Pages

Showing posts with label Misteri Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Misteri Kehidupan. Show all posts

24 Nov 2013

Siapa pemilik sebenar banglo Villa Nabila?

Lagi-lagi Villa Nabila...bila nak habis ni...? takpe...teruskan membongkar misteri.



Info ini aku dapat daripada paper Berita Harian 21 November 2013

Villa Nabila yang terletak di Jalan Skudai berdekatan dengan Teluk Danga (Danga Bay) ini sebenarnya terbahagi kepada dua lot.

Lot yang pertama adalah seluas 0.297 hektar yang menempatkan sebuah banglo setingkat kini dibawah jagaan pemegang amanah, Jenny Lee Sin yang menetap di Singapura.

Lot kedua berkeluasan 0.407 hektar yang menempatkan banglo tiga tingkat dimiliki oleh pemaju Yap Sing Hock Holdings.

Kedua-dua banglo itu ditinggalkan tanpa penghuni kira-kira 30 tahun yang lalu.


Info ini pulak aku dapat dari blog Untold Histories of Malaya

Bank merampas harta Dato' Yap Sing Hock, Director Lien Ho pada tahun 1986, sejak tu.. "Christine Place" tu terbiar...

Itu semua harta Dato' Yap Sing Hock yang punye.

"Christine" pulak.. name anak kesayangan Dato' Yap Sing Hock yang bernama "Christine Yap Tse Yeeng"




Christine Palace @ Villa Nabila????

Misteri Villa Nabila macam makin misteri ler plak......hrrmm..tak selesai jugak!


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

23 Nov 2013

Siapa pernah bermalam dan ingin bermalam di Villa Nabila?

Villa Nabila ni memang misteri sebab sehingga ke hari ini aku masih lagi nak buat entri pasal banglo yang heboh dikatakan 'berhantu' atau 'haunted' ni. 

Berita Harian 21 November 2013 melaporkan tentang beberapa orang wartawan Berita Harian yang pergi bermalam selama 6 jam di banglo Villa Nabila dan salah seorang dari mereka terhidu bau kapur barus. Geng-geng wartawan pun bukan main lagi membuat 'eksperimen' mereka!

Wartawan BH bermalam di banglo Villa Nabila selama 6 jam.

Macam-macam cerita keluar daripada wartawan ini. Tak hairanlah sebab banglo Villa Nabila merupakan antara lokasi paling seram di Malaysia dan seantero dunia.


Cerita seorang rakan wartawan terbabit, seorang guru.....

"Saya rasakan seperti ada sesuatu yang cuba datang dan terkam, menyebabkan saya segera membuka mata." 
"Sepanjang berada disitu saya rasakan seakan adegan filem seram hingga membuatkan pelbagai kisah misteri menjelma di ingatan seperti cerita puntianak."

Banglo kosong yang misteri ini rupa-rupanya selalu menerima kunjungan tetamu terutamanya golongan remaja pada waktu malam. Ada dalam kalangan mereka yang membuat aksi-aksi terlarang seperti pemujaan roh.


Nasihat wartawan BH.....

"Sepatutnya kawasan banglo ini tidak menjadi tumpuan kerana struktur bangunan usang yang berbahaya, selain dipenuhi paku, serpihan kaca dan semak-samun."
"Suasana di banglo itu berbahaya kerana keadaan semak yang mungkin menjadi habitat haiwan berbisa."

Bermalam di Villa Nabila....Ada yang berani????



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

22 Nov 2013

Misteri Villa Nabila akan difilemkan David Teo

Villa Nabila yang usang ditinggalkan hampir 40 tahun.




Villa Nabila yang tetiba POPULAR dan sedang hangat diperkatakan sekarang ini di media-media sosial seperti Facebook dan blog telah menarik perhatian penerbit filem Metrowealth, David Teo untuk difilemkan.






Kata David Teo
....

Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.

Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.


Hrrm....selepas filem berbentuk dokumentari Highland Tower berjaya membuat kutipan lebih RM3 juta, David Teo bakal bikin filem pecah panggung lagi. Aku rasa filem misteri Villa Nabila ni pasti meletop di panggung wayang seluruh Malaysia. 


Gua la David Teo! masyukk....








Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

19 Nov 2013

Misteri banglo 'berhantu' Villa Nabila dan kehilangan seorang remaja lelaki terjawab

Status pasal Villa Nabila agak hangat juga di Facebook tapi aku hanya 'imbas' sepintas lalu sahaja. Malas nak ambil tahu. Tapi tiba-tiba hari ini aku jadi gatal nak ambil tahu...he he he

Villa Nabila, sebuah banglo kosong yang terbiar ini terletak di Jalan Srait View, Bukit Serene, Johor Bahru berhadapan dengan Danga Bay. Banglo ini dikatakan berhantu dan menyeramkan. Misteri tentang banglo ini tersebar luas di media baru, internet seperti blog dan Facebook sehingga ia mendapat nama di peringkat global.

Vila Nabila berhampiran Teluk Danga, Johor Bahru di mana seorang remaja dilaporkan hilang merupakan rumah hantu yang terkenal di peringkat global sehingga laman pelancongan Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikannya sebagai antara 10 rumah hantu paling seram di Asia SIN CHEW DAILY

Banglo Villa Nabila yang terbiar
Pintu masuk ke Villa Nabila
Tingkat bawah Villa Nabila
Salah satu bahagian yang ada di dalam Villa Nabila


Kenapa tetiba Villa Nabila ini jadi 'viral' di Facebook?

Villa Nabila ni jadi popular tiba-tiba kerana tersebarnya cerita kononnya 30 orang yang masuk ke rumah tersebut hilang secara tiba-tiba. Dikatakan 30 orang yang masuk hanya 7 sahaja yang berjaya keluar, menjadikan 23 orang hilang.

Bagaimanapun,  portal berita BERNAMA melaporkan hanya seorang remaja lelaki sahaja yang dilaporkan hilang.


Ini pula laporan yang ambil dari portal berita AGENDA DAILY....


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan,
Supt. Abdul Samad Salleh berkata....
Kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, pada hari Ahad apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di Johor Bahru, sejak keluar pada Sabtu.
Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.
Norhayati kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di Johor Bahru, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan.
Sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan Mohamad Izzat Izzudin, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga hari Isnin (18 November 2013). 
Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu
Setakat ini pihak polis hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak. 

Akhirnya terbongkar remaja yang dikatakan 'hilang' itu rupa-rupanya pergi tidur di rumah kawan dan hanya tahu polis sedang cari dia melalui berita televisyen. 

Hakikatnya remaja yang hilang itu, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, Johor Bahru. 

(Bukan rumah kawan tetapi rumah 'girlfriend'.....adoiii 3X ! memalukan mak bapak  jer)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pencerahan tentang misteri Villa Nabilla oleh wartawan 'otai' 

Wartawan Kanan Utusan Malaysia di Johor Bahru
Maznah Mohd Arsad (gambar).

Villa Nabila yang kecoh diperkatakan oleh rakyat Malaysia kononnya rumah dimana budak perempuan bernama Nabila kena bunuh dan menyebabkan ianya tidak diduduki dan berhantu hanyalah rekaan yang berbeza dengan fakta sebenar berkenaan sejarah rumah terbabit. 
Rumah tersebut adalah milik seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang didakwa oleh mahkamah kerana pecah amanah dan menipu Kerajaan Negeri Johor
Tidak pernah timbul cerita berkenaan pembunuhan kejam atau ngeri di rumah terbabit, sebaliknya rumah berkenaan ditinggalkan kosong ekoran disita pihak berkuasa setelah mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada ahli perniagaan tersebut.
Dia (ahli perniagaan Cina) sebenarnya sebab pecah amanah dan menipu kerajaan negeri Johor, dan dijatuhkan hukum didapati bersalah. Saya tak ingat, berkemungkinan pada tahun 1990 atau 1991, orang tersebut seorang ahli perniagaan dan katanya memang kerap menipu.
Saya adalah wartawan yang ditugaskan membuat liputan berkenaan kes tersebut di Mahkamah di Johor Bharu, tertuduh dipenjara dan segala aset milik beliau disita pihak berkuasa.

Dalam bahasa mudahnya, tidak pernah ada kaitan antara rumah banglo kosong itu dengan budak perempuan bernama Nabila. Hanya 'urban legend' yang disebarkan dari mulut ke mulut sejak sekian lama.



30 @ 23 orang yang hilang di Villa Nabila sudah dijumpai?

Menurut polis, seorang sahaja yang 'hilang' dan sudah pun dijumpai di flat Taman Desa Mutiara, Bandar Dato Onn pagi tadi (19 November 2013).


Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, dijumpai berada di rumah 'kawan'nya
mencium tangan ibunya, Norhayati Mohamad, 39.


Sumber:


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

13 Mar 2012

Misteri Kehilangan Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) Terjawab Sudah

Nurul Nadirah Abdullah (Dirang)
Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini pada 8 Mac lalu adalah Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu. Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1 Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim. Dia hilang ketika pergi membeli mi segera di kedai runcit berdekatan rumahnya.  


Ketika kejadian pada jam 10.30 pagi Khamis lalu, ibu kanak-kanak terbabit Roselyn Alan, 25, berkata Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera.


Dia memberikan anaknya itu RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran dan terus melayari Facebook menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. Bagaimanapun, wanita itu tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua mereka.



Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya, 

Satu lagi tragedi pembunuhan kejam seperti arwah adik Nurin Jazlin Jazimin dan kes kehilangan adik Sharlinie Mohd Nasyar yang sampai sekarang masih belum ditemui.

Al-Fatihah untuk arwah. 

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks