Pages

10 Oct 2026

Intipati Utama Belanjawan 2027



Belanjawan 2027 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Oktober 2026 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM459.8 bilion.


Kos Sara Hidup & Pendapatan Rakyat

  • Gaji Minimum: Dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan bermula Jun 2027 (kecuali PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta). 
  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & SARA: Peruntukan diselia dengan peningkatan dana STR/SARA melonjak ke RM16 bilion, termasuk peluasan SARA MADANI kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR.
  • Pelepasan Cukai: Had pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000 serta diperluas merangkumi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin dan tuisyen anak. 
  • Pekerja Gig: Pakej sokongan bernilai RM160 juta bersama Grab disediakan bagi memperkasakan pekerja e-hailing dan p-hailing bermula 2027. 

Penjawat Awam & Pesara

  • Bantuan Khas Kewangan (BKK): Pemberian BKK sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam.

Kebajikan & Golongan Rentan

  • Bantuan OKU: Peruntukan bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) meningkat kepada RM1.5 bilion. Kenaikan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik daripada RM500 kepada RM600 sebulan.
  • Elaun Pekerja OKU: Ambang pendapatan kelayakan dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000.

Ekonomi & Perniagaan

  • Sokongan PKS: Peruntukan tambahan RM5 bilion disediakan untuk SME Stabilisation Relief Facility (SME SRF) melalui Bank Negara Malaysia.
  • Industri Kreatif: Peruntukan keseluruhan RM130 juta bagi menyokong sektor perfileman, muzik, dan kandungan kreatif tempatan. 

Teks ucapan penuh boleh dibaca melalui dokumen rasmi Ucapan Belanjawan MADANI 2027:
https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2027/ucapan/ub27.pdf













Sumber:


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

3 Oct 2026

Push Factors: Bila Ramai Mahu Bersara Awal, Keluar atau Pindah Tempat Kerja

Kredit: Public Health Malaysia (PHM)


PUSH FACTORS:
Bila Ramai Staf/Pekerja/Kakitangan Mahu Keluar atau Pindah Tempat Kerja atau Bersara Awal


Seorang resign.
Kemudian seorang lagi.
Yang sudah lama bekerja, mula memilih persaraan awal.
Yang ada peluang untuk berpindah, terus mohon keluar.

Kalau berlaku sekali dua, 
mungkin itu keputusan peribadi.
Tetapi kalau ia berlaku berulang kali, 
organisasi perlu melihatnya sebagai satu pattern.
Kerana kadar staf yang mahu keluar bukan sekadar isu HR.
Ia juga boleh menjadi petunjuk kesihatan sesebuah tempat kerja.

Beban kerja yang tidak seimbang.
Kurang penghargaan.
Konflik yang berpanjangan.
Komunikasi yang tidak sihat.
Tiada ruang selamat untuk bersuara.
Kepimpinan yang menyebabkan staf semakin penat.


Sudah tentu, bukan semua yang keluar berpunca daripada tempat kerja.
Tetapi apabila ramai orang sampai kepada keputusan yang sama, jangan hanya bertanya:

“Kenapa dia mahu keluar?”

Mungkin soalan yang lebih penting ialah:

“Apa yang membuatkan begitu ramai orang tidak mahu terus tinggal?”

Turnover bukan sekadar nombor.

Kadang-kadang ia adalah feedback paling jujur tentang keadaan sebuah organisasi.

Pesanan untuk majikan:

Jangan tunggu surat pertukaran, surat peletakan jawatan atau permohonan persaraan awal baru mahu bertanya apa yang berlaku.

Dengar ketika staf masih mahu bercakap.
Perbaiki ketika mereka masih mahu mencuba.
Hargai ketika mereka masih memilih untuk kekal.

Kerana apabila seseorang sudah sampai ke tahap mahu pergi, 
kadang-kadang keputusan itu sudah lama dibuat dalam diam.

Dan untuk mereka yang masih bertahan:
Bertahan bukan bermaksud anda perlu menerima semuanya.

Jaga diri.
Kenal batas.

Bersuara dengan cara yang betul.
Dapatkan sokongan apabila perlu.

Kerja itu penting.

Tetapi jangan sampai untuk mempertahankan sebuah tempat kerja, 
kita kehilangan diri sendiri.

Tempat kerja yang sihat bukan hanya mampu mendapatkan staf baharu.
Ia mampu membuatkan orang yang baik masih mahu kekal.

Sumber:
FB Public Health Malaysia (PHM)
Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

6 Sept 2026

Apabila Sesuatu Tak Jadi Seperti Yang Kita Mahu



Apabila sesuatu berlaku tak seperti yang kita kehendaki,
sunnah untuk kita menyebut:

قَدَّرَ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ

“Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki”

Rasulullah SAW bersabda:

Jika sesuatu yang tidak elok dan tidak disukai menimpa kamu,
janganlah berkata:

“Kalaulah aku lakukan sebegini maka akan berlaku begini”.

Tetapi ucapkanlah:

قَدَّرَ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
(Qaddarallahu Wa Mashaa Fa’al)
“Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki”

(Sahih Muslim, no. 2664 & Sunan Ibn Majah, no. 79)


Kredit:
@myhadithtime


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

1 Sept 2026

Nota Perempuan Jomblo [9]: Common Sense Tidak Dipelajari



Nota Perempuan Jomblo [9]: Common Sense Tidak Dipelajari

Caption: 🍭Sweet Memory 🍭

Bagi kamu ia sweet memory,
maka kamu ulang semula memori itu,
dengan repost/reshare di media so-sial secara terbuka (public),
lalu ia tersebar ke seluruh alam.

Tapi ketahuilah,
bagi orang lain yang juga ada bersama memori yang kamu kenang-kenangkan itu,
ia adalah memori pahit dalam hidupnya.

Tanpa kamu sedar,
ia boleh jadi trigger kepada memori paling pahit dalam hidupnya,
sehinggakan dia berharap adanya butang DELETE yang ajaib,
supaya dia boleh delete semuanya,
dan apa sahaja yang berkaitan dengan memori yang kamu kenang-kenangkan itu.

Tapi apakan daya,
Common sense tidak dipelajari di sekolah apatah lagi di universiti,
Kerana common sense terbentuk apabila seseorang itu,
ada rasa simpati, ada rasa empati dan tidak syok sendiri.

Duhai Anon,
Walau siapapun kamu,
Walau apapun niat kamu,
Sudah-sudahlah.

~Keep moving forward~


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

5 Jun 2026

Passport Malaysia Sah Laku 10 Tahun RM350 Bermula 3 Jun 2026


Rakyat Malaysia kini boleh memohon Pasport Malaysia dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun menerusi pewartaan baharu Kerajaan Persekutuan bermula 3 Jun 2026.

Sebelum ini, pasport Malaysia hanya mempunyai tempoh sah laku 5 tahun sahaja. Harga pasport Malaysia yang terkini adalah seperti berikut:

✅ Pasport 10 tahun dewasa terkini - RM350
✅ Warga emas - RM175
✅ OKU - Percuma

Gantian pasport hilang atau rosak:
  • Dewasa - RM400
  • Kategori lain - RM300

Perubahan ini diwartakan melalui Fees (Passports and Visas) (Amendment) Order 2026 dan mula berkuat kuasa pada 3 Jun 2026.




Kredit: FinanceMalaysia


Kredit: WeirdKaya



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

3 Jun 2026

Nota Perempuan Jomblo [8]: Circle Yang Salah


Nota Perempuan Jomblo [8]: Circle Yang Salah


Kepada sesiapa sahaja yang sedang berusaha dan berazam memperbaiki diri untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik, dengarlah sedikit pesanan daripada Ustaz Izzhar Nazri tentang bahayanya berada dalam lingkungan manusia yang salah.

Menurut Ustaz Izzhar Nazri yang juga dikenali sebagai Da'i Izzhar, circle yang salah ialah apa sahaja yang menjauhkan kita dengan Allah dan Rasul.



Circle Yang Salah


Kita selalu rasa, 
kalau kita ada keazaman yang kuat,
kita boleh berubah jadi manusia yang lebih baik. 

Tapi realitinya tidak seperti itu,
Kuat mental macam mana sekalipun,
akan slow-slow hancur,
kalau kita hari-hari,
duduk dengan circle manusia yang salah.

Cuba tengok balik surah Al Fatihah,
Yang kita hari-hari baca,
Kita ulang 17 kali sehari.

Dalam ayat yang ke-6,
Kita minta pada Allah;

"Tunjukkan kami jalan yang lurus"

Tapi perasan tak, 
Apa jawapan Allah pada ayat selepas itu?

"Jalan orang-orang yang engkau berikan nikmat"

Jadi,
bila kita minta jalan yang lurus daripada Allah SWT
Alllah bukan hanya mention dan tunjuk tentang jalan sahaja
Tapi Allah sebut tentang orang yang ada pada jalan itu
Sebab Allah tahu, 
Kita ini mudah sangat terpengaruh,
dengan orang yang terdekat dengan kita.

Jadi kalau nak ubah perangai buruk itu,
Sebenarnya kita boleh je buat sendiri,
Tapi untuk kita kekal berubah dan bertahan,
Itu belum tentu,
Kalau circle kita ni hari-hari,
Tarik kita masuk dalam lubang yang sama.

Dalam surah Al Fatihah,
Bukan hanya permintaan dan rintihan,
Supaya Allah keluarkan kita daripada persekitaran yang menjahanamkan,
Tapi memasukkan kita dalam circle dan suasana yang terbaik.

Kalau kita nak tahu,
Ke mana arah masa depan kita nanti,
Tak payah susah-susahkan diri,
Tinggal tengok saja,
Siapa yang ada dengan kita hari ini.


Kredit/Sumber:


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

26 May 2026

Koleksi Doa Hari Arafah 2026


Hari Arafah (9 Zulhijjah) adalah hari yang paling mustajab untuk berdoa berdasarkan Sabda Rasulullah SAW: "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah" - Riwayat al-Tirmizi (3509).

Doa pada hari Arafah sangat berkuasa dan mustajab kerana ia merupakan hari pembebasan. Allah SWT menjanjikan pembebasan hambaNya daripada azab api neraka dalam jumlah yang paling ramai berbanding hari-hari lain.

Daripada Aisyah RA, Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hambaNya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah.” (Riwayat Muslim).

Mulakanlah doa pada hari Arafah dengan memuji kebesaran Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW. Selepas itu, kita boleh berdoa agar kita dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke syurga tanpa hisab. 

Manfaatkan setiap detik hari Arafah, terutamanya di waktu petang sebelum masuknya Maghrib, untuk meluahkan segala keinginan dan hajat yang paling besar dalam hidup.

Berikut adalah koleksi 30 doa ringkas yang boleh dibaca satu persatu yang dikongsikan oleh pihak Waktu Solat Digital.

Selamat beramal.








Kredit:

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

20 Apr 2026

Nota Perempuan Jomblo [7]: Pendosa Kecurangan Versus Isteri Yang Beruntung


Nota Kaki Pendosa Kecurangan


Cerita suami orang mahupun isteri orang yang curang tak pernah surut malah semakin menjadi-jadi. Kebiasaannya tragedi kecurangan ini bermula tanpa ada niat atau plan. Peluang untuk berlaku curang sememangnya sentiasa ada. Peluang itu sentiasa wujud sejak azali lagi menanti untuk menjerat mangsa-mangsa. Kecurangan biasanya bermula secara perlahan-lahan apabila diri sendiri membuka dan menggunakan peluang yang telah sedia wujud.

Mungkin ada yang sengaja mencari peluang berlaku curang untuk menghilangkan kebosanan, mungkin untuk membuktikan sesuatu kepada seseorang, mungkin kerana sudah hilang iman dan maruah diri, mungkin kerana hanya semata-mata nak tunjuk level kejantanan atau aras kegedikan; test market bak kata orang zaman sekarang.

Walau apapun alasan dan sebab,

Sedarlah bahawa dunia ini pentas tipu daya dan medan ujian.

Dosa kecurangan terangkum bersamanya dosa zina, dosa menipu dan berbohong, dosa khianat, dosa pecah amanah, dosa berlaku zalim, yang mungkin boleh membawa bahana yang lebih dasyat iaitu membvnvh.

Berbahagialah kepada yang lulus ujian.

Bertaubatlah kepada yang pernah gagal.

Allah itu Maha Pengampun,
walau segunung dosa hamba-hambaNYA.

________________________________________________________


Ini sedikit pesanan ikhlas buat suami, bakal suami, suami masa hadapan:


ISTERI YANG BERUNTUNG


Beruntunglah seorang isteri
yang dikurniakan suami seperti ini:

Suami yang berilmu,
Menjaga pandangan dan menjarakkan diri daripada perempuan ajnabi.

Dingin terhadap perempuan yang bukan haknya,
namun lembut, ramah dan romantis hanya untuk isterinya.

Tidak mengejar perhatian manusia,
tidak mencari populariti di media sosial,
tetapi cukup dikenali melalui ilmunya.

Dialah lelaki yang menjaga maruah diri,
dan memuliakan isterinya.

Maka beruntunglah isteri yang memiliki suami sebegini.

— Ustaz Mubarak Bamualim



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

18 Mar 2026

Pengisytiharan Rasmi Tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026


Pengisytiharan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M akan diumumkan pada:

Tarikh: 19 Mac 2026 (Khamis)
Masa: 8:00 malam

Penentuan dibuat berdasarkan cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Sumber:

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

16 Feb 2026

Nota Perempuan Jomblo [6]: Makna Sekufu

Buat kaum perempuan, ini sedikit nasihat yang boleh dijadikan panduan memilih pasangan hidup; jangan sampai salah pilihan. Perkahwinan itu ibadah seumur hidup, jika tersalah pilih, meranalah seumur hidup. Nasihat ini tidak terpakai kepada perempuan yang sejenis tak kisah atau mempunyai tahap kesabaran unlimited dan infiniti (tanpa batas).



Jangan Pilih Lelaki yang Hidupnya di Bawah Standardmu

1. Kalau kamu seorang perempuan yang setia, jangan pilih lelaki yang ramai kawan perempuan. Terlalu banyak kes curang, skandal, office wife, office husband zaman sekarang ini. Asalnya bermula dengan tidak menjaga batas pergaulan (ikhtilat) atas dasar hanya rakan sekerja, friendly, open-minded, sporting.

2. Kalau kamu sedang memperbaiki diri, janganlah pilih lelaki yang belum mahu berubah, atau menunda untuk berubah, kerana kamu akan terpaksa berjalan sendiri dalam memperbaiki diri, sementara dia masih seperti dulu. 

3. Kalau kamu ada kerja, gaji dan pegang duit sendiri, janganlah kamu menerima lelaki yang malas bekerja, pendapatannya kurang daripada kamu atau suka berhutang/meminjam wang. Hal ini kerana dia akan menumpang duit kamu dan setiap perbelanjaan kamu terpaksa mendahulukan duit sendiri.

4. Kalau kamu seorang yang berpendidikan, janganlah memilih lelaki yang rendah tahap pendidikannya kerana ucapanmu akan direndahkan oleh pemikiran yang tidak berkembang.

5. Kalau kamu seorang yang berprinsip, misalnya meletakkan batasan dalam pergaulan iaitu tidak mudah mesra (friendly) dengan sebarang lelaki ajnabi (bukan mahram), jangan sesekali kamu ubah dirimu hanya semata-mata ingin diterima. Lebih baik hidup bersendirian daripada kamu menggadai prinsip yang kamu pegang sekian lama. Sudah semestinya, elakkan memilih lelaki yang hidupnya seperti lalang (sekejap begitu, sekejap begini) iaitu lelaki yang tiada prinsip yang jelas; sama ada dia tidak berani menegakkan prinsip hidupnya; atau prinsip hidupnya mengikut orang sekelilingnya kerana takut dianggap tidak sealiran atau takut dipinggirkan. 

Pada hakikatnya, lelaki itu pemimpin dalam keluarga yang akan menjadi imam kepada pasangannya. Maka pilihlah lelaki Qawwam, insyaAllah akan hadir sakinah (ketenangan), mawaddah (cinta kasih) dan warahmah (belas kasihan) dalam kehidupan berkeluarga. 

Semua yang dinyatakan di atas ini dipanggil sekufu.

Justeru itu, kamu perlu naikkan standardmu agar bertemu dengan pasangan yang sekufu, setara, sepadan iaitu orang yang mempunyai nilai yang sama atau mindset yang sama seperti kamu.

Jangan turunkan standard dirimu kerana kekurangannya akan menjadi penyesalan buat kamu.

"Don't settle for less"

"Jangan tangkap muat"

Kepada Allah kita berdoa dan berserah.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNYA.


Sumber:




Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

31 Jan 2026

Peluang Menjadi Penulis Novel

Berminat nak jadi penulis novel? Sebuah syarikat penerbitan iaitu Buku Jiwa sedang mencari novel-novel baharu untuk diterbitkan. Ayuh, realisasikan mimpi anda yang diangan-angankan sekian lama!




PENCARIAN NOVEL JIWA

Genre/Tema:

  • Thriller - politik, aksi, jenayah, mahkamah, penyiasatan, teknologi
  • Fantasi - urban, sejarah, epik, sains, kembara masa, alternate universe
  • Roman - berpaksikan kerjaya, matang dan kritis, no fluffy romance
  • Slice of  Life - kritikan sosial, seni, komedi, sastera, aktivisme

Hantar ke inibukujiwa@gmail.com:

  • Profil ringkas
  • Sinopsis penuh (200 patah perkataan)
  • Manuskrip penuh (40-75 ribu patah perkataan)


Nota Kaki


Fluffy Romance bermaksud subgenre cerita percintaan yang sangat manis, ringan, dan menghiburkan tanpa konflik berat. Ia memberi tumpuan kepada momen-momen comel, mesra, dan menceriakan hati pembaca atau penonton, sering kali dengan sentuhan humor dan kontak fizikal yang minimum. Istilah ini menggambarkan kisah yang "ringan" (fluffy) dan menyelesakan, berbeza dengan drama tegang.

Ciri-ciri Fluffy Romance:

Manis & Ringan: Alur cerita tidak memeningkan kepala dan fokus pada kebahagiaan.
Minim Konflik: Tiada pergaduhan besar atau tragedi yang memilukan.
Comel (Fluffy): Momen romantik yang bikin hati berbunga (contoh: cuddling, dialog manis).
Menceriakan: Bertujuan memberi perasaan gembira kepada audiens.

Ringkasnya, ia adalah cerita "feel-good" yang fokus kepada kebahagiaan pasangan.

Sumber:
Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks