Pages

22 Nov 2026

Geng Muflis Di Akhirat

 

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI!


Jangan lakukan perkara-perkara ini walaupun kamu telah bertaubat berjuta kali dan mati syahid sekalipun.

1. Mengambil hak dan harta orang lain.
2. Melakukan sihir.
3. Menjatuhkan maruah orang lain – Menfitnah, mengumpat, membuka aib, menyebarkan aib, menghina, memperlekeh, mengutuk, mencela, mengeji sesama manusia.
4. Meruntuhkan rumah tangga orang.
5. Makan duit orang – rasuah
6. Berlaku zalim – Menindas, menganiaya atau menyakiti orang lain dengan kata-kata atau perbuatan.
7. Tidak membayar hutang
8. Menipu – memperdaya orang melalui scamming.




Orang Yang Muflis di Akhirat


Orang yang muflis di akhirat ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat, tetapi pernah mencaci, memfitnah, mengambil harta atau menyakiti orang lain. Pahalanya diberikan kepada orang yang dizalimi dan jika pahalanya habis, dosa mereka pula dipindahkan kepadanya. [Dato’ Dr. Abu Anas Madani, 25 Februari 2026]

Ia adalah berdasarkan sepotong hadis sahih riwayat Imam Muslim apabila Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat tentang maksud sebenar orang yang muflis.

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?" 

Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda." 

Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompokkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (Musnad Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih

    • Muflis kerana pahala yang ada terpaksa membuat bayaran hutang dosa yang dilakukan semasa di dunia antaranya dosa mencela, menghina, menuduh, menyebarkan berita palsu, mengumpat dan memfitnah orang lain sama ada melalui lisan mahupun tulisan sehingga habis segala pahalanya. 
    • Muflis juga disebabkan pahala yang ada akhirnya habis kerana terpaksa membayar hutang yang belum dijelaskan semasa didunia seperti mengambil harta orang lain, mencederakan serta menumpahkan darah tanpa hak.
    • Muflis kerana pahala yang ada telah habis, sedangkan hutang dosa dengan orang lain masih ada. Akhirnya terpaksa menanggung dosa orang lain.


INGATLAH:


Dosa sesama manusia bukan sekadar memerlukan taubat kepada Allah, tetapi juga menuntut hak dan kemaafan daripada orang yang dizalimi, dianiayai atau disakiti. Dosa dengan orang selagi orang itu tidak memaafkan kita, selagi itulah kita akan terhalang untuk masuk Syurga.

~Pendosa Tanpa Noktah~

Sumber:


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks