Pages

16 Feb 2026

Nota Perempuan Jomblo [6]: Makna Sekufu

Salam dan hai,

Secebis nasihat dan panduan memilih pasangan hidup khas untuk perempuan single atau jomblo; jangan sampai salah pilihan.


Jangan Pilih Lelaki yang Hidupnya di Bawah Standardmu

1. Kalau kamu seorang perempuan yang setia, janganlah memilih lelaki yang ramai kawan perempuan.

2. Kalau kamu sedang memperbaiki diri, janganlah pilih lelaki yang belum mahu berubah, atau menunda untuk berubah, kerana kamu akan terpaksa berjalan sendiri dalam memperbaiki diri, sementara dia masih seperti dulu.

3. Kalau kamu ada kerja, gaji dan pegang duit sendiri, janganlah kamu menerima lelaki yang malas bekerja, pendapatannya kurang daripada kamu atau suka berhutang/meminjam wang. Hal ini kerana dia akan menumpang duit kamu dan setiap perbelanjaan kamu terpaksa mendahulukan duit sendiri.

4. Kalau kamu seorang yang berpendidikan, janganlah memilih lelaki yang rendah tahap pendidikannya kerana ucapanmu akan direndahkan oleh pemikiran yang tidak berkembang.

Semua ini dipanggil sebagai sekufu.

Justeru itu, kamu perlu naikkan standardmu agar bertemu dengan orang yang mempunyai nilai yang sama seperti kamu.

Jangan turunkan standard dirimu kerana kekurangannya akan menjadi penyesalan buat kamu.

Kepada Allah kita berserah.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNYA.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment