Pages

5 Dec 2013

Makan BUDU jadikan anda lebih bijak dan awet muda?

Gabungan budu, cili padi, limau nipis dan tempoyak memang meletup!
Jenama budu paling glamer

Siapa yang tak suka makan budu sila angkat tangan....eh! ramai tak angkat tangan, maknanya ramai rupanya yang suka makan budu.

Budu ni adalah makanan tradisi orang Kelantan tanpa mengira bangsa. Agak peliklah kalau orang Kelantan tak makan budu. Aku masa kecik-kecik dulu, masa bergelar budak sekolah, memang tak boleh kalau makan nasi takde budu. Takde ayam goreng pun takpe, janji ada budu.

Jadi pembaca semua tahulah ya aku ni asal negeri mana. Ok, takpe.

Ada orang kata budu ni makanan "kuno". Rileks la brader. Aku ok jer. Kalau macam tu kita tukar namalah dari budu kepada SOS IKAN BILIS.

Sos ikan bilis yang diperam hingga hancur telah lama menjadi kegemaran masyarakat Pantai Timur. Kini makanan tradisional itu mendapat kebanggaan baru – dipeketkan dan dijadikan produk kecantikan.

Sape yang suka makan budu tak payah nak rasa diri tu "kuno" dan sebagainya. Sebabnya budu ni hebat dengan khasiatnya yang pelbagai.

1) Budu cerahkan kulit dan antipenuaan 
(awet muda la ni)

Raut wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses,
Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an
walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun.
Beliau menunjukkan produk kosmetik
dengan jenama BK yang turut mengandungi budu.

Kenapa awet muda? Sebabnya budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyelidik luar negara ramai yang buat kajian pasal budu. Tak tahu kenapa. Dulu, aku pernah dengar seorang Mat Salleh sebut pasal budu semasa dia membentangkan kertas seminar dia kat Malaysia. Aku masa tu salah seorang peserta seminar kat situ. Bangga la jugak sebab aku suka makan budu.


Kajian luar negara


2) Budu tingkatkan IQ
Budu tingkatkan IQ

Kenapa? Sebabnya budu merangsang sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Ini kerana dalam budu ada DMAE, sejenis makanan nutrisi untuk otak yang selalunya dijumpai dalam ikan.

Dimethyl Amino Ethanol (DMAE) is one of the classic "Smart Nutrients" having been discussed in the original Smart Drugs & Nutrients book. DMAE occurs naturally in some foods notably fish.
Jadi, tak hairanlah, orang KELANTAN yang suka makan budu ni cerdik-cerdik orangnya. Tak percaya? Cuba lihat berapa ramai pelajar-pelajar universiti kat Malaysia ni orang Kelantan. Masa aku bergelar mahasiswa dulu, aku ada join Persatuan Mahasiswa Kelantan. Persatuan ini adalah yang paling ramai ahlinya berbanding persatuan mahasiswa universiti lain. Sangat ketara.

Tapi, kalau dah spesies "pemalas", makanlah 100 biji botol budu sehari sekalipun, tetap jugak tak meningkat kecerdikannya.


3) Budu dipeketkan dan dieksport ke luar negara



Budu paling popular adalah BUDU CAP KETEREH.

Budu Cap Ketereh menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek (patented). Kejayaan itu dicapai pada tahun 2007. Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) itu, Budu Cap Ketereh kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.

Budu Ketereh juga digunakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk menghasilkan produk kosmetik.

Jadi, ada lagi tak yang nak kata budu ni makanan "kuno" dan sewaktu dengannya?




Banyak lagi khasiat budu. Panjang kalau nak cerita. Kalau nak tahu, boleh baca kat bawah ni:
  1. Wikipedia
  2. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
  3. http://www.appliedhealth.com/index.phpoption=com_content&view=article&id=200008&Itemid=205
  4. https://www.facebook.com/AnnuarMusa/posts/629431953785207

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

1 Dec 2013

Kelantan mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Pemain bola sepak dari pasukan Kelantan atau The Red Warrior (TRW) menggondol 5 daripada 13 anugerah yang dipertandingkan pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2013.

Tahniah aku ucapkan kepada pasukan KELANTAN @ TRW !!!

Dan...jeng-jeng-jeng...




Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Persatuan Terbaik: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu

Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Penyerang Terbaik : Norfarhan Muhammad (Kelantan)

Anugerah Supermokh : Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan)

Jurulatih Terbaik : Dollah Salleh (Pahang)

Pemain Asing Terbaik : Marlon Alex (ATM)

Pertahanan Terbaik : Baihakki Khaizan (Singapura)

Pemain Tengah Terbaik : Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan)

Pemain Harapan : Junior Eldstal (Sarawak)

Anugerah Khas : Datuk Paul Mony Samuel, Datuk Dell Akhbar Khan, Datuk Azuddin Ahmad, Datuk Ibrahim Saad

Anugerah Fairplay: PDRM

Kelab Terbaik : Sime Darby FC

Kelab Penyokong TerbaikKelantan

Pengadil Terbaik : Nagor Amir Nor Mohamad

Pembantu Pengadil Terbaik : Mat Sabri Daud




Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

24 Nov 2013

Siapa pemilik sebenar banglo Villa Nabila?

Lagi-lagi Villa Nabila...bila nak habis ni...? takpe...teruskan membongkar misteri.



Info ini aku dapat daripada paper Berita Harian 21 November 2013

Villa Nabila yang terletak di Jalan Skudai berdekatan dengan Teluk Danga (Danga Bay) ini sebenarnya terbahagi kepada dua lot.

Lot yang pertama adalah seluas 0.297 hektar yang menempatkan sebuah banglo setingkat kini dibawah jagaan pemegang amanah, Jenny Lee Sin yang menetap di Singapura.

Lot kedua berkeluasan 0.407 hektar yang menempatkan banglo tiga tingkat dimiliki oleh pemaju Yap Sing Hock Holdings.

Kedua-dua banglo itu ditinggalkan tanpa penghuni kira-kira 30 tahun yang lalu.


Info ini pulak aku dapat dari blog Untold Histories of Malaya

Bank merampas harta Dato' Yap Sing Hock, Director Lien Ho pada tahun 1986, sejak tu.. "Christine Place" tu terbiar...

Itu semua harta Dato' Yap Sing Hock yang punye.

"Christine" pulak.. name anak kesayangan Dato' Yap Sing Hock yang bernama "Christine Yap Tse Yeeng"




Christine Palace @ Villa Nabila????

Misteri Villa Nabila macam makin misteri ler plak......hrrmm..tak selesai jugak!


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

23 Nov 2013

Siapa pernah bermalam dan ingin bermalam di Villa Nabila?

Villa Nabila ni memang misteri sebab sehingga ke hari ini aku masih lagi nak buat entri pasal banglo yang heboh dikatakan 'berhantu' atau 'haunted' ni. 

Berita Harian 21 November 2013 melaporkan tentang beberapa orang wartawan Berita Harian yang pergi bermalam selama 6 jam di banglo Villa Nabila dan salah seorang dari mereka terhidu bau kapur barus. Geng-geng wartawan pun bukan main lagi membuat 'eksperimen' mereka!

Wartawan BH bermalam di banglo Villa Nabila selama 6 jam.

Macam-macam cerita keluar daripada wartawan ini. Tak hairanlah sebab banglo Villa Nabila merupakan antara lokasi paling seram di Malaysia dan seantero dunia.


Cerita seorang rakan wartawan terbabit, seorang guru.....

"Saya rasakan seperti ada sesuatu yang cuba datang dan terkam, menyebabkan saya segera membuka mata." 
"Sepanjang berada disitu saya rasakan seakan adegan filem seram hingga membuatkan pelbagai kisah misteri menjelma di ingatan seperti cerita puntianak."

Banglo kosong yang misteri ini rupa-rupanya selalu menerima kunjungan tetamu terutamanya golongan remaja pada waktu malam. Ada dalam kalangan mereka yang membuat aksi-aksi terlarang seperti pemujaan roh.


Nasihat wartawan BH.....

"Sepatutnya kawasan banglo ini tidak menjadi tumpuan kerana struktur bangunan usang yang berbahaya, selain dipenuhi paku, serpihan kaca dan semak-samun."
"Suasana di banglo itu berbahaya kerana keadaan semak yang mungkin menjadi habitat haiwan berbisa."

Bermalam di Villa Nabila....Ada yang berani????



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

22 Nov 2013

Misteri Villa Nabila akan difilemkan David Teo

Villa Nabila yang usang ditinggalkan hampir 40 tahun.




Villa Nabila yang tetiba POPULAR dan sedang hangat diperkatakan sekarang ini di media-media sosial seperti Facebook dan blog telah menarik perhatian penerbit filem Metrowealth, David Teo untuk difilemkan.






Kata David Teo
....

Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.

Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.


Hrrm....selepas filem berbentuk dokumentari Highland Tower berjaya membuat kutipan lebih RM3 juta, David Teo bakal bikin filem pecah panggung lagi. Aku rasa filem misteri Villa Nabila ni pasti meletop di panggung wayang seluruh Malaysia. 


Gua la David Teo! masyukk....








Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

19 Nov 2013

Misteri banglo 'berhantu' Villa Nabila dan kehilangan seorang remaja lelaki terjawab

Status pasal Villa Nabila agak hangat juga di Facebook tapi aku hanya 'imbas' sepintas lalu sahaja. Malas nak ambil tahu. Tapi tiba-tiba hari ini aku jadi gatal nak ambil tahu...he he he

Villa Nabila, sebuah banglo kosong yang terbiar ini terletak di Jalan Srait View, Bukit Serene, Johor Bahru berhadapan dengan Danga Bay. Banglo ini dikatakan berhantu dan menyeramkan. Misteri tentang banglo ini tersebar luas di media baru, internet seperti blog dan Facebook sehingga ia mendapat nama di peringkat global.

Vila Nabila berhampiran Teluk Danga, Johor Bahru di mana seorang remaja dilaporkan hilang merupakan rumah hantu yang terkenal di peringkat global sehingga laman pelancongan Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikannya sebagai antara 10 rumah hantu paling seram di Asia SIN CHEW DAILY

Banglo Villa Nabila yang terbiar
Pintu masuk ke Villa Nabila
Tingkat bawah Villa Nabila
Salah satu bahagian yang ada di dalam Villa Nabila


Kenapa tetiba Villa Nabila ini jadi 'viral' di Facebook?

Villa Nabila ni jadi popular tiba-tiba kerana tersebarnya cerita kononnya 30 orang yang masuk ke rumah tersebut hilang secara tiba-tiba. Dikatakan 30 orang yang masuk hanya 7 sahaja yang berjaya keluar, menjadikan 23 orang hilang.

Bagaimanapun,  portal berita BERNAMA melaporkan hanya seorang remaja lelaki sahaja yang dilaporkan hilang.


Ini pula laporan yang ambil dari portal berita AGENDA DAILY....


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan,
Supt. Abdul Samad Salleh berkata....
Kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, pada hari Ahad apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di Johor Bahru, sejak keluar pada Sabtu.
Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.
Norhayati kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di Johor Bahru, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan.
Sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan Mohamad Izzat Izzudin, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga hari Isnin (18 November 2013). 
Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu
Setakat ini pihak polis hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak. 

Akhirnya terbongkar remaja yang dikatakan 'hilang' itu rupa-rupanya pergi tidur di rumah kawan dan hanya tahu polis sedang cari dia melalui berita televisyen. 

Hakikatnya remaja yang hilang itu, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, Johor Bahru. 

(Bukan rumah kawan tetapi rumah 'girlfriend'.....adoiii 3X ! memalukan mak bapak  jer)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pencerahan tentang misteri Villa Nabilla oleh wartawan 'otai' 

Wartawan Kanan Utusan Malaysia di Johor Bahru
Maznah Mohd Arsad (gambar).

Villa Nabila yang kecoh diperkatakan oleh rakyat Malaysia kononnya rumah dimana budak perempuan bernama Nabila kena bunuh dan menyebabkan ianya tidak diduduki dan berhantu hanyalah rekaan yang berbeza dengan fakta sebenar berkenaan sejarah rumah terbabit. 
Rumah tersebut adalah milik seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang didakwa oleh mahkamah kerana pecah amanah dan menipu Kerajaan Negeri Johor
Tidak pernah timbul cerita berkenaan pembunuhan kejam atau ngeri di rumah terbabit, sebaliknya rumah berkenaan ditinggalkan kosong ekoran disita pihak berkuasa setelah mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada ahli perniagaan tersebut.
Dia (ahli perniagaan Cina) sebenarnya sebab pecah amanah dan menipu kerajaan negeri Johor, dan dijatuhkan hukum didapati bersalah. Saya tak ingat, berkemungkinan pada tahun 1990 atau 1991, orang tersebut seorang ahli perniagaan dan katanya memang kerap menipu.
Saya adalah wartawan yang ditugaskan membuat liputan berkenaan kes tersebut di Mahkamah di Johor Bharu, tertuduh dipenjara dan segala aset milik beliau disita pihak berkuasa.

Dalam bahasa mudahnya, tidak pernah ada kaitan antara rumah banglo kosong itu dengan budak perempuan bernama Nabila. Hanya 'urban legend' yang disebarkan dari mulut ke mulut sejak sekian lama.



30 @ 23 orang yang hilang di Villa Nabila sudah dijumpai?

Menurut polis, seorang sahaja yang 'hilang' dan sudah pun dijumpai di flat Taman Desa Mutiara, Bandar Dato Onn pagi tadi (19 November 2013).


Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, dijumpai berada di rumah 'kawan'nya
mencium tangan ibunya, Norhayati Mohamad, 39.


Sumber:


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

22 Sept 2013

Seorang Pekerja bank Wanita miliki 42 kad kredit?

Aku dulu ada 3 kad kredit tetapi sekarang tinggal 2. Tak larat dah nak buat koleksi....tapi ada sorang minah ni ada 42 kad kredit...perghhhh!

Menurut Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Muhammad Rapidi Mohd Darus, beliau pernah memberikan kaunseling kepada seorang pekerja wanita bank tempatan yang memiliki 42 kad kredit!

Ini bermaksud wanita itu memohon kad kredit daripada semua bank komersial yang beroperasi di negara ini,”

Muhammad Rapidi Mohd Darus berkata ketika membentangkan tajuk ‘Fenomena Muflis Dalam Golongan Muda di Malaysia’ pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) di Auditorium Karangkraf, Shah Alam, petang semalam.

Menurut Rapidi, keadaan ini berlaku kerana permohonan kad kredit tidak dikawal Bank Negara dan institusi perbankan komersial bersaing menawarkan perkhidmatan tersebut ekoran pulangan yang menarik.



Beliau menjelaskan, ramai anak muda Melayu yang mengalami kebankrapan setelah dua atau tiga tahun bekerja. Fenomena ini, ujarnya diakibatkan daripada sikap berbelanja boros dan tidak mengikut kemampuan.

Rapidi memberi contoh kecenderungan anak muda Melayu bekerjaya memakai kereta berjenama mewah walaupun baru memiliki pekerjaan.

“Dengan gaji yang tidak seberapa, mereka dibebankan dengan bayaran semula pinjaman, minyak dan kos penyelenggaraan,” katanya.

Itulah...pepatah ada menyebut - UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI tapi tak mau pakai. Cipta pulak pepatah baru BIAR PAPA KEDANA ASAL BERGAYA!



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

5 Sept 2013

Gaji Dr Mursi paling rendah dalam kalangan pemimpin dunia



Mengikut kajian terkini yg dibuat oleh Universiti Brussels International tentang gaji pemimpin dunia mendapati gaji Presiden Mesir Dr Mursi adalah yg terendah dalam tempoh setahun.

Gaji Raja-Raja

Raja Norway = 14.4 juta EURO
Raja Belanda = 9.948 juta EURO
Raja Luxembourg = 7.74 juta EURO
Raja Saudi = 24 juta USD
Raja Sepanyol = 175 ribu EURO


Gaji Presiden

Dr Mursi = 10 ribu USD
Pres Rusia = 115 ribu USD
Pres Filipina = 24 ribu USD
PM Iraq = 3 juta USD
Pres Turki = 13 ribu USD

Pres Singapura = 2.18 juta dollar
Pres US, Obama = 355 ribu USD


Sumber : 

FJP newspaper

http://malaysiaharmoni.com


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

17 Aug 2013

Jangan kahwin dengan orang SYIAH, kata Mufti Perlis


Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya hari ini menasihati umat Islam di negara ini yang ingin berkahwin, agar tidak memilih pengikut ajaran Syiah sebagai pasangan hidup.

Katanya selain menjaga keharmonian akidah umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunnah Wal Jamaah, langkah itu juga mengelakkan konflik jika pasangan bercerai.

"Kita tidak mengharamkan pernikahan tersebut sebaliknya kita melarang dan memberi peringatan agar pasangan terbabit berfikir sedalam-dalamnya jika berlaku masalah dalam perkahwinan tersebut," katanya hari ini.

Juanda berkata larangan itu juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan diperakui Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis November tahun lepas.

"Langkah tersebut bertitik tolak daripada satu kes yang dilaporkan di Mahkamah Syariah Perlis melibatkan seorang isteri yang menuntut cerai daripada suaminya iaitu pengikut tegar ajaran Syiah, empat tahun lalu.

"Kes itu masih belum selesai berikutan perbezaan ajaran antara pasangan tersebut sekali gus menyebabkan status perkahwinan wanita yang mempunyai dua anak terbabit ibarat digantung tidak bertali," katanya.

Ditanya langkah yang diambil pihaknya jika pasangan berkeras untuk meneruskan perkahwinan, Juanda berkata pihaknya akan menemu bual pasangan yang mengikuti ajaran Syiah bagi mengenal pasti tahap pemahamannya mengenai ajaran itu.

Mengulas langkah yang diambil untuk menyekat penyebaran ajaran Syiah, Juanda berkata Perlis mengambil langkah awal, antaranya tidak menerima kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran itu.

"Kita telah melihat dan mengkaji bagaimana ajaran Syiah ini tersebar, satu caranya ialah melalui kemasukan pelajar-pelajar dari Iran, Pakistan dan Lubnan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Perlis tidak menerima mana-mana kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran tersebut," katanya.


Bernama, 17 Ogos, 2013



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

3 Aug 2013

Apa Itu Syiah?



Syiah di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak. Akidah yang bertentangan dengan Sunni. Syiah itu bermaksud penolong/pembantu.


Siapa Abdullah Bin Sabak?


Dia adalah seorang Yahudi berasal dari Yaman. Dia datang ke Madinah untuk mendapatkan jawatan, kepentingan politik. Ketika itu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan, di mana Saidina Uthman tak layan dia. Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa,

"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukannya Saidina Umar, Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.." Dan masyarakat percaya perkara ini. Dari situlah bermulanya fahaman Syiah.


Syiah sesat dan terpesong akidah?

Syiah dengan Sunni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil) tetapi Syiah ini benar-benar terpesong akidahnya dari Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni (ASWJ).

Antaranya ialah, SYIAH MENDAKWA:

  • Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, seluruh sahabat nabi murtad, kecuali beberapa orang sahaja iaitu, Salman Al Farisi, Al Miqdad Bin Al Aswad, Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi (ada juga yang kata Bilal bin Rabah).
  • Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, "Dua patung berhala Quraisy.." .
  • Mereka tidak percaya Quran yang kita guna sekarang ini. Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang, Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha.

Semasa Nabi wafat, Saidatina Fatimah sedih, sedih sangat, dia menangis sampai 75 hari, masa dia tengah bersedih, Jibril turun menggembirakannya, Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula, Fatimah pun beritahu Ali, dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata. Dan Syiah menganggap itu Quran mereka.

  • Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran, antaranya ialah surah al-Baqarah ayat 23, surah Toha ayat 115, surah al-Ahzab ayat 70, surah al-Balad, mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah.
  • Mereka juga ada imam iaitu Imam 12. Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata, 
“Wahai Imam, keluarlah Iman, keluarlah..”. Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi. Dan akan keluar suatu hari nanti.

  • Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata, “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia, rebut jawatan, mereka tak pentingkan Quran dan agama, mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor, merampas jawatan khilafah..”.
  • Mereka menghalalkan darah umat Islam. Bagi mereka, lagi banyak mereka membunuh umat Islam, lagi banyak darah yang mengalir, lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong.
  • Rukun iman mereka ada lebih dari enam. Mereka percaya pada Imam. Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara. Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku. Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat. Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu.
  • Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .

Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel tetapi juga Rusia, China dan Iran. Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’, rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita. Merekalah antara yang menghantar bom, senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .

Syiah itu sesat.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

8 Jul 2013

Niat puasa dan doa buka puasa



Ramadan bakal menjelma. 

Ingat lagi tak niat puasa? Makcik ni ingat-ingat lupa. 

Apapun, jangan risau. Di sini Makcik kongsikan lafaz niat puasa untuk satu hari puasa dan juga sebulan puasa. Doa buka puasa pun ada.

Selamat berpuasa!



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

7 Apr 2013

Sakit belakang boleh bersenam?

Kepada sape-sape yang ada sakit belakang....selamat membaca dan selamat beramal.

Senaman kardio membolehkan anda membakar lemak pada badan sekaligus meningkatkan keupayaan kardiovaskular. Tetapi, senaman ini berisiko tinggi yang akan memberi kesan kepada otot, ligament dan sendi individu tersebut. Hentakan kaki pada permukaan tanah menjadikan impak hentakan itu terasa pada tulang belakang seseorang individu. Mereka yang mudah mengalami sakit belakang disarankan tidak melakukan aktiviti yang memudaratkan tulang belakang anda kerana bahagian tulang belakang adalah bahagian yang mudah rapuh. Jika anda seorang yang suka melakukan senaman walaupun anda mengalami sakit tulang belakang, pilihlah senaman yang berimpak rendah yang boleh melindungi sakit belakang itu daripada terus berlarutan.



Berjalan

Aktiviti berjalan kaki merupakan senaman yang mudah berbanding jogging dan berlari. Berjalan menaikkan kadar dengupan dan mengimbangi berat anda secara sihat. Seseorang individu yang berjalan akan dapat meregangkan otot, memulihkan sendi, menaikkan kadar pernafasan dan pada masa yang sama mengeluarkan peluh. Jika berjalan laju memberi kesan yang banyak kepada tulang belakang, perlahankan sedikit dan berjalan secara mendaki untuk menaikkan kadar degupan dan yang paling penting, pernafasan anda haruslah betul supaya supaya tulang belakang dapat dilindungi.


Terapi berasaskan air

Sebarang senaman yang melibatkan aktiviti dalam air bukan sahaja melindungi tulang belakang malah berupaya membetulkan struktur tulang tersebut. Senaman dalam air menghasilkan rintangan seluruh badan tanpa kesan impak yang kuat. Berjalan, menari atau berenang dalam air tentu menyeronokkan.


Plank

Plank merupakan posisi di atas lantai seakan tekan tubi tetapi secara statik yang mengunakan keupayaan imbangan otot badan. Senaman ini menguatkan otot teras yang menyokong  tulang belakang sekaligus meredakan sakit tersebut. Haruslah diingatkan bahawa, semasa melakukan plank, posisi belakang anda hendaklah mendatar dan pernafasan yang betul bagi menghasilkan kesan kepada otot teras. Walaubagaimanapun, sebarang aktiviti yang melibatkan tulang belakang dan ketika sakit tulang belakang hendaklah mendapat nasihat khidmat doktor ataupun pakar bagi mengelakkan kemudaratan yang berpanjangan kepada anda. Jika disarankan untuk berehat, maka berehatlah dan jaga pemakanan.

Inilah senaman 'plank'




Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

22 Feb 2013

Nak Cantik? Jom Mekap...

Haa...yang ini aku kutip daripada facebook untuk dikongsikan.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

26 Jan 2013

Suami HALIM, bertuahnya si isteri itu...

Ini sedikit panduan untuk suami-isteri.

"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.


Bilakah seorang isteri kurang akal? 

Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..." 
- Imam Al-Ghazali

Suami Soleh...Isteri Solehah

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

19 Jan 2013

LISTEN Menjadi Perkataan Paling Popular di Facebook Minggu Ini

Dalam 2 minggu ini, bila aku buka FB, ada saja perkataan ini kat status kawan-kawan. Bukan satu perkataan jer tapi sampai sebelas kali ditulis. Paling kurang pun 3 kali.... listen...listen...listen!


LISTEN. LISTEN. LISTEN. LISTEN. LISTEN. LISTEN. LISTEN. LISTEN. LISTEN. LISTEN. LISTEN...When I speak you listen.


Aik! Kemaruk apa ni? Tapi rasanya ramai yang dah tahu.

Ini semua pasal video Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin atau lebih dikenali sebagai 'Kak Listen' selepas video menunjukkan dia menegur seorang pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani semasa satu forum bulan lepas, hangat di Internet. Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ pada 8 Disember lalu itu anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M).

Aku tak pandai nak cerita apa yang berlaku sebenarnya, jadi jika korang nak tahu kisahnya, sila tengok video kat bawah ini. Lihat sampai habis. Jangan cut off pulak ok.


Apa respons korang bila tengok vodeo ini?

Ada beberapa respon yang aku suka nak kongsikan di sini. Aku tak nak respon secara terbuka. Aku cuma nak menyokong respon orang-orang yang berfikiran terbuka.


Respon 1:  Rakyat Malaysia yang mengamalkan prinsip demokrasi





Respon 2: Mahasiswa UUM yang juga peserta Forum

Saya akan cuba jelaskan apa yang berlaku kerana saya adalah salah seorang yang berada di dalam dewan terbabit dan mengikuti perkembangan forum ini seawal seminggu sebelum forum ini berlangsung, kerana minat sebagai seorang mahasiswa terhadap tajuk forum berkenaan pada awalnya.

Saya akan cuba jelaskan dalam bentuk kronologi;

[SEBELUM PROGRAM]

Seminggu sebelum forum ini berlangsung, saya sudah mendaftarkan diri sebagai peserta sewaktu borang pendaftaran diagihkan di dalam kelas. Kenapa saya begitu cepat untuk mendaftarkan diri? Adakah saya ini peminat Puan Sharifah? Harus untuk kamu semua tahu, bahawasanya sewaktu publisiti program itu digembar-gemburkan beberapa perkara menarik minat diri ini untuk turut serta;

[1] TAJUK

Tajuk forum pada hari kejadian yang digembar-gemburkan ialah "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" cukup jelas dan umum. Ini perkara pertama yang membuatkan saya mendaftar sebagai peserta tanpa berfikir panjang.

[2] MODERATOR

Moderator pada hari kejadian dikatakan saudara yang saya hormati YDP MPPUUM sendiri iaitu Saudara Ku Amirul, dia adalah pimpinan tertinggi di dalam kampus ini, wajar bagi saya menaruh harapan besar untuk mendengar penjelasan beliau tentang "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK?".

[3] MISTERI PANELIS

Panelis jemputan pada hari kejadian di"rahsia"kan, saya ini jiwa ingin tahu, jiwa mencari ilmu, jiwa mencari solusi, apabila panelis di"rahsia"kan, hati saya membuak-buak mencari siapakah mereka? Sememang hati saya berteka-teki mungkinkah tokoh-tokoh ilmuan negara? Ataupun ahli akademik yang berautoriti tinggi akan mengupas tajuk ini.

Tiga point di atas menjadikan saya mungkin antara peserta terawal mendaftar, nampak seperti gelojoh, tapi gelojoh saya gelojoh gilakan "ilmu".

Adakah persoalan saya "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK" selama ini akan dijawab pada hari kejadian dengan berlandaskan prinsip-prinsip ilmu dan keterbukaan agama?

[SEWAKTU PROGRAM]

~SEJAM AWAL PROGRAM~

Saya berada di sana 9.15 pagi lebih kurang. Sewaktu penulis sampai, makan pagi disediakan, makanan disediakan untuk 2000 peserta, "tingginya peruntukan program ni". Saya masuk dewan, dan saya lihat background pentas tertulis satu tajuk yang berlainan dengan apa yang saya ketahui sebelum ini, adakah tajuk diubah? Menunggu dan menunggu lebih kurang pukul 10 pagi barulah persoalan penulis terjawab dengan ketibaan VIP jemputan dan panelis diumumkan.

Antara 4 panelis :
1. Presiden Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia
2. Peter Yap (salesman)
3. Gulam Muzafar (banker)
4. Mazli Mutazam (Pengetua Kolej Proton, UUM)

~ 2 JAM AWAL PROGRAM~
Saya sedikit kecewa dengan senarai panelis yang ada namun kerana jiwa ini dahagakan penjelasan mengenai isu ini, terus berada di dalam dewan terbabit moga-moga, mereka dapat mengulas tajuk ini dengan baik. Malang kerana apa yang saya hajati tak tercapai dan lebih malang lagi forum telah berubah kepada isu kepimpinan wanita, dan ini senarai isu yang dimainkan

[1] Ambiga pencetus demokrasi.
[2] Kes Nurul Izzah dengan kebebasan beragama.
[3] Bersih.
[4]Mahasiswa berdemonstrasi PTPTN.

Dari 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari, isu ini lah yang diulas, langsung tiada hujah ilmiah dan hanya membawa pandangan sebelah pihak, berulangkali panelis-panelis di atas sana menyatakan bahawa mereka tidak berpolitik kepartian tetapi ingin menunjukkan pimpinan wanita yang bermasalah di negara dan ingin dijadikan iktibar, saya akur! Tapi kenapa pimpinan pembangkang sahaja yang diserang?

Maksumkah pimpinan wanita kerajaan? Mana kes menteri Shahrizat Jalil dengan NFC? Kes "First Lady" Rosmah Mansur dengan cincinnya? Satu sahaja ingin saya utarakan, adakah adil kamu menyerang sebelah pihak hanya kerana "mereka" berhaluan kiri?

~SEJAM SEBELUM TAMAT PROGRAM~

Saya melihat di sebelah, seorang peserta sedang menulis di satu helaian borang. Bila saya perhatikan, ada yang tidak kena dengan helaian borang ini, yang menganjurkan adalah NGO tetapi kenapa di bawah helaian kertas ini berisikan biodata diri dan tempat mengundi dun dan parlimen.

Bila saya tanya kepada peserta terbabit dari mana datangnya, rupanya borang itu diedarkan awal program lagi, patutlah saya tak dapat kerana agak lewat. Saya ambil gambar borang untuk mencari jawapan kenapa borang ini agak ganjil pada pandangan saya.

Kemudian sesi soal jawab dibuka, saya sudah bersedia ingin bertanya, malang terus berpanjangan apabila dua soalan sahaja dibuka. Tidak sempat saya sampai di mikrofon untuk bertanya soalan di tengah-tengah dewan itu sesi soalan telah ditutup. Saya mula rasa "semacam".

Saya tahu bukan saya sahaja yang ingin bertanya tetapi tidak berkesampaian, selepas jawapan diberikan oleh Puan Sharifah, tiba-tiba beliau meminta kami berdiri, dan kemudian YDP MPP menjadi ketua membaca ikrar. Saya tidak mengikutnya kerana saya langsung tidak jelas apa yang ingin diikrarkan sebenarnya (mungkin tidak teratur seperti yang sebenar tetapi secara asas beginilah).

~MISS BAWANI MENGHANGATKAN SUASANA~

Selesai sahaja ikrar, sejurus sahaja semua dipersilakan duduk, sedang asyik Puan Sharifah bercakap di hadapan, satu suara minta untuk diberi perhatian kerana ingin melontar pendapat. Ya itu adalah Bawani.

Perisitwa inilah yang menjadi bualan sekarang, dan mengegar satu Malaysia, saya mempunyai beberapa pandangan yang berbeza dalam kejadian ini. (Video sila lihat di SINI )

[1] Menyokong TINDAKAN Bawani.

Saya bersetuju dengan apa yang DIPERSOALKAN oleh Bawani, sahabat-sahabat yang tidak berada di majlis berkenaan perlu tahu kami menghabiskan masa selama 3 jam untuk mendapat ilmu pengetahuan, tetapi hanya provokasi murahan dengan melabel dan mengecam "mereka" yang berhaluan kiri. Tajuk forum telah lama terbabas.

Dan pihak penganjur mempersoalkan kenapa tidak bertanya sewaktu sesi soal jawab dibuka, saya rasa penganjur perlu sedar bahawasa penganjur hanya membuka 2 soalan untuk kami bertanya sedangkan TAJUK forum belum lagi terungkai! Hujah Miss Bawani cukup padu dengan fakta numberic dan perbandingan dengan negara-negara luar, syabas untuk Miss Bawani.

[2] Tidak Menyokong NADA SUARA Bawani

Saya yang berada di majlis berkenaan kurang bersetuju dengan nada suara yang digunakan oleh Miss Bawani. Nada suara yang digunakan agak terbabas dari kawalan emosi, mungkin sahabat pembaca tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi inilah pandangan saya yang berada disana, dengan nada suara yang agak tinggi, membuatkan peserta kurang jelas apa yang diperkatakan oleh Bawani sendiri, dan jika kamu berada di tempat kejadian, kamu akan berdebar, dan kelihatan seolah satu pergaduhan "tarik rambut" akan berlaku.

[3] Sepenuhnya Tidak Bersetuju Dengan Puan Sharifah

Puan Sharifah dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi dan dikhabarkan cukup profesional, tetapi respon terhadap kejadian ini cukup mendukacitakan. Puan Sharifah lebih berpengalaman, Puan Sharifah lebih intelektual, Puan Sharifah lebih matang sepatutnya dalam mengawal suasana seperti ini.

Dengan hujah Bawani yang matang, malangnya Puan Sharifah telah mengambil satu keputusan cukup memalukan, dengan beranalogi suatu yang tidak patut, menghina, merendahkan suara mahasiswi. Sememang wajar jika Puan Sharifah MEMOHON MAAF kepada Miss Bawani pada pandangan saya.

Selesai selesai sesi "PANAS" ini, forum berlangsung dengan penuh meriahnya bersama "GALAXY NOTE CLONE".

[SELEPAS PROGRAM]

Selesai forum, 2000 peserta sekali lagi diberi makanan tengah hari percuma. Ramai yang berbicara kejadian panas ini, tetapi hanya berlegar di kalangan pelajar UUM. Ada yang menyokong dan ada yang mengkeji tindakan Bawani. Tetapi sebulan selepas program ini berlangsung barulah isu ini tersebar dan menjadi bualan seluruh Malaysia.

PANDANGAN PERIBADI PENULIS

SAYA MENYOKONG BAWANI SEPENUHNYA CUMA MUNGKIN PERLU DIBAIKI BEBERAPA PERKARA, DAN KEPADA PEMBACA NILAILAH SENDIRI. CUMA YANG MASIH MENJADI PERSOALAN SAYA, PERUNTUKAN YANG CUKUP TINGGI DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM SEPERTI INI (2 KALI MAKAN UNTUK 2000 PESERTA, 10 GALAXY NOTE CLONE TIDAK TERMASUK SAGUHATI) DARI MANA DATANGNYA UNTUK PROGRAM YANG SEBEGINI RENDAH KUALITINYA???

- Mahasiswa UUM -


Pada aku, bukan mudah untuk menjadi BERANI. Apatah lagi apa yang kita suarakan itu melawan arus dan berisiko tinggi.

Benarlah, berkata BENAR itu memang PAHIT.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

13 Jan 2013

Percayalah...Tidak Rugi Menjadi Orang Baik

Percayalah...



Ini bukan lagu CT Nurhaliza ok.

Ini sedikit tazkirah untuk aku yang dah tua ni dan juga kepada siapa-siapa sahaja yang sewaktu dengannya. 

Tidak semestinya bila tua baru nak buat baik. Kematian itu tidak kenal usia. Ada yang mati bila tua, namun ada juga yang mati ketika muda, malah yang masih dalam kandungan ibunya pun boleh meninggal.

Percayalah, TIDAK RUGI menjadi orang baik. Kalaupun ia tidak berbalas wang & penghargaan di dunia, ia berbalas ketenangan jiwa dan pahala di akhirat.
Bagi mereka yang berpangkat, kaya berkedudukan tetapi MASIH MAMPU jadi baik, Masha Allah, kedudukan mereka diangkat sejak di dunia lagi.
JANGAN PERCAYA dakyah Syaitan jin dan manusia yang mendakwa jadi baik merugikan, terlepas macam-macam sedang orang lain mendapatnya. Yang terlepas itu hanyalah peluang ke neraka sebenarnya.



Petikan ini aku kutip daripada Facebook Ustaz Dr. Zaharuddin.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks