Pages

1 Jan 2017

Aksi Berani Remaja Melayu Panjat Papan Tanda IPOH, Tidur Dalam Hammock Bakal Mengundang Padah

Selamat Tahun Baru 2017 semua!

Tirai 2016 ditutup dengan aksi VIRAL daredevil, berani mati sekumpulan remaja Melayu memanjat signboard IPOH di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak.


Gambar-gambar dan video aksi berani mereka ini dimuatnaik di Instagram FARIHAN BAHARUDIN beberapa hari lalu dan menjadi viral.

Menurut Norfarihan Baharudinmereka telah mendapat kebenaran untuk memanjat signboard tersebut tetapi telah dinafikan oleh pihak MBI.
Ini kisah Norfarihan Baharudin memanjat mercu tanda “IPOH”. Beliau merupakan graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Kolej Islam Antarabangsa. 3 bulan lalu dia baru berusia 23 tahun. Dia berasal dari Kedah dan kini menetap di Ipoh, Perak sambil berniaga online. 
Ini bukan pertama kali dia memanjat. Memanjat itu sudah jadi hobinya dan dia begitu meminati aktiviti lasak. Antara yang pernah dia lakukan ialah mendaki bukit dan gunung, meneroka lautan dengan scuba diving dan free diving (tanpa tangki gas OK!), mengembara ke pedalaman, dan lain-lain lagi. 
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memberi kebenaran untuk beliau memanjat mercu tanda Ipoh. Turut serta bersama Farihan memanjat IPOH ialah adik bongsu dia, Farina dan kawan-kawan; Faiz, Azlina, Zaki and Lamey. Akhirnya, tiba ke destinasi yang dirancangkan setelah memanjat dari awal pagi selepas Subuh selama 30 minit. 
“Secara jujurnya kitaorang (kami) gamble je. No safety gear. Sangatlah bahaya. Tapi saya ambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati untuk tidak jatuh dan tergelincir. Angin pun kuat. So, jangan nak seronok sangat. Beringat-ingat juga". (FB DURIAN KOPI O)

Penafian oleh pihak MBI:
IPOH 31 Dis. - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membuat laporan polis terhadap sekumpulan remaja yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat papan tanda 'Ipoh' di Jalan Kuala Kangsar di sini. 
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut sebelum membuat laporan polis. Katanya, siasatan itu bagi membolehkan pihak MBI mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. 
"MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda Ipoh kerana ia amat membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya di Jalan Kuala Kangsar. "Ini kerana struktur papan tanda yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. (UTUSAN ONLINE)








Sumber:
  1. http://amazingnara.com/viral-remaja-panjat-signboard-ipoh-majlis-bandaraya-bakal-ambil-tindakan-tegas/
  2. https://m.utusan.com.my/berita/nasional/video-mbi-buat-laporan-polis-aksi-remaja-panjat-papan-tanda-ipoh-1.426325
  3. http://english.astroawani.com/malaysia-news/teenagers-ipoh-signboard-climb-face-action-127519
  4. https://www.facebook.com/DurianKopiO/


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment