Pages

10 Nov 2022

Nota Perempuan Jomblo [3]: Janda Versus Single Mom


Janda Versus Single Mom


Dulu dia seorang isteri. 

Kini dia seorang janda.

Ramai orang kata, perkataan janda itu membawa konotasi negatif atau stigma, maka lebih elok janda disebut single mom. Lebih sopan, menurut kata mereka.

Ya, benar. Perkataan janda itu agak sensitif dan membawa stigma dalam masyarakat (stigma: sifat atau sesuatu yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban).

Hakikatnya, isteri, janda mahupun single mom hanyalah status, bukannya karakter. Tiada siapa yang paling mulia antara mereka kecuali mukmin yang bertakwa.

Akhir zaman ini, ramai perempuan berstatus isteri tidak berusaha menjaga maruah diri seolah-olah sudah hilang rasa malu. Ramai perempuan berstatus isteri bertebaran di media sosial menayangkan diri secara public, untuk tatapan percuma lelaki ajnabi, yang sepatutnya hanya eksklusif untuk si suami. 

Maka benar dan terbuktilah, isteri, janda mahupun single mom hanyalah status, bukannya cerminan penentu karakter (akhlak) peribadi seseorang.

Bagi mereka yang benar-benar faham agama, menjadi janda bukan satu dosa mahupun kehinaan, kerana isteri pertama manusia paling mulia dan agung iaitu Nabi Muhammad SAW adalah seorang janda iaitu Saiditina Khadijah binti Khuwalid RA. 

Malah, Saidatina Khadijah binti Khuwailid RA (555 M – 619 M) digelar Al-Thahirah (Yang Suci) kerana akhlaknya yang mulia, dan Ummul Mukminin (Ibu Orang Beriman).


Apapun, satu hal yang pasti,

Memilih menjadi janda mahupun single mom adalah satu keberanian.

Mungkin juga ia satu kejayaan dan pencapaian dalam hidup kerana berani membuat satu keputusan besar untuk menamatkan satu hubungan yang toksik lagi merosakkan.

Pedulikan, kerana yang membeli beras adalah kita.

Keep moving forward, 
bina masa depan yang tertangguh.

Kesendirian itu satu kemewahan.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

7 Apr 2022

Nota Perempuan Jomblo [2]: Kehilangan

 


Kehilangan


Tiada satu pun yang kita ada hari ini milik kita. Ia hanya sekadar dipinjamkan oleh Allah untuk kita nikmatinya, hargainya selagi ada.

Jika kita kehilangan sesuatu yang kita sayang, menipulah jika kita kata kita tidak sedih, kecewa dan rasa kosong.

Begitulah kehidupan.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

4 Mar 2022

Nota Perempuan Jomblo [1]: Manusia Hawa Yang Bengkok


Manusia Hawa Yang Bengkok

Doa Hawa saban waktu adalah hadirnya seorang lelaki, manusia Adam yang ditakdirkan untuk menjadi imam kepadanya. Dengan harapan, Adam jugalah yang akan menjadi satu-satunya sahabat lelaki halal untuknya dunia dan akhirat. 

Perempuan seperti Hawa itu secara fitrah kejadiannya diciptakan daripada tulang rusuk manusia Adam yang bengkok. Justeru, terkaitnya Hawa sebagai perempuan yang lemah itu bertepatan dengan fitrah kejadian ciptaan tuhan. 

Bengkoknya seorang perempuan itu perlu dipimpin supaya tidak menjadi rapuh lantas patah terkulai. Bengkoknya seorang perempuan juga tidak sepatutnya diperlekeh dan direndahkan tarafnya. Perempuan seperti Hawa sentiasa sedar diri dan bergantung harap kepada susuk kepimpinan seorang manusia lelaki bergelar suami seperti Adam.

Adam dan Hawa seharusnya bergandingan sejalan dan seiringan sehinggalah ke destinasi abadi.

Begitulah yang sepatutnya.

Namun yang terjadi sebaliknya.

Setelah berbelas tahun bergandingan, rupa-rupanya jalan mereka berbeza dan menemui persimpangan.

Adam memilih simpang yang berbeza.

Jadi, Hawa memilih untuk undur diri dan meneruskan langkah bersendirian.

Maka, terbubar sebuah perjanjian.

Selesai.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks