Pages

29 Jan 2016

Jumlah Followers Google Friend Connect Blog Berkurang Secara Tiba-Tiba

Dari minggu lepas aku perasan followers yang follow blog-blog aku melalui Google Friend Connect (GFC) berkurang tetiba. Mula-mula tu 'hilang' dalam 30+ macam tu. Tetiba kemudian hilang lagi dalam 100+.

Wow!

Ia satu jumlah yang banyak.

Rupa-rupanya ini sebabnya...

Update oleh Blogger Buzz


Menurut Blogger Buzz, pihak Blogger telah menghapuskan followers yang bukan pengguna akaun Google. Mulai 11 Januari 2016, untuk sign-in GFC sebagai follower blog, pembaca perlu sign-in menggunakan akaun Google.

Sebelum ini, sape-sape yang ada akaun Yahoo, Twitter, Orkut dan lain-lain Open ID boleh sign-in Google Friend Connect untuk follow blog yang diminati.



Jadi mereka nasihatkan kepada pembaca-pembaca blog supaya sign-in semula menggunakan akaun Google.

Oklah....

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

25 Jan 2016

Pergi Tak Kembali lagi : Menghadapi Kehilangan Ibu Tercinta

Tiada yang abadi di dunia ini.

Yang hidup pasti merasai mati. Pasti dijemput dan kembali menemui Ilahi.

Kematian itu pasti

Tanggal 18 Januari 2016, jam 6.40 petang, dia ibuku telah pergi buat selama-lamanya. Ketika ibuku sedang berperang dengan sakitnya, hatiku sering mengatakan aku redha jika Allah menoktahkannya.
"ya Allah , jika mati itu lebih baik baginya , maka kau tariklah nyawanya dengan keadaan beriman dan janganlah kau tarik nyawa ibu dalam keadaan serba sakit ya Allah"
Sememangnya aku redha. Tetapi merasa kehilangan itu amat perit dan mengosongkan jiwa. Kadang-kadang aku mengharapkan apa yang berlaku hanyalah mimpi. Bangun tidur, dia yang pertama hadir menyentuh jiwa.

Kehilangan ini adalah kehilangan kali ke-4 setelah ayah, kakak dan abang juga telah dijemput Ilahi. Ayah - 2007, abang - 2008, kakak - 2013 dan kini ibu - 2016.




Bagaimana cara menghadapi kehilangan orang tersayang?

1. Kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu).

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." (setiap jiwa akan merasai mati..)



2. Kita boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai kita tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti kita melawan takdir Ilahi, nauzubillah. Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. 

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” 




3. Jangan difikirkan kesusahan yang bakal kita tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimana caranya untuk kita meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Ingat! Allah sudah menjanjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Kita hanya perlu berusaha, ikhtiar dan tawakkal, insya Allah ada rezeki yang datang kepada kita.




4. Tunaikan hasrat si mati. Jika kita mempunyai impian bersama untuk sesuatu, jangan jadikan kematian sebagai alasan untuk kita menguburkan impian tersebut. Sebaliknya kita perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat arwah. Insya Allah, rohnya akan turut gembira bila impiannya ditunaikan oleh kita. 






Sumber:



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks