Entri ini aku tulis sebab aku sendiri mengalaminya sekarang ini. Aku baru sahaja balik dari klinik buat pemeriksaan UPT. Negatif. Doktor ada tekan-takan perut dan dia kata aku tak mengandung. Doktor nasihatkan aku turunkan berat badan sebab berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid. Aku sudah 2 bulan lebih tak datang period dan ini adalah pertama kali berlaku.
Mungkin ada betulnya. Aku perlu turunkan berat badan aku sikit. BMI sudah tak ideal lagi. Apa pun, minggu depan aku nak pergi hospital untuk scan perut. Sebab aku ada terbaca kat Facebok di Senang Hamil page, ujian UPT negatif tapi bila scan disahkan hamil.
- Noor Nastassia Farhana Idayu Sy x period hampir 3 bln...
Sy x fikir sy pregnant krn period sy slalunye x teratur tp lps kawin x pnh pulak x dtg smpi 3 bln...slalunye tarikh tu yg x tentu...kdg awl, tgh n hjg bln...bile buat test sndr negatif, pegi jmp doktor di klinik juga negatif...sy dirujuk di hosp pakar skt puan...doktor scan, alhmdlh....rupenye sy pregnant...dh 6mgu msa dpt tahu...
Terdapat beberapa sebab mengapa wanita tidak datang haid, ini termasuk TEKANAN dan juga SENAMAN yang berlebihan. Ovari kita mengeluarkan satu telur setiap bulan dan selepas 14 hari telur dilepaskan dan jika tidak terjadi persenyawaan, dinding rahim akan gugur dan haid akan berlaku. Sekiranya ovari tidak mengeluarkan telur sebagaimana yang seharusnya, akan berlaku ketidak seimbangan hormon dan rahim gagal mendapat isyarat yang diperlukan untuk memulakan proses haid.
Kadang-kadang wanita terpaksa mengambil ubat untuk mengatasi ketidak seimbangan hormon ini supaya mereka mempunyai kitaran haid yang normal tetapi sekiranya anda tidak mengalami haid selama 3 - 4 bulan berturut-turut, dan ujian didapati negatif, anda perlulah berjumpa dengan doktor kerana mungkin anda mengalami masalah seperti berikut :
1) Terlalu banyak hormon prolaktin
Sekiranya terlalu banyak hormon prolaktin, wanita mungkin tidak akan mengalami haid berbulan-bulan lamanya. Kita selalunya menghasilkan hormon prolaktin semasa menyusu badan anak, sebab itulah, kita tidak datang haid waktu itu, sekiranya ini terjadi kepada anda, mungkin anda akan perasan sedikit cecair seperti susu keluar dari puting. Keadaan ini selalunya dirawat mengunakan ubat.
2) Masalah tiroid berlebihan
Sekiranya kelenjar tiroid anda tidak berkerja dengan betul, ia boleh menganggu haid anda. simptom-simptom lain termasuklah keletihan yang berpanjangan, rambut gugur, kenaikan berat badan, rasa sejuk yang berpanjangan. sedikit ujian darah boleh menentukan samada anda mengalami masalah ini.
No comments:
Post a Comment