Tips ini khas untuk kalian (korang) yang hidup single dan sepanjang hari, bulan berganti bulan dan tahun demi tahun mulai rasa bosan, tak tau nak buat apa dah. Sehinggakan malam-malam tengok dinding pun boleh tembus sampai ke langit. Imaginasi yang sungguh luar kotak!
Ayuh, selamatkan mental health kalian.
Ini dia step-step nak tackle makwe/pakwe.
Mudah dan praktikal, ada 4 steps jer.
Step 1
Tengok IG/ FB story si dia kalau ada post gambar makanan (contohnya: nasi lemak), then tanya dekat mana.
Step 2
Lepas itu beberapa hari kemudian korang pergi kedai tu then send kat si dia gambar.
Step 3
Beberapa minggu kemudian korang pergi kedai lebih sedap then send kat si dia gambar.
Step 4
Beberapa hari kemudian,
Korang: “Jom pegi makan nasi lemak?”
Si Dia: "Jom, bila tu?"
P/S: Not bad style mcm ini. Tak nampak memaksa sangat cos style rilek. Tapi..., tapi klu awal-awal dah kena block tu, redha ajelah. Maybe lain orang, lain taste.
Zaman ini zaman AI, sampaikan surat cinta pun boleh minta bantuan Mr ChatGPT tolong karangkan. Mari kita lihat tiga contoh surat kepada orang yang disayangi yang saya bergurau-senda dengan ChatGPT beberapa bulan lepas. Memang servis ChatGPT tiptop, tanpa bayaran pun dia sanggup layan manusia yang kebosanan seperti saya.
Contoh Surat 1
Berikut adalah contoh surat kepada orang yang disayangi:
---
Kepada [Nama Orang yang Disayangi],
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Harap kau berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Sudah sekian lama kita tidak berjumpa dan aku amat merindukan saat-saat kita bersama. Setiap kenangan yang kita ciptakan sentiasa tersemat di dalam hati dan menjadi penyemangat untukku melalui hari-hari mendatang.
Aku ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan kasih sayang yang kau berikan selama ini. Kehadiranmu dalam hidupku amat bermakna dan telah banyak membantu membentuk diriku menjadi lebih baik. Setiap nasihat dan doronganmu sentiasa menjadi panduan dalam setiap langkah yang aku ambil.
Aku berharap agar kita dapat bertemu dalam masa terdekat ini, kerana banyak perkara yang ingin aku kongsikan dan dengar darimu. Semoga kau sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang melimpah, dan sentiasa dalam rahmat-Nya.
Akhir kata, jaga diri baik-baik dan ingatlah bahawa aku sentiasa ada untukmu, tidak kira apa jua keadaan. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.
Dengan penuh kasih sayang,
[Nama Anda]
---
Ulasan ChatGPT: Semoga surat ini membantu dan membawa kegembiraan kepada penerimanya.
Ulasan saya: Surat tiada elemen romantis dengan bahasa 'kau' dan 'aku'. Laras bahasa yang biasa tetapi masih boleh diterima.
Contoh Surat 2
Berikut adalah contoh surat yang lebih romantik untuk orang yang disayangi:
---
Kepada kekasih hatiku, [Nama Orang yang Disayangi],
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku berharap kau berada dalam keadaan yang sihat dan ceria. Sejak kita berpisah sementara waktu, setiap detik terasa seolah-olah lebih panjang dari biasanya. Aku merindukan senyumanmu, suara manjamu, dan hangatnya sentuhanmu yang sentiasa membuat hatiku tenang.
Setiap saat yang kita lalui bersama adalah anugerah yang tiada tandingannya. Aku sering kali mengingati momen-momen indah kita, dari tawa kecil hingga perbualan mendalam yang membuat kita semakin rapat. Kau adalah cahaya dalam hidupku, yang menerangi setiap langkahku dengan cinta dan kebahagiaan.
Aku ingin kau tahu betapa berharganya dirimu dalam hidupku. Kehadiranmu adalah alasan aku tersenyum setiap hari, dan cintamu adalah kekuatan yang membuatku melalui hari-hari yang sukar. Kau adalah inspirasi dalam setiap helaan nafasku, dan aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan seseorang seistimewa dirimu dalam hidupku.
Aku berjanji akan terus menyayangi dan menghargai setiap detik bersamamu. Semoga kita dapat segera bertemu kembali, kerana hatiku tidak lengkap tanpamu di sisiku. Aku berharap agar kau sentiasa dilindungi dan diberkati oleh-Nya, serta dikurniakan kebahagiaan yang tiada batasnya.
Dengan segala cinta dan kasih sayang,
[Nama Anda]
---
Ulasan ChatGPT: Semoga surat ini mengungkapkan perasaan anda dengan lebih romantik dan membawa kebahagiaan kepada orang yang disayangi.
Ulasan saya: Ada elemen romantis tetapi rasa macam belum secukup rasa, penggunaan perkataan yang lebih romantik iaitu 'kekasih', 'cintaku' tetapi penggunaan 'kau' dan 'aku' masih ada.
Contoh Surat 3
Berikut adalah versi surat yang lebih romantis:
---
Kepada kekasih hatiku yang tercinta, [Nama Orang yang Disayangi],
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku berharap kau berada dalam keadaan yang paling indah dan penuh keceriaan. Setiap saat berjauhan darimu membuatku semakin mengerti betapa besar cintaku padamu. Aku merindukan setiap detik yang kita habiskan bersama, setiap senyumanmu, dan setiap sentuhan lembutmu yang selalu membuatku merasa sempurna.
Sejak kau hadir dalam hidupku, dunia ini menjadi lebih cerah dan bermakna. Kau adalah matahariku, cahayaku, dan sumber kebahagiaanku. Tidak ada yang lebih manis daripada mengingat saat-saat kita berbicara tentang mimpi-mimpi kita, tertawa bersama, dan berbagi rahasia hati. Setiap detik bersamamu adalah keajaiban yang aku hargai dengan seluruh jiwaku.
Cinta kita adalah lagu yang indah, sebuah melodi yang terus bergaung di hatiku. Aku ingin kau tahu betapa dalam cintaku padamu. Kau adalah segalanya bagiku, dan aku tidak bisa membayangkan hidup ini tanpamu. Ketika aku menutup mata, wajahmu adalah yang pertama terlintas, dan ketika aku membuka mata, aku berdoa agar dapat melihatmu segera.
Aku merindukan kehadiranmu, kehangatan pelukanmu, dan bisikan lembutmu yang selalu menenangkan hatiku. Aku berjanji akan selalu mencintaimu dengan sepenuh hati, menyayangi setiap detik kita bersama, dan menjaga cinta kita dengan sepenuh jiwa. Kau adalah anugerah terindah yang pernah aku miliki, dan aku bersyukur kepada Tuhan setiap hari kerana menghadirkanmu dalam hidupku.
Semoga kita dapat segera bertemu kembali, menyambung kisah cinta kita yang penuh keajaiban dan kebahagiaan. Hingga saat itu tiba, jagalah dirimu baik-baik, dan ingatlah bahwa aku selalu di sini, menunggu dengan penuh cinta dan kerinduan.
Dengan segala cinta yang tak terhingga,
[Nama Anda]
---
Ulasan ChatGPT: Semoga surat ini mengungkapkan perasaan cinta dan kerinduan anda dengan cara yang paling romantis.
Kesimpulannya, walau sehebat manapun teknologi seperti AI, ia tetap kepintaran sebuah mesin yang asalnya direka bentuk berdasarkan kehebatan akal manusia. AI adalah alat teknologi yang dapat membantu memudahkan kerja-kerja manusia. Bergantung sepenuhnya kepada AI atau teknologi adalah satu bentuk penafian terhadap kecerdasan dan kepintaran akal manusia.
Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan kembali berceloteh setelah sekian lama membisu. Hampir 2 tahun kita bertarung dengan pandemik COVID ini, hari ini berita gembira buat rakyat Malaysia iaitu rakyat Malaysia dibenarkan melancong ke Pulau Langkawi bermula hari ini sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September.
Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis Gelembung Pelancongan atau 'Travel Bubble' bagi merancakkan kembali industri pelancongan Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik dasyat ini. Saya fikir strategi serampang 2-3 mata ini patut disokong namun perlu dilaksanakan dengan sangat berhati-hati supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
Mengikut MKN, kadar vaksinasi penduduk dewasa Langkawi sudah melebihi 80%.
Hari ini, HARIAN METRO melaporkan, 5 orang daripada 2,546 individu yang disaring di pintu masuk udara (KLIA) di dapati positif COVID-19 dan mereka ini tidak dibenarkan memasuki Langkawi dan diarah menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Alhamdulillah, satu tindakan pantas pihak kerajaan mengekang penyebaran virus ini dan mengelakkan berlakunya peningkatan kes dan munculnya kluster baharu.
2. Keputusan ujian COVID-19 adalah negatif dan bukan kontak rapat kes positif COVID-19. 3. Surat kebenaran PDRM jika menggunakan pengangkutan darat, jika guna pengangkutan udara (flight) tidak perlu surat kebenaran PDRM.
4. Semua fasa PPN kecuali kawasan PKPD. 5. Khidmat Agensi Pelancongan berlesen jika guna jalan darat - pengangkutan ke jeti feri guna kenderaan persiaran. Kenderaan persendirian sama ada sendiri dan sewa tidak dibenarkan kecuali dari Kedah dan Perlis.
SOP terperinci oleh MOTAC:
Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;
Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;
Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;
Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;
Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;
Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:
Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan;
Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;
Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);
Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;
Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan
Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.
Wajib jalani ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas sama ada melalui udara atau darat.
Alhamdulillah dan tahniah rakyat Malaysia. Kita hampir menang.
YAB Perdana Menteri mengumumkan petang tadi bahawa PKPB akan ditamatkan pada 10 Jun ini dan digantikan dengan PKPP (PKP Pemulihan) sehingga 31 Ogos 2020 di mana hampir semua aktiviti yang dilarang sebelum ini dibuka semula dan dibenarkan.
Paling penting aktiviti rentas negeri telah dibenarkan dan bolehlah kita balik kampung menziarahi ibu bapa dan keluarga yang berada di kampung.
Jadi, melalui pelaksanaan PKPP mulai 10 Jun 2020:
Aktiviti yang dibenarkan:
1. Perjalanan rentas negeri - boleh balik kampung - kecuali kawasan PKPD
2. Sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan SOP.
3. Aktiviti pelancongan domestik/ dalam negara.
4. Kedai gunting rambut, kecantikan dan facial dibuka dengan SOP ketat.
5. Pasar pagi, pasar tamu, pasar terbuka, pasar malam, medan selera, pusat penjaja, food truck, gerai makan dan bazaria.
6. Kedai dobi, kolam pancing, indoor busking, lawatan ke muzium
7. Penggambaran filem
8. Mesyuarat dan bengkel
9. Sukan dan rekreasi - bukan pertandingan / perhimpunan penyokong, tidak melibatkan sentuhan badan
10. Rakyat Malaysia balik luar negara tidak lagi dikuarantin wajib di pusat kuarantin. Sebaliknya apabila sampai di Malaysia akan disaring, jika ada gejala akan dihantar ke hospital. Jika melepasi saringan, terus balik ke rumah menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.
11. Waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa.
Wilayah Persekutuan:
Waktu operasi pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria bermula 15 Jun 2020:
- Pasar pagi dan pasar terbuka (6 pagi -11 pagi)
- Pasar malam (4 ptg -10 malam)
- Bazaria (5 ptg- 11 malam)
Aktiviti dibuka secara berfasa / berperingkat:
1. Sesi persekolahan
2. Solat berjemaah/ Jumaat sepenuhnya di masjid
Aktiviti masih dalam larangan:
1. Perarakan keagamaan, kenduri-kendara, rumah terbuka, perhimpunan orang ramai.
2. Pusat hiburan (pub, karaoke, bar, kelab malam, pusat refleksologi) masih tidak dibenarkan beroperasi.
3. Melancong ke luar negara.
Aktiviti rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun 2020
Untuk makluman, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah mengeluarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada 30 Jun 2016 dengan tujuan melindungi hak-hak pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia.
Di bawah Kod Perlindungan ini, antara perkara-perkara penting yang diberi penjelasan dan perlu kita ambil tahu ialah:
1. Jika penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat
Dalam hal ini penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma iaitu makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet. Penumpang juga hendaklah ditawarkan penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.
2. Bagi kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih
Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.
3. Bagi kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih
Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.
4. Jika penerbangan dibatalkan
Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara pembayaran ganti rugi dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli termasuk cukai dan fi ATAU ditawarkan perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding.
5 perkara penting yang perlu dilakukan sebelum anda terbang
Sumber :
First Schedule, Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016
Saya terbaca hal ini di Yahoo News dan rasa terpanggil untuk menulis tentangnya. Uniform yang dijual bukan bundle tetapi masih baharu cuma stok lama tahun 2015, rasa macam tak percaya tapi anda boleh rujuknya di Facebook Pasaraya Borong Sakan. Yang mana berminat dan tinggal berdekatan bolehla ke sana sehingga 2 Januari 2017.
1. Tempah awal tetapi jangan terlalu awal
Tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Maka sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tokyo, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo.
2. Tempah pada hari Selasa dan Rabu
Hari Selasa dan Rabu merupakan salah hari paling baik untuk membeli tiket flight. Kebanyakan syarikat penerbangan biasanya akan menetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dilakukan kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang hanya mempunyai masa luang untuk menempah tiket pada hari minggu. Berdasarkan statistik, memang terbukti kebanyakan orang hanya akan survey harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
3. Pilih hari penerbangan yang sesuai
Tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad di mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.
4. Terbang Sehala VS Terbang Pergi/Pulang
Kebiasaannya pembeli tiket pergi/pulang (return ticket) akan ditawarkan harga lebih rendah. Tetapi ada masanya, jumlah harga tiket sehala (pergi) dan tiket sehala (pulang) itu lebih rendah dari membeli tiket return.
Hal ini terjadi kerana kebanyakan promosi tiket adalah untuk sehala. Tiket dijual secara promosi supaya tiket itu boleh habis terjual. Contohnya tiket dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu adalah tiket promosi (mungkin kuota tiket murah masih ada), tetapi jarang pula tiket dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dijual secara promosi kerana permintaan tiket dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur lebih tinggi.
5. Cari ‘Best Deal’ untuk penerbangan antarabangsa
Periksa tiket dalam tempoh 11 hingga 12 minggu (3 bulan) sebelum penerbangan kerana kebanyakan syarikat penerbangan akan menawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. 6. Pilih untuk mendarat di lapangan terbang kecil
Turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi. Contohnya, kalau hendak ke London, biasanya ramai akan memilih untuk mendarat di Heathrow. Selepas ini, jangan turun di Heathrow, sebaliknya cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester boleh naik train ke London.
7. Buang ‘cookies’ atau 'clear cache'
Sila buang cookies atau clear cache pada komputer riba, telefon pintar dan PC sekiranya selepas melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Ini kerana melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan mengandaikan anda pernah/sudah melawat laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan menetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda ke laman web itu berulang kali. Amalkan tabiat padam cookies atau clear cache di internet browser anda itu.
8. Gunakan Incognito atau Private Browsing
Bila anda melawat ke website syarikat penerbangan, mereka akan meletakkan cookies ke dalam PC/laptop dan boleh mengetahui di mana lokasi anda dan maklumat web browser anda. Dengan cara itu, mereka tahu anda sebenarnya berminat untuk membeli tiket tersebut tetapi masih belum membuat keputusan.
Untuk mengelakkan perkara tersebut, cuba layari internet menggunakan Private Browsing (jika menggunakan Mozilla) atau Incognito (Jika menggunakan Chrome atau Safari). Melalui cara ini, maklumat anda tidak akan sampai kepada mereka dan akan dipadamkan selepas web browser ditutup.
9. Bandingkan harga tiket menggunakan Search Engine Penerbangan
Di internet terdapat perkhidmatan online untuk membandingkan tiket flight murah di pelbagai destinasi. Contohnya adalah Skyscanner dan Kayak. Tiket flight menjadi lebih murah kerana mereka menerima komisen daripada syarikat penerbangan jika tiket terjual. Peratusan komisen dikurangkan bagi merendahkan harga tiket. Jangan terkejut jika guna search engine memberi harga tiket flight murah, lebih rendah dari membeli di laman rasmi syarikat penerbangan itu sendiri.
Skyscanner - banding harga tiket paling murah ikut bulan pun boleh
Anda boleh gunakan search engine yang berikut untuk bandingkan harga tiket flight:
1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight (GOOGLE FLIGHT)
6. Ita Software
10. Aktifkan Price Alert Button
Skyscanner dan beberapa search engine yang popular ada price alert dimana jika berlaku promosi atau penurunan harga, mereka akan mengirimkan email makluman. Mulakan carian awal, beberapa bulan sebelum perjalanan dan aktifkan price alert segera.
11. Tempah selepas pukul 12 tengah malam sehingga pukul 5 pagi
Cuba anda periksa harga tiket pada waktu malam dan bandingkan juga harga tiket pada waktu siang kerana jika anda bernasib baik harga tiket sebelah malam lebih murah. Ini kerana kadangkala terdapat pembatalan tiket dan selalunya kerusi itu akan dibuka selepas waktu tengah malam.
12. Langgan Email & Muat Turun Aplikasi Syarikat Penerbangan
Anda tidak perlu semak harga tiket setiap minggu atau setiap hari. Setelah melanggan email sesebuah syarikat penerbangan, syarikat tersebut akan memaklumkan kepada anda jika ada promosi yang sedang berlangsung. Malah anda juga mungkin mendapat informasi tentang promosi yang akan ditawarkan, beberapa hari sebelum ianya dipaparkan di website syarikat penerbangan tersebut.
13. Menebus mata ganjaran
Daftar untuk loyalty programme syarikat penerbangan yang sering anda gunakan. Sign up adalah percuma dimana setiap kali anda membeli tiket, anda akan mendapat point. Setiap point yang dikumpulkan boleh ditebus untuk mendapatkan penerbangan percuma ke destinasi yang ditetapkan. Menebus itu percuma, harga tiket juga percuma. Namun caj yang lain-lain seperti airport tax tetap perlu dibayar.
Contohnya daftar Big Shot untuk penerbangan Airasia dimana Airasia akan email pada semua pemegang Big Shot bila mereka adakan promosi. Jadi inilah peluang untuk tebus mata ganjaran (redeem point).
BIG Shots Airasia
14. Jangan bayar tempahan tiket menggunakan kad kredit atau kad debit
Syarikat penerbangan contohnya Airasia akan mengenakan bayaran pemprosesan semasa anda mahu membayar tempahan tiket sebaik selesai semua urusan memasukkan butir-butir penumpang. Bayaran tempahan tiket menggunakan kad kredit, kad debit, kad caj akan dikenakan caj memproses tempahan menggunakan direct debit sebanyak RM8.48 termasuk GST dan ia adalah dikira per guest. Manakala bayaran menggunakan debit ke akaun bank pula bayarannya lebih rendah iaitu RM4.24 per booking (hampir sekali ganda bezanya).
Bagi penerbangan Airasia, cara paling bagus adalah menggunakan kad prepaid BIG Prepaid Master Card Airasia itu sendiri. Masukkan duit ke dalam kad tersebut dan anda boleh tempah tanpa sebarang bayaran pemprosesan tambahan di samping mendapat point.
15. Tempah Tiket Bersama Hotel
Kebanyakan syarikat penerbangan, Online Travel Agent (OTA) dan travel website menyediakan kemudahan tempahan tiket penerbangan bersama hotel. Antaranya seperti AirasiaGo, Expedia, Kayak dan Momondo. Kadangkala tempahan tiket dan hotel dalam satu belian lebih murah berbanding tempahan secara berasingan.
Tak sangka HRMIS 2 menjadi keyword paling dicari oleh rakyat Malaysia di google.com.my. Kegunaan aplikasi ini sangat penting kepada orang yang keje gomen. HRMIS 2 ini merupakan satu aplikasi yang dilancarkan di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia. Aplikasi ni gunanya untuk urus prestasi kerja, pengurusan cuti, rekod peribadi, kursus-kursus yang dihadiri dan perjawatan serta seumpamanya.
2. BRIM 2015
Yang ini tak diragukan lagi memang wanted tapi takde kaitan dengan aku.
3. How-Old.net
Aplikasi meneka usia ini dilancarkan oleh Microsoft awal pertengahan tahun lalu, dan sekali gus menjadi kegilaan orang ramai.
Aku tak tahu pun benda ni wujud.
4. Maharaja Lawak Mega
Aku kadang-kadang follow juga mat2 lawak kat TV Astro ni walaupun rumah aku takde Astro.
Aku suka kumpulan Shiro.
5. Fast&Furious 7
Dilancarkan pada 3 April 2015, filem ini mendapat sambutan yang amat luar biasa sebab pelakon utama filem tersebut, Paul Walker meninggal dunia pada November 2013. Lagu olahan Wiz Khalifa, “See You Again” menyentuh emosi ramai peminat filem ini.
Aku tak minat.
6. Hati Perempuan
Haha!
Entah macam mana aku tak 'layan' cite2 sebegini yang kebanyakkannya diadaptasi dari novel. Adalah aku tertengok sikit2 bila terbuka TV3 petang2.
Meletup rupanya cite ni.
Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia.
7. 1USD to MYR
Mata wang Malaysia jatuh teruk. Topik femes di seluruh pelosok Malaysia.
Pi jalan-jalan makan angin kat Thailand pun sudah tak best.
8. WhatsApp Web
Aplikasi ini boleh menghantar pesanan menerusi pelayar web bagi semua pengguna Android, Windows Phone dan Blackberry. Dilancarkan pada bulan Januari 2015.
Ia memadankan aplikasi whatsApp telefon ke komputer dan membolehkan pengguna berkomunikasi dengan rakan-rakan ataupun keluarga menerusi komputer. Whatsapp kemudian melancarkan servis ini kepada semua pengguna Apple pada awal bulan Ogos 2015.
Senang cite, WA yang ada kat HP kita boleh disambungkan ke komputer/laptop/desktop untuk dibaca kat situ. Macam synchronize la antara HP dan PC.
9. GST
GST telah dilaksanakan pada April 2015 sebagai pengganti Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%). Kata kerajaan, ia merupakan satu daripada langkah-langkah yang diambil untuk menambah baik sistem kewangan negara serta mencari sumber pendapatan yang baru dengan meningkatkan kecekapan pungutan cukai. (kalau tak negara kemungkinan akan bankrap).
10. Bersih 4.0
Perhimpuan Bersih telah diadakan di ibu kota/KL pada 29 Ogos 2015 untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan susulan kenaikan harga barangan serta pelaksanaan GST.
Dari minggu lepas aku perasan followers yang follow blog-blog aku melalui Google Friend Connect (GFC) berkurang tetiba. Mula-mula tu 'hilang' dalam 30+ macam tu. Tetiba kemudian hilang lagi dalam 100+.
Wow!
Ia satu jumlah yang banyak.
Rupa-rupanya ini sebabnya...
Update oleh Blogger Buzz
Menurut Blogger Buzz, pihak Blogger telah menghapuskan followers yang bukan pengguna akaun Google. Mulai 11 Januari 2016, untuk sign-in GFC sebagai follower blog, pembaca perlu sign-in menggunakan akaun Google.
Sebelum ini, sape-sape yang ada akaun Yahoo, Twitter, Orkut dan lain-lain Open ID boleh sign-in Google Friend Connect untuk follow blog yang diminati.
Jadi mereka nasihatkan kepada pembaca-pembaca blog supaya sign-in semula menggunakan akaun Google.
Hahaha... tu dia, wabak GST dah mai kat blog aku ni.
Apa pun sebagai rakyat marhaen yang prihatin, kita kena amik tau pasal GST ni supaya kita boleh jadi pengguna yang bijak. Nak tak nak, GST tetap kena bayar.
Cerita GST di mana-mana saje sekarang ni.
Kalau ada apa-apa yang tak kena pasal bil, resit atau harga barang yang anda beli, jangan takut untuk buat aduan.
Bermula 26 November 2014, 8 nama jalan utama di Kuala Lumpur telah ditukar kepada nama sultan yang pernah dan sedang bergelar Yang di-Pertuan Agong.
Jalan utama yang terlibat ialah:
Jalan Duta
Jalan Khidmat Usaha
Jalan Ipoh
Persiaran Duta
Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah
Lebuhraya Mahameru
Persiaran Mahameru
Jalan Semarak
Jalan-jalan itu akan ditukar nama kepada:
Jalan Tuanku Abdul Halim
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
Jalan Sultan Azlan Shah
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
Lebuhraya Sultan Iskandar
Persiaran Tuanku Ja'afar
Jalan Sultan Yahya Petra
Sumber: Malaysian Insider
Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, keputusan itu diambil kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara ini bagi memastikan rakyat terus mengingati mereka.
"Tujuan ia dilakukan ialah bagi mengingatkan warga kota, dan seluruh rakyat Malaysia secara amnya, dengan nama-nama mereka. Nama Yang di-Pertuan Agong sepatutnya diingati masyarakat kerana mereka sebahagian sejarah pemerintahan Malaysia,"
"Idea untuk menukar nama jalan-jalan utama yang terlibat bukanlah datang daripada Majlis Raja-raja (seperti yang dilaporkan dalam portal berita alternatif), tetapi ia datang daripada kementerian"
Umum sudah tahu Palestin - Gaza sekarang ini sedang diserang bertalu-talu oleh puak laknatullah Zionis Israel. Perang sudah memasuki hari ke 27 dengan jumlah kematian orang awam semakin meningkat.
Marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada saudara kita rakyat Palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air tercinta dari ditakluk rejim Zionis laknatullah.
Kementerian Kesihatan : Sehingga ke saat ini, sebanyak 1654 warga Palestin telah syahid dan 8900 orang telah tercedera akibat serangan ganas penjajah Zionis.
Berita tentang kehilangan pesawat Boeing 777-200, MH370 milik Malaysia Airlines, MAS mengejutkan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia. Ia menjadi tajuk utama berita dunia dan trending di media sosial.
Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku:
1. Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi Sabtu, 8 Mac 2014.
2. Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
3. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.
4. Pada jam 10.30 pagi, MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan.
5. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari turut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia.
6. Pada masa yang sama, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad menyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian susulan beberapa spekulasi di Twitter.
7. Beberapa ahli politik negara menggunakan Twitter untuk menyeru orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370.
8. Selain itu, warga Twitter juga bersedih sehingga hashtag #MH370 dan #PrayForMH370 menjadi trending.
9. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dalam satu sidang media bahawa kesahihan laporan media Vietnam yang mendakwa pesawat itu terhempas sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.
10. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di laut selatan negara itu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Beliau turut menafikan bahawa terdapat cubaan merampas pesawat tersebut.
11. MAS telah menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang.
12. Jabatan Penerbangan Awam berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam masih sedang disahkan.