Villa Nabila ni memang misteri sebab sehingga ke hari ini aku masih lagi nak buat entri pasal banglo yang heboh dikatakan 'berhantu' atau 'haunted' ni.
Berita Harian 21 November 2013 melaporkan tentang beberapa orang wartawan Berita Harian yang pergi bermalam selama 6 jam di banglo Villa Nabila dan salah seorang dari mereka terhidu bau kapur barus. Geng-geng wartawan pun bukan main lagi membuat 'eksperimen' mereka!
Wartawan BH bermalam di banglo Villa Nabila selama 6 jam. |
Macam-macam cerita keluar daripada wartawan ini. Tak hairanlah sebab banglo Villa Nabila merupakan antara lokasi paling seram di Malaysia dan seantero dunia.
Cerita seorang rakan wartawan terbabit, seorang guru.....
"Saya rasakan seperti ada sesuatu yang cuba datang dan terkam, menyebabkan saya segera membuka mata."
"Sepanjang berada disitu saya rasakan seakan adegan filem seram hingga membuatkan pelbagai kisah misteri menjelma di ingatan seperti cerita puntianak."
Banglo kosong yang misteri ini rupa-rupanya selalu menerima kunjungan tetamu terutamanya golongan remaja pada waktu malam. Ada dalam kalangan mereka yang membuat aksi-aksi terlarang seperti pemujaan roh.
Nasihat wartawan BH.....
"Sepatutnya kawasan banglo ini tidak menjadi tumpuan kerana struktur bangunan usang yang berbahaya, selain dipenuhi paku, serpihan kaca dan semak-samun."
"Suasana di banglo itu berbahaya kerana keadaan semak yang mungkin menjadi habitat haiwan berbisa."
Bermalam di Villa Nabila....Ada yang berani????
Aippppp jangan cari pasal.
ReplyDeleteTapi kan ramai org suka cari pasal. Pasal ape pun x tahu...
Deleteini semua rekaan tu.. tahyol.. huhuhu
ReplyDeletecikgu jom berkunjung ke blog saya. & jangan lupa follow sy dh jadi follower cikgu :)
www.perkongsianceritapanas.blogspot.com
alaa mana2 tempat terbiar pun confom ada 'penghuni'
ReplyDelete