Pages

16 Sept 2021

SOP Terkini Melancong Ke Pulau Langkawi, Gelembung Pelancongan Domestik Malaysia Mulai 16 September 2021

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan kembali berceloteh setelah sekian lama membisu. Hampir 2 tahun kita bertarung dengan pandemik COVID ini, hari ini berita gembira buat rakyat Malaysia iaitu rakyat Malaysia dibenarkan melancong ke Pulau Langkawi bermula hari ini sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September.  

Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis Gelembung Pelancongan atau 'Travel Bubble' bagi merancakkan kembali industri pelancongan Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik dasyat ini. Saya fikir strategi serampang 2-3 mata ini patut disokong namun perlu dilaksanakan dengan sangat berhati-hati supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

Mengikut MKN, kadar vaksinasi penduduk dewasa Langkawi sudah melebihi 80%.

Hari ini, HARIAN METRO melaporkan, 5 orang daripada 2,546 individu yang disaring di pintu masuk udara (KLIA) di dapati positif COVID-19 dan mereka ini tidak dibenarkan memasuki Langkawi dan diarah menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Alhamdulillah, satu tindakan pantas pihak kerajaan mengekang penyebaran virus ini dan mengelakkan berlakunya peningkatan kes dan munculnya kluster baharu.

BACA DI SINI: Lima individu mahu ke Langkawi positif Covid-19


SOP Gelembung Pelancongan Pulau Langkawi

SOP secara ringkas:

1. Lengkap 2 dos vaksinasi.
2. Keputusan ujian COVID-19 adalah negatif dan bukan kontak rapat kes positif COVID-19.
3. Surat kebenaran PDRM jika menggunakan pengangkutan darat, jika guna pengangkutan udara (flight) tidak perlu surat kebenaran PDRM.
4. Semua fasa PPN kecuali kawasan PKPD.
5. Khidmat Agensi Pelancongan berlesen jika guna jalan darat - pengangkutan ke jeti feri guna kenderaan persiaran. Kenderaan persendirian sama ada sendiri dan sewa tidak dibenarkan kecuali dari Kedah dan Perlis.

SOP terperinci oleh MOTAC: 
  1. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;
  2. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;
  3. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;
  4. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;
  5. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;
  6. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:
    • Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan;
    • Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;
    • Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
    • Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);
    • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;
    • Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan
    • Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.


Wajib jalani ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas sama ada melalui udara atau darat.

SOP oleh MKN

SOP oleh MKN

SOP MKN - tanggungjawab pelancong/pengunjung

SOP MKN - medium pengangkutan

Sumber: 


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment