Senaman kardio membolehkan anda membakar lemak pada badan sekaligus
meningkatkan keupayaan kardiovaskular. Tetapi, senaman ini berisiko
tinggi yang akan memberi kesan kepada otot, ligament dan sendi individu
tersebut. Hentakan kaki pada permukaan tanah menjadikan impak hentakan
itu terasa pada tulang belakang seseorang individu. Mereka yang mudah
mengalami sakit belakang disarankan tidak melakukan aktiviti yang
memudaratkan tulang belakang anda kerana bahagian tulang belakang adalah
bahagian yang mudah rapuh. Jika anda seorang yang suka melakukan
senaman walaupun anda mengalami sakit tulang belakang, pilihlah senaman
yang berimpak rendah yang boleh melindungi sakit belakang itu daripada
terus berlarutan.
Berjalan
Aktiviti berjalan kaki merupakan senaman yang mudah berbanding jogging dan berlari. Berjalan menaikkan kadar dengupan dan mengimbangi berat anda secara sihat. Seseorang individu yang berjalan akan dapat meregangkan otot, memulihkan sendi, menaikkan kadar pernafasan dan pada masa yang sama mengeluarkan peluh. Jika berjalan laju memberi kesan yang banyak kepada tulang belakang, perlahankan sedikit dan berjalan secara mendaki untuk menaikkan kadar degupan dan yang paling penting, pernafasan anda haruslah betul supaya supaya tulang belakang dapat dilindungi.
Terapi berasaskan air
Sebarang senaman yang melibatkan aktiviti dalam air bukan sahaja melindungi tulang belakang malah berupaya membetulkan struktur tulang tersebut. Senaman dalam air menghasilkan rintangan seluruh badan tanpa kesan impak yang kuat. Berjalan, menari atau berenang dalam air tentu menyeronokkan.
Plank
Plank merupakan posisi di atas lantai seakan tekan tubi tetapi secara statik yang mengunakan keupayaan imbangan otot badan. Senaman ini menguatkan otot teras yang menyokong tulang belakang sekaligus meredakan sakit tersebut. Haruslah diingatkan bahawa, semasa melakukan plank, posisi belakang anda hendaklah mendatar dan pernafasan yang betul bagi menghasilkan kesan kepada otot teras. Walaubagaimanapun, sebarang aktiviti yang melibatkan tulang belakang dan ketika sakit tulang belakang hendaklah mendapat nasihat khidmat doktor ataupun pakar bagi mengelakkan kemudaratan yang berpanjangan kepada anda. Jika disarankan untuk berehat, maka berehatlah dan jaga pemakanan.
Inilah senaman 'plank' |
wah~ saya yang sihat wal afiat nie pun sekali-sekala jer exercise... hm..
ReplyDeletekena berubah nie.. huhuhuh
keinginan saya utk exercise tu tinggi tapi buatnya tidak...he he
Delete