Hal nafkah memang akan jadi isu perdebatan antara lelaki dan perempuan sama ada yang sudah berkahwin atau belum lagi berkahwin. Abang Mat cakap nafkah adalah "A", Siti Aminah cakap nafkah adalah 'B'. Entah siapa yang betul...
Menjadi trend debat tanpa kesudahan sekarang ini ialah:
1. Split 50-50
2. What you can bring to the table?
3. Provider
4. Biawak hidup
Duit Raya? Barang Kemas? Duit Poket? Hadiah? Make-Up? Skincare?
Itu semua bukan nafkah yang wajib ke atas seorang suami. Yang menjadi nafkah kewajiban seorang suami nampak macam tak 'banyak sangat' tapi itulah yang diwajibkan berlandaskan syariat Islam. Yang tak banyak itu pun ada suami yang culas (kadang-kadang), maka menanggunglah dosa.
Hentikanlah berdebat sana-sini tanpa kesudahan.
Marilah kita hadam sama-sama apa itu nafkah. Majoriti ulama mengatakan nafkah yang wajib diberi kepada isteri itu ialah tujuh perkara:
Makanan
Barang-barang dapur
Pakaian
Tempat tinggal
Alat-alat untuk membersihkan diri
Barangan rumah
Pembantu kepada isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).
(Lihat: Mughni al-Muhtaj, Dar al-Fikri Birut, 3/426, al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, Dar al-Fikri Damsyiq, 10/7349)
Zaman ini zaman AI, sampaikan surat cinta pun boleh minta bantuan Mr ChatGPT tolong karangkan. Mari kita lihat tiga contoh surat kepada orang yang disayangi yang saya bergurau-senda dengan ChatGPT beberapa bulan lepas. Memang servis ChatGPT tiptop, tanpa bayaran pun dia sanggup layan manusia yang kebosanan seperti saya.
Contoh Surat 1
Berikut adalah contoh surat kepada orang yang disayangi:
---
Kepada [Nama Orang yang Disayangi],
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Harap kau berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Sudah sekian lama kita tidak berjumpa dan aku amat merindukan saat-saat kita bersama. Setiap kenangan yang kita ciptakan sentiasa tersemat di dalam hati dan menjadi penyemangat untukku melalui hari-hari mendatang.
Aku ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan kasih sayang yang kau berikan selama ini. Kehadiranmu dalam hidupku amat bermakna dan telah banyak membantu membentuk diriku menjadi lebih baik. Setiap nasihat dan doronganmu sentiasa menjadi panduan dalam setiap langkah yang aku ambil.
Aku berharap agar kita dapat bertemu dalam masa terdekat ini, kerana banyak perkara yang ingin aku kongsikan dan dengar darimu. Semoga kau sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang melimpah, dan sentiasa dalam rahmat-Nya.
Akhir kata, jaga diri baik-baik dan ingatlah bahawa aku sentiasa ada untukmu, tidak kira apa jua keadaan. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.
Dengan penuh kasih sayang,
[Nama Anda]
---
Ulasan ChatGPT: Semoga surat ini membantu dan membawa kegembiraan kepada penerimanya.
Ulasan saya: Surat tiada elemen romantis dengan bahasa 'kau' dan 'aku'. Laras bahasa yang biasa tetapi masih boleh diterima.
Contoh Surat 2
Berikut adalah contoh surat yang lebih romantik untuk orang yang disayangi:
---
Kepada kekasih hatiku, [Nama Orang yang Disayangi],
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku berharap kau berada dalam keadaan yang sihat dan ceria. Sejak kita berpisah sementara waktu, setiap detik terasa seolah-olah lebih panjang dari biasanya. Aku merindukan senyumanmu, suara manjamu, dan hangatnya sentuhanmu yang sentiasa membuat hatiku tenang.
Setiap saat yang kita lalui bersama adalah anugerah yang tiada tandingannya. Aku sering kali mengingati momen-momen indah kita, dari tawa kecil hingga perbualan mendalam yang membuat kita semakin rapat. Kau adalah cahaya dalam hidupku, yang menerangi setiap langkahku dengan cinta dan kebahagiaan.
Aku ingin kau tahu betapa berharganya dirimu dalam hidupku. Kehadiranmu adalah alasan aku tersenyum setiap hari, dan cintamu adalah kekuatan yang membuatku melalui hari-hari yang sukar. Kau adalah inspirasi dalam setiap helaan nafasku, dan aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan seseorang seistimewa dirimu dalam hidupku.
Aku berjanji akan terus menyayangi dan menghargai setiap detik bersamamu. Semoga kita dapat segera bertemu kembali, kerana hatiku tidak lengkap tanpamu di sisiku. Aku berharap agar kau sentiasa dilindungi dan diberkati oleh-Nya, serta dikurniakan kebahagiaan yang tiada batasnya.
Dengan segala cinta dan kasih sayang,
[Nama Anda]
---
Ulasan ChatGPT: Semoga surat ini mengungkapkan perasaan anda dengan lebih romantik dan membawa kebahagiaan kepada orang yang disayangi.
Ulasan saya: Ada elemen romantis tetapi rasa macam belum secukup rasa, penggunaan perkataan yang lebih romantik iaitu 'kekasih', 'cintaku' tetapi penggunaan 'kau' dan 'aku' masih ada.
Contoh Surat 3
Berikut adalah versi surat yang lebih romantis:
---
Kepada kekasih hatiku yang tercinta, [Nama Orang yang Disayangi],
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku berharap kau berada dalam keadaan yang paling indah dan penuh keceriaan. Setiap saat berjauhan darimu membuatku semakin mengerti betapa besar cintaku padamu. Aku merindukan setiap detik yang kita habiskan bersama, setiap senyumanmu, dan setiap sentuhan lembutmu yang selalu membuatku merasa sempurna.
Sejak kau hadir dalam hidupku, dunia ini menjadi lebih cerah dan bermakna. Kau adalah matahariku, cahayaku, dan sumber kebahagiaanku. Tidak ada yang lebih manis daripada mengingat saat-saat kita berbicara tentang mimpi-mimpi kita, tertawa bersama, dan berbagi rahasia hati. Setiap detik bersamamu adalah keajaiban yang aku hargai dengan seluruh jiwaku.
Cinta kita adalah lagu yang indah, sebuah melodi yang terus bergaung di hatiku. Aku ingin kau tahu betapa dalam cintaku padamu. Kau adalah segalanya bagiku, dan aku tidak bisa membayangkan hidup ini tanpamu. Ketika aku menutup mata, wajahmu adalah yang pertama terlintas, dan ketika aku membuka mata, aku berdoa agar dapat melihatmu segera.
Aku merindukan kehadiranmu, kehangatan pelukanmu, dan bisikan lembutmu yang selalu menenangkan hatiku. Aku berjanji akan selalu mencintaimu dengan sepenuh hati, menyayangi setiap detik kita bersama, dan menjaga cinta kita dengan sepenuh jiwa. Kau adalah anugerah terindah yang pernah aku miliki, dan aku bersyukur kepada Tuhan setiap hari kerana menghadirkanmu dalam hidupku.
Semoga kita dapat segera bertemu kembali, menyambung kisah cinta kita yang penuh keajaiban dan kebahagiaan. Hingga saat itu tiba, jagalah dirimu baik-baik, dan ingatlah bahwa aku selalu di sini, menunggu dengan penuh cinta dan kerinduan.
Dengan segala cinta yang tak terhingga,
[Nama Anda]
---
Ulasan ChatGPT: Semoga surat ini mengungkapkan perasaan cinta dan kerinduan anda dengan cara yang paling romantis.
Kesimpulannya, walau sehebat manapun teknologi seperti AI, ia tetap kepintaran sebuah mesin yang asalnya direka bentuk berdasarkan kehebatan akal manusia. AI adalah alat teknologi yang dapat membantu memudahkan kerja-kerja manusia. Bergantung sepenuhnya kepada AI atau teknologi adalah satu bentuk penafian terhadap kecerdasan dan kepintaran akal manusia.
Dapur blog ini kembali berasap selepas sekian lama saya masuk bertapa di dalam gua. Sememangnya menulis ini perlu mempunyai roh dan semangatnya yang tersendiri. Jika semangatnya sudah hilang, maka roh pun seperti innalillah, hidup segan tapi mati tak mahu. Rupa-rupanya kali terakhir blog ini berasap pada 10 November 2022. Setahun lebih masuk gua bertapa.
Disebabkan azam beberapa tahun lepas bahawasanya saya tidak mahu lagi digelar 'kaki merapu', 'kaki gosip', 'kaki membawang', maka apabila idea menulis yang baik-baik itu tiada, maka pergilah saya bertapa di dalam gua mencari ilham sekadar dipinggiran cuma. InsyaAllah hajat tahun ini, saya nak menulis perkara yang baik-baik sahaja dan tidak lagi merapu merepek dan meraban. Orang Kelantan cakap - sembang kosong di kedai kopi.
Oklah, rasanya belum terlewat saya nak ucap Selamat Tahun Baru 2024 walaupun hari ini dah masuk hari kedua daripada 365 hari di tahun 2024. Tahun baru bermakna umur pun dah tambah lagi satu tahun, maksudnya makin berusia. Matang tu belum tentu lagi. Kematangan biasanya boleh diukur dengan banyaknya umur tetapi kadang-kadang orang yang sudah berumur pun boleh kembali menjadi kebudak-budakan. Begitulah kompleknya perangai manusia ini.
Wishlist hajat, impian, azam tahun 2023 yang berderet tu rasanya ada yang kena carry forward ke tahun ini, tapi takpe, tak perlu sedih kot. Tahun 2024 pun tetap juga ada 365 hari.
Kepada yang masih awet muda single remaja dewasa mahupun 'tua', terimalah hadiah kata-kata semangat, perangsang dan motivasi untuk terus menjalani hidup dengan penuh bergaya dan selesa di tahun 2024 ini.
Sila tonton video di bawah ini. Nak ulang seribu kali pun takpe, lagi bagus supaya lebih bersemangat dan berjiwa besar menghadapi cabaran hidup.
Akhir kalam,
Alhamdulillah, kita masih bernafas hari ini.
Terima kasih Allah atas nikmat udara free kurniaanMu ini.
Yang hidup pasti merasai mati. Pasti dijemput dan kembali menemui Ilahi.
Kematian itu pasti
Tanggal 18 Januari 2016, jam 6.40 petang, dia ibuku telah pergi buat selama-lamanya. Ketika ibuku sedang berperang dengan sakitnya, hatiku sering mengatakan aku redha jika Allah menoktahkannya.
"ya Allah , jika mati itu lebih baik baginya , maka kau tariklah nyawanya dengan keadaan beriman dan janganlah kau tarik nyawa ibu dalam keadaan serba sakit ya Allah"
Sememangnya aku redha. Tetapi merasa kehilangan itu amat perit dan mengosongkan jiwa. Kadang-kadang aku mengharapkan apa yang berlaku hanyalah mimpi. Bangun tidur, dia yang pertama hadir menyentuh jiwa.
Kehilangan ini adalah kehilangan kali ke-4 setelah ayah, kakak dan abang juga telah dijemput Ilahi. Ayah - 2007, abang - 2008, kakak - 2013 dan kini ibu - 2016.
Bagaimana cara menghadapi kehilangan orang tersayang?
1. Kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu).
"kullu nafsin zaaiqatul maut.." (setiap jiwa akan merasai mati..)
2. Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah. Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
3. Jangan difikirkan kesusahan yang bakal kita tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimana caranya untuk kita meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Ingat! Allah sudah menjanjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Kita hanya perlu berusaha, ikhtiar dan tawakkal, insya Allah ada rezeki yang datang kepada kita.
4. Tunaikan hasrat si mati. Jika kita mempunyai impian bersama untuk sesuatu, jangan jadikan kematian sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut. Sebaliknya kita perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat arwah. Insya Allah, rohnya akan turut gembira bila impiannya ditunaikan oleh kita.
Ini sedikit tazkirah untuk aku yang dah tua ni dan juga kepada siapa-siapa sahaja yang sewaktu dengannya.
Tidak semestinya bila tua baru nak buat baik. Kematian itu tidak kenal usia. Ada yang mati bila tua, namun ada juga yang mati ketika muda, malah yang masih dalam kandungan ibunya pun boleh meninggal.
Percayalah, TIDAK RUGI menjadi orang baik. Kalaupun ia tidak berbalas wang & penghargaan di dunia, ia berbalas
ketenangan jiwa dan pahala di akhirat.
Bagi mereka yang berpangkat, kaya
berkedudukan tetapi MASIH MAMPU jadi baik, Masha Allah, kedudukan
mereka diangkat sejak di dunia lagi.
JANGAN PERCAYA dakyah Syaitan jin
dan manusia yang mendakwa jadi baik merugikan, terlepas macam-macam
sedang orang lain mendapatnya. Yang terlepas itu hanyalah peluang ke
neraka sebenarnya.
Petikan ini aku kutip daripada Facebook Ustaz Dr. Zaharuddin.
Sudah lama aku ingin menonton filem ini. Sekejap tadi keinginan aku telah tertunai. Ceritanya sungguh menyentuh perasaan. Babak yang tak boleh lupa, hero pergi temuduga dengan pakaian yang penuh dengan kesan cat sebab tak sempat nak tukar. Namun akhirnya dia dapat juga jawatan tu.
Pursuit of Happyness is a 2006 American biographical drama film based on Chris Gardner's nearly one-year struggle with homelessness. Directed by Gabriele Muccino, the film features Will Smith as Gardner, an on-and-off-homeless salesman-turned stockbroker. Smith's real-life son Jaden Smith co-stars, making his film debut as Gardner's son Christopher Jr.
The screenplay by Steven Conrad is based on the best-selling memoir written by Gardner with Quincy Troupe. The film was released on December 15, 2006, by Columbia Pictures. For his performance, Will Smith was nominated for an Academy Award and a Golden Globe for Best Actor.
Filem ini berdasarkan sebuah buku memoir yang ditulis oleh Chris Gardner sendiri iaitu The Pursuit of Happyness. Beliau merupakan seorang usahawan, pelabur, stockbroker, penceramah motivasi dan juga penulis. Pada awal tahun 1980an, Chris Gardner, pada masa itu seorang jurujual, hampir setahun bergelandangan dan tiada tempat tinggal. Dia dan anaknya terpaksa berebut-rebut dan berbaris panjang setiap hari untuk tinggal di rumah kebajikan. Akhirnya daripada seorang jurujual, Chris Gardner berubah menjadi stockbroker yang mempunyai firma sendiri iaitu Gardner Rich & Co.