Pages

12 Dec 2012

Farid kamil Akan Dipenjara 2 Tahun Jika Didapati Bersalah!

Ini bukan kisah pasal lagu Dipenjara Janji nyanyian Awie tapi kisah pasal pelakon Farid Kamil yang masih dalam mood honeymoon BAKAL JADI BANDUAN DI PENJARA!

Apapun sebelum itu, kalau rajin bolehlah baca kisah  16 hari nikah, Diana Danielle sudah mengandung! dulu.

Sudahlah kehamilan Diana Danielle yang dikatakan bunting pelamin dipertikai ramai orang. Sekarang ini kecoh pulak pasal Farid Kamil memakai pakaian tentera semasa majlis resepsi perkahwinan dia hari tu. Ada pihak tertentu mendakwa ia adalah penyalahgunaan etika pemakaian tentera yang sepatutnya hanya untuk tentera.

Akhbar Kosmo Ahad lalu melaporkan Farid Kamil mungkin dipenjara kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini pada 1 Disember lalu.

Kesalahan ini adalah berdasarkan Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 140 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 yang memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera.

Ini adalah dokumen mengenai Uniform Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana yang diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke 390 pada 19 September 2000. Mana-mana orang selain daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang memakai apa-apa uniform sebagaimana yang diperihalkan dalam dokumen ini adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 140 dan 170 kanun keseksaan (Akta 574).

Tak percaya Farid Kamil pakai pakaian tentera? Cuba tengok gambar berikut... pangkat Mejar Jeneral gitu! Farid Kamil memakai pangkat Mejar Jeneral iaitu lambang dua paku satu mahkota bersama pin payung terjun yang tersisip di dada.

Ada istiadat lalu bawah pedang atau Sword bearer. Kalau mengikut tatacara PDRM, hanya Inspektor ke atas sahaja layak untuk melalui sword barrel ini.


Aku petik beberapa respon daripada penulis dan pengulas lain pasal isu ini untuk difikirkan. Renung-renungkan tapi jangan sampai termenung ok.


Beautifulnara.com
“Nampaknya uniform PDRM yang dipakai oleh Farid Kamil ketika majlis resepsinya menjadi isu hangat di kalangan pembaca BeautifulNara. Bagi Abang Nara biarlah dia nak pakai apa-apa jenis uniform pun. Majlis kahwin dia, duit dia, suka hati dialah nak buat macam mana.”


myNEWSHUB
Baju yang dipakai oleh Farid Kamil bukan PDRM. Ia menyerupai pakaian No 1 Angkatan Tentera Malaysia dan seluar pula messkit (pakaian No 6) tentera.

Sebagai tambahan, kita semua tahu Datuk Lee Chong Wei ditauliah Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan ketika melangsungkan perkahwinan beliau, turut memohon untuk upacara sword barrel tetapi ditolak.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment