Pages

4 Mar 2022

Nota Perempuan Jomblo [1]: Manusia Hawa


Nota Perempuan Jomblo [1]

Sebagai seorang perempuan, aku mengharapkan seorang lelaki ditakdirkan untuk aku menjadi pemimpin atau imam kepadaku. Fitrah kejadian lelaki itu sudah tentunya menjadi pemimpin, sekurang-kurangnya kepada seorang makhluk lemah yang selalu berkeluh-kesah iaitu perempuan.

Perempuan atau manusia Hawa itu secara fitrah kejadiannya diciptakan daripada tulang rusuk manusia Adam yang bengkok. Justeru, terkaitnya Hawa sebagai manusia yang lemah itu bertepatan dengan fitrah kejadian ciptaan tuhan. 'Bengkoknya' seorang manusia Hawa itu perlukan pimpinan supaya dirinya tidak menjadi rapuh lantas patah dan terkulai meraba-raba dalam kegelapan. 

Namun kini aku adalah perempuan yang memilih untuk tidak dipimpin oleh sesiapa pun. Aku memilih untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas diri aku sendiri. Biarkan mereka hanyut bersama andaian-andaian mereka atas pilihan yang telah aku buat kerana apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati aku hanya Allah yang benar-benar mengetahuinya. 


"Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati" - Surah Al-Hadid (6)

 


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment