takde isi", "makin sihat" dan macam-macam perkataan yang manis-manis tapi sebenarnya mereka nak kata aku ni GEMUK tapi takut. (Dasar hipokrit!)
kesian kat mesin timbang...terseksa |
oklah...berbalik pada tajuk.
Orang banyak bercakap tak makan nasi boleh kurus. Memang boleh kurus!
Dengan syarat ~
- tidak makan makanan yang lebih tinggi kalorinya berbanding nasi macam pizza, burger, KFC, makanan bergoreng dan sewaktu dengannya. Contohnya makcik tak ambil menu a tapi gantikan dengan menu b. Fuhh, lihat dan bandingkanlah nilai kalorinya!
- Menu a : satu cawan nasi + seketul ayam bakar tanpa kulit + sayur tumis air = 270 kalori
- Menu b : 3 biji karipap = 380 kalori
- makan makanan lain menggantikan nasi sebagai sumber karbohidrat yang lebih rendah kalorinya. Contoh makanan berkarbohidrat yang lain ;
- ubi - ubian spt ubi kentang, ubi keledek, keladi - rebus sahaja
- oat
- mihun, mi, kuey teow yang direbus spt mihun sup
- roti spt roti sandwich
- biskut
Rupa-rupanya karipap ini tinggi kalorinya. Aku selalu makan masa sarapan sebelum mula kerja. Patutlah GEMUK... Nasib baik aku cover balik dengan tak makan tengahari.
Kita tidak boleh meninggalkan sumber karbohidrat dalam diet kita sebab karbohidrat membekalkan tenaga untuk tubuh badan kita berfungsi. Jika kita tidak ambil karbohidrat, sumber tenaga akan diperolehi daripada sumber lemak dan protein.
Tapi ingat...
Apabila kita mengambil lemak dan protein berlebihan, diet kita bukan lagi diet seimbang. Ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada tubuh seperti -
- hiperlipidemia - kolesterol tinggi
- hiperuricemia - asid urik tinggi
jadi, berfikir sebelum makan ok!
No comments:
Post a Comment