Chatuchak Weekend Market atau Jatujak Weekend Market atau JJ Market adalah pasar paling besar di Thailand yang terletak di Kamphaeng Phet 2 Road, Chatuchak, Bangkok. Lebih 8000 gerai ada di sini yang dibahagikan kepada 27 bahagian. Barang-barang yang dijual adalah seperti pakaian, barangan antik, makanan/minuman, haiwan peliharaan, tumbuhan, perabot, hiasan rumah dan juga buku. Pendek kata, macam-macam ada.
[BACA JUGA : PART 1 : MENAIKI KERETAPI KE BANGKOK]
[BACA JUGA : PART 1 : MENAIKI KERETAPI KE BANGKOK]
PETA CHATUCHAK WEEKEND MARKET
Satu hari pusing baru khatam tempat ni |
Ikon penting penunjuk arah adalah clock tower di tengah-tengah |
Sumber dari Google, lokasi JJ market |
JJ GREEN MARKET
Kami ke JJ Green Market selepas maghrib, Ahad, 11 Disember 2016. Dari guesthouse kami ambil grabcar. Agak jauh juga JJ Market dari tempat penginapan kami di Bangkapi, lebih kurang 20 minit perjalanan. Tambang grabcar (ekonomi) lebih kurang THB150 ke sana. Sampai di Chatuchak jalan sesak teruk. Suasana night market di sini lebih kurang sama macam night market yang saya pergi di Chiangmai. Cuma di Chiangmai lagi ramai orang hingga berjalan pun macam beratur.
JJ Green Night Market secara peribadi lebih sesuai untuk muda-mudi kategori hipster, gypsy, indie sebab banyak barangan bertema seperti itu dijual di sini.
Pintu masuk, dibuka dari jam 5 petang hingga 2 pagi |
grrrrr.... |
Pengunjung memang ramai |
Antik dan rare... |
Bundle di mana-mana sahaja |
MAKANAN / MINUMAN
Makanan halal ada dijual disini. Jangan risau ok. Burger halal pun ada. Cuma kena bersabarlah sikit sebab ramai orang. Kena tunggu giliran tempat duduk. Huhuhu...
Halal food - nasi dan telur goreng berlauk. Resepi ni tak ada di Malaysia |
Macam-macam jenis pilihan lauk untuk digoreng bersama telur dan makan dengan nasi...sedap! |
WAKTU OPERASI CHATUCHAK WEEKEND MARKET
Monday ClosedTuesday Closed
Wednesday 7AM–6PM (Plant section only)
Thursday 7AM–6PM (Plant section only)
Friday 6PM–12AM (Wholesale only)
Saturday 9AM–6PM (Whole Market open)
Sunday 9AM–6PM (Whole Market open)
WAKTU OPERASI JJ GREEN MARKET
Thursday - Sunday : 1700 - 0200 (5 ptg - 2 pg)
Sumber:
Chatuchak Weekend Market
JJ Green Market
No comments:
Post a Comment