Pages

Showing posts with label Tips & Info. Show all posts
Showing posts with label Tips & Info. Show all posts

22 Sept 2013

Seorang Pekerja bank Wanita miliki 42 kad kredit?

Aku dulu ada 3 kad kredit tetapi sekarang tinggal 2. Tak larat dah nak buat koleksi....tapi ada sorang minah ni ada 42 kad kredit...perghhhh!

Menurut Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Muhammad Rapidi Mohd Darus, beliau pernah memberikan kaunseling kepada seorang pekerja wanita bank tempatan yang memiliki 42 kad kredit!

Ini bermaksud wanita itu memohon kad kredit daripada semua bank komersial yang beroperasi di negara ini,”

Muhammad Rapidi Mohd Darus berkata ketika membentangkan tajuk ‘Fenomena Muflis Dalam Golongan Muda di Malaysia’ pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) di Auditorium Karangkraf, Shah Alam, petang semalam.

Menurut Rapidi, keadaan ini berlaku kerana permohonan kad kredit tidak dikawal Bank Negara dan institusi perbankan komersial bersaing menawarkan perkhidmatan tersebut ekoran pulangan yang menarik.



Beliau menjelaskan, ramai anak muda Melayu yang mengalami kebankrapan setelah dua atau tiga tahun bekerja. Fenomena ini, ujarnya diakibatkan daripada sikap berbelanja boros dan tidak mengikut kemampuan.

Rapidi memberi contoh kecenderungan anak muda Melayu bekerjaya memakai kereta berjenama mewah walaupun baru memiliki pekerjaan.

“Dengan gaji yang tidak seberapa, mereka dibebankan dengan bayaran semula pinjaman, minyak dan kos penyelenggaraan,” katanya.

Itulah...pepatah ada menyebut - UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI tapi tak mau pakai. Cipta pulak pepatah baru BIAR PAPA KEDANA ASAL BERGAYA!



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

5 Sept 2013

Gaji Dr Mursi paling rendah dalam kalangan pemimpin dunia



Mengikut kajian terkini yg dibuat oleh Universiti Brussels International tentang gaji pemimpin dunia mendapati gaji Presiden Mesir Dr Mursi adalah yg terendah dalam tempoh setahun.

Gaji Raja-Raja

Raja Norway = 14.4 juta EURO
Raja Belanda = 9.948 juta EURO
Raja Luxembourg = 7.74 juta EURO
Raja Saudi = 24 juta USD
Raja Sepanyol = 175 ribu EURO


Gaji Presiden

Dr Mursi = 10 ribu USD
Pres Rusia = 115 ribu USD
Pres Filipina = 24 ribu USD
PM Iraq = 3 juta USD
Pres Turki = 13 ribu USD

Pres Singapura = 2.18 juta dollar
Pres US, Obama = 355 ribu USD


Sumber : 

FJP newspaper

http://malaysiaharmoni.com


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

17 Aug 2013

Jangan kahwin dengan orang SYIAH, kata Mufti Perlis


Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya hari ini menasihati umat Islam di negara ini yang ingin berkahwin, agar tidak memilih pengikut ajaran Syiah sebagai pasangan hidup.

Katanya selain menjaga keharmonian akidah umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunnah Wal Jamaah, langkah itu juga mengelakkan konflik jika pasangan bercerai.

"Kita tidak mengharamkan pernikahan tersebut sebaliknya kita melarang dan memberi peringatan agar pasangan terbabit berfikir sedalam-dalamnya jika berlaku masalah dalam perkahwinan tersebut," katanya hari ini.

Juanda berkata larangan itu juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan diperakui Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis November tahun lepas.

"Langkah tersebut bertitik tolak daripada satu kes yang dilaporkan di Mahkamah Syariah Perlis melibatkan seorang isteri yang menuntut cerai daripada suaminya iaitu pengikut tegar ajaran Syiah, empat tahun lalu.

"Kes itu masih belum selesai berikutan perbezaan ajaran antara pasangan tersebut sekali gus menyebabkan status perkahwinan wanita yang mempunyai dua anak terbabit ibarat digantung tidak bertali," katanya.

Ditanya langkah yang diambil pihaknya jika pasangan berkeras untuk meneruskan perkahwinan, Juanda berkata pihaknya akan menemu bual pasangan yang mengikuti ajaran Syiah bagi mengenal pasti tahap pemahamannya mengenai ajaran itu.

Mengulas langkah yang diambil untuk menyekat penyebaran ajaran Syiah, Juanda berkata Perlis mengambil langkah awal, antaranya tidak menerima kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran itu.

"Kita telah melihat dan mengkaji bagaimana ajaran Syiah ini tersebar, satu caranya ialah melalui kemasukan pelajar-pelajar dari Iran, Pakistan dan Lubnan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Perlis tidak menerima mana-mana kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran tersebut," katanya.


Bernama, 17 Ogos, 2013



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

3 Aug 2013

Apa Itu Syiah?



Syiah di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak. Akidah yang bertentangan dengan Sunni. Syiah itu bermaksud penolong/pembantu.


Siapa Abdullah Bin Sabak?


Dia adalah seorang Yahudi berasal dari Yaman. Dia datang ke Madinah untuk mendapatkan jawatan, kepentingan politik. Ketika itu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan, di mana Saidina Uthman tak layan dia. Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa,

"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukannya Saidina Umar, Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.." Dan masyarakat percaya perkara ini. Dari situlah bermulanya fahaman Syiah.


Syiah sesat dan terpesong akidah?

Syiah dengan Sunni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil) tetapi Syiah ini benar-benar terpesong akidahnya dari Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni (ASWJ).

Antaranya ialah, SYIAH MENDAKWA:

  • Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, seluruh sahabat nabi murtad, kecuali beberapa orang sahaja iaitu, Salman Al Farisi, Al Miqdad Bin Al Aswad, Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi (ada juga yang kata Bilal bin Rabah).
  • Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, "Dua patung berhala Quraisy.." .
  • Mereka tidak percaya Quran yang kita guna sekarang ini. Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang, Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha.

Semasa Nabi wafat, Saidatina Fatimah sedih, sedih sangat, dia menangis sampai 75 hari, masa dia tengah bersedih, Jibril turun menggembirakannya, Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula, Fatimah pun beritahu Ali, dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata. Dan Syiah menganggap itu Quran mereka.

  • Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran, antaranya ialah surah al-Baqarah ayat 23, surah Toha ayat 115, surah al-Ahzab ayat 70, surah al-Balad, mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah.
  • Mereka juga ada imam iaitu Imam 12. Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata, 
“Wahai Imam, keluarlah Iman, keluarlah..”. Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi. Dan akan keluar suatu hari nanti.

  • Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata, “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia, rebut jawatan, mereka tak pentingkan Quran dan agama, mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor, merampas jawatan khilafah..”.
  • Mereka menghalalkan darah umat Islam. Bagi mereka, lagi banyak mereka membunuh umat Islam, lagi banyak darah yang mengalir, lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong.
  • Rukun iman mereka ada lebih dari enam. Mereka percaya pada Imam. Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara. Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku. Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat. Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu.
  • Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .

Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel tetapi juga Rusia, China dan Iran. Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’, rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita. Merekalah antara yang menghantar bom, senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .

Syiah itu sesat.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

8 Jul 2013

Niat puasa dan doa buka puasa



Ramadan bakal menjelma. 

Ingat lagi tak niat puasa? Makcik ni ingat-ingat lupa. 

Apapun, jangan risau. Di sini Makcik kongsikan lafaz niat puasa untuk satu hari puasa dan juga sebulan puasa. Doa buka puasa pun ada.

Selamat berpuasa!



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

7 Apr 2013

Sakit belakang boleh bersenam?

Kepada sape-sape yang ada sakit belakang....selamat membaca dan selamat beramal.

Senaman kardio membolehkan anda membakar lemak pada badan sekaligus meningkatkan keupayaan kardiovaskular. Tetapi, senaman ini berisiko tinggi yang akan memberi kesan kepada otot, ligament dan sendi individu tersebut. Hentakan kaki pada permukaan tanah menjadikan impak hentakan itu terasa pada tulang belakang seseorang individu. Mereka yang mudah mengalami sakit belakang disarankan tidak melakukan aktiviti yang memudaratkan tulang belakang anda kerana bahagian tulang belakang adalah bahagian yang mudah rapuh. Jika anda seorang yang suka melakukan senaman walaupun anda mengalami sakit tulang belakang, pilihlah senaman yang berimpak rendah yang boleh melindungi sakit belakang itu daripada terus berlarutan.



Berjalan

Aktiviti berjalan kaki merupakan senaman yang mudah berbanding jogging dan berlari. Berjalan menaikkan kadar dengupan dan mengimbangi berat anda secara sihat. Seseorang individu yang berjalan akan dapat meregangkan otot, memulihkan sendi, menaikkan kadar pernafasan dan pada masa yang sama mengeluarkan peluh. Jika berjalan laju memberi kesan yang banyak kepada tulang belakang, perlahankan sedikit dan berjalan secara mendaki untuk menaikkan kadar degupan dan yang paling penting, pernafasan anda haruslah betul supaya supaya tulang belakang dapat dilindungi.


Terapi berasaskan air

Sebarang senaman yang melibatkan aktiviti dalam air bukan sahaja melindungi tulang belakang malah berupaya membetulkan struktur tulang tersebut. Senaman dalam air menghasilkan rintangan seluruh badan tanpa kesan impak yang kuat. Berjalan, menari atau berenang dalam air tentu menyeronokkan.


Plank

Plank merupakan posisi di atas lantai seakan tekan tubi tetapi secara statik yang mengunakan keupayaan imbangan otot badan. Senaman ini menguatkan otot teras yang menyokong  tulang belakang sekaligus meredakan sakit tersebut. Haruslah diingatkan bahawa, semasa melakukan plank, posisi belakang anda hendaklah mendatar dan pernafasan yang betul bagi menghasilkan kesan kepada otot teras. Walaubagaimanapun, sebarang aktiviti yang melibatkan tulang belakang dan ketika sakit tulang belakang hendaklah mendapat nasihat khidmat doktor ataupun pakar bagi mengelakkan kemudaratan yang berpanjangan kepada anda. Jika disarankan untuk berehat, maka berehatlah dan jaga pemakanan.

Inilah senaman 'plank'




Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

22 Feb 2013

Nak Cantik? Jom Mekap...

Haa...yang ini aku kutip daripada facebook untuk dikongsikan.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

26 Jan 2013

Suami HALIM, bertuahnya si isteri itu...

Ini sedikit panduan untuk suami-isteri.

"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.


Bilakah seorang isteri kurang akal? 

Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..." 
- Imam Al-Ghazali

Suami Soleh...Isteri Solehah

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

12 Dec 2012

HIV Virus Boleh Rawat Penyakit Leukemia?

Cantik tak HIV Virus ni?

Geram jer aku tengok HIV Virus ni. Rasa nak cabut-cabut dia punya 'cendawan' yang menyerabutkan tu!

Alkisahnya, ada seorang budak berusia 7 tahun mengidap Leukemia iaitu sejenis kanser darah. Dia sekarang ini sedang menjalani rawatan. Selalunya pengidap kanser akan jalani rawatan kemoterapi tetapi pelik pulak rawatan yang dijalani oleh si budak bernama Emily Emma ni. Dia menjadi bahan eksperimen oleh para doktor yang merawatnya. Kaedah rawatan baru itu pula dikatakan lebih berjaya berbanding kaedah kemoterapi.

Penyakitnya dirawat menggunakan Virus HIV...? Biar betul.

" Emma, diagnosed with ALL in 2010, underwent an experimental procedure involving a disabled form of HIV, the virus that causes AIDS, after two unsuccessful courses of chemotherapy failed to achieve sustained remission. The treatment, pioneered at The Children's Hospital of Philadelphia, is similar to therapies being developed at other cancer centers around the U.S. "

" The experimental technique relies on help from a disabled form of HIV because the virus is adept at carrying genetic material into T-cells so they’re able to kill off cancer cells. Those genetically altered T-cells go to work attacking cells in the body that play a role in the development of leukemia. "

Macam-macam dunia perubatan sekarang ini. Setakat ini virus yang paling orang takut virus inilah tapi ia bakal menjadi ubat kepada penyakit Leukemia. Tiada yang mustahil.

Sumber di sini


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

9 Dec 2012

Hukum Memakai Inner Berlengan Panjang yang Ketat - Ust Azhar Idrus


1# Mangsa Trend
Aku rasa dengan tengok gambar pun kita dah jelas. Aku ambil ini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan pembaca supaya tidak terjerat dan terjerut leher sendiri.
Sebagai manusia kita sering lupa dan tersasar. Kadang-kadang kita terjerat dengan trend semasa. Kadang-kadang kita menjadi mangsa fesyen yang konon-kononnya dikatakan fesyen MUSLIMAH.

2# Dialog adik-kakak
Adik : Kakak thu x bila perempuan yg TAK SUKA TUTUP AURAT mula menutup auratnya dgn sempurna?
Kakak : masa haji kot adik, 
Adik : salah...cuba teka lagi, 
Kakak : masa kawin???
Adik : Salah jugak, teka la lagi
Kakak : apa dia dik?? kakak x thu la.
Adik : tadi ustazah cakap kat skolah , perempuan yg tak suka menutup auratnya akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia DIKAFANKAN..maka akan TUTUP BUAT SELAMA-LAMANYA.......
Astagfirullahalazim....
 

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

8 Dec 2012

Diet Tanpa Nasi Boleh Kurus Ke?

Orang Melayu dan nasi memang tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan, mungkin orang itu bukan orang Melayu. (Sekadar hipotesis makcik yang tak habis sekolah ok).

Agaknya Mat dan Minah Salleh kat luar sana makan tak nasi? Masa aku kecik-kecik dulu, aku ada juga terpikir pasal benda ni. Mungkin aku dapat jawapannya bila aku pergi melancong ke Amerika nanti.

Sebenarnya aku sedang dalam proses nak kuruskan badan yang sudah mengelembung macam belon. Inilah akibatnya masa makan tak ingat dunia. Lepas makan, mata pun kuyu, lepas tu zzzzzz. Badan aku naik ini, dari 52kg kepada 60 kg dalam masa 6 bulan selepas makcik dipaksa makan ubat pil perancang oleh doktor. Naik senang sangat tapi bila nak disuruh turun....seksanya batinku. BMI makcik sudah tidak ideal lagi.

Ramai kawan-kawan yang lama tak jumpa pulak dok mengata yang aku ni " nampak lain", "berisi yang takde isi", "makin sihat" dan macam-macam perkataan yang manis-manis tapi sebenarnya mereka nak kata aku ni GEMUK tapi takut. (Dasar hipokrit!)

kesian kat mesin timbang...terseksa

oklah...berbalik pada tajuk.

Orang banyak bercakap tak makan nasi boleh kurus. Memang boleh kurus!

Dengan syarat ~

  • tidak makan makanan yang lebih tinggi kalorinya berbanding nasi macam pizza, burger, KFC, makanan bergoreng dan sewaktu dengannya. Contohnya makcik tak ambil menu a tapi gantikan dengan menu b. Fuhh, lihat dan bandingkanlah nilai kalorinya!
    • Menu a : satu cawan nasi + seketul ayam bakar tanpa kulit + sayur tumis air = 270 kalori
    • Menu b : 3 biji karipap = 380 kalori
  • makan makanan lain menggantikan nasi sebagai sumber karbohidrat yang lebih rendah kalorinya. Contoh makanan berkarbohidrat yang lain ;
    • ubi - ubian spt ubi kentang, ubi keledek, keladi - rebus sahaja
    • oat
    • mihun, mi, kuey teow yang direbus spt mihun sup
    • roti spt roti sandwich
    • biskut

Rupa-rupanya karipap ini tinggi kalorinya. Aku selalu makan masa sarapan sebelum mula kerja. Patutlah GEMUK... Nasib baik aku cover balik dengan tak makan tengahari.

Kita tidak boleh meninggalkan sumber karbohidrat dalam diet kita sebab karbohidrat membekalkan tenaga untuk tubuh badan kita berfungsi. Jika kita tidak ambil karbohidrat, sumber tenaga akan diperolehi daripada sumber lemak dan protein. 


Tapi ingat...

Apabila kita mengambil lemak dan protein berlebihan, diet kita bukan lagi diet seimbang. Ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada tubuh seperti -

  • hiperlipidemia - kolesterol tinggi
  • hiperuricemia - asid urik tinggi

jadi, berfikir sebelum makan ok!



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

23 Nov 2012

Berita Baik Untuk Penggila Durian

Hai...

Kali ini aku nak cerita pasal raja buah. Sudah 2 hari mulut aku berbau durian. Ini semua sebab ada lori menjual durian dekat dengan rumah aku dan aku memang tak boleh tahan air liur menengoknya. Mula-mula aku beli 10 ringgit, dapat 3 biji. Hari ini aku beli lagi 20 ringgit, dapat dalam 7 biji.

Siapa tahu apa khasiat buah berduri ini?

Kalau nak tahu durian kaya dengan asid folat. Sapa yang ada penyakit anemia (kurang darah merah), makanlah durian banyak-banyak, insyaAllah, penyakit itu akan sembuh.

Durian juga kaya dengan fosfat dan zat besi, malah 10X lebih tinggi berbanding buah pisang.

Tak rugi makan durian ok.

Tapi ingat, jangan makan banyak sangat. Nanti tak boleh tidur sebab durian boleh menaikkan tekanan darah!

Durian tinggal lagi 4 biji yang belum dimakan. Apa nak buat? Mungkin aku boleh buat bubur durian atau pulut durian....hrrmm..sedapnya.






Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

18 Nov 2012

Antara Sebab - Sebab Haid Lewat

Esok, aku ingat nak pergi hospital untuk scan perut tapi dah tak perlu rasanya kot sebab hari ini period plak....kecewa rasa dalam hati. Dua hari lepas ada keluar darah sikit tapi tak confirm sama ada period atau bukan. Hari ini sudah confirm memang period. Why did you came, period?

Mungkin betul antara sebab haid aku lewat adalah berat badan berlebihan. Berat badan aku memang asyik naik memanjang, tak reti nak turun-turun. Maklumlah, aku ini dah boleh join kelab veteren (opps....lambat lagi ler).

Kitaran haid orang perempuan.


Kenapa kegemukan dan obesiti  mengganggu kitaran haid? 


Obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon berlaku dan memberi gangguan kepada pengeluaran telur (ovum). Apabila tiada pengeluaran telur, maka hormon progesteron tidak dihasilkan dan ini menyebabkan tiada perubahan pada lapisan endometrium yang akhirnya menyebabkan tiada haid. Selalunya apabila kita pergi jumpa doktor, doktor akan memberikan kita ubat "turun darah" iaitu ubat untuk mengeluarkan haid. Ubat tersebut mengandungi hormon progestin yang menggantikan hormon progesteron yang tidak dihasilkan.


Kegemukan boleh menyebabkan gangguan ovulasi. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
  • anovulasi : telur tidak keluar pada setiap kitaran haid
  • oligo-ovulasi : telur hanya keluar pada kitaran haid tertentu sahaja atau jarang-jarang.

Berdasarkan BMI atau Body Mass Index, badan aku belum lagi dalam kategori obesiti tetapi sudah berada dalam kategoti berat badan berlebihan.


Nak kira BMI, boleh kira guna BMI Calculator.


Secara ringkasnya, antara sebab - sebab haid lewat ialah:

  1. stress
  2. kegemukan (obesiti)
  3. terlalu kurus
  4. melakukan aktiviti fizikal secara aktif
  5. kemurungan
  6. Penyakit kronik seperti Pulmonary Tubercolisis, SLE, PCOS, penyakit disebabkan oleh kelenjar tiroid.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

14 Nov 2012

Tidak Datang Haid Tetapi UPT Negatif

Entri ini aku tulis sebab aku sendiri mengalaminya sekarang ini. Aku baru sahaja balik dari klinik buat pemeriksaan UPT. Negatif. Doktor ada tekan-takan perut dan dia kata aku tak mengandung. Doktor nasihatkan aku turunkan berat badan sebab berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid. Aku sudah 2 bulan lebih tak datang period dan ini adalah pertama kali berlaku. 

Mungkin ada betulnya. Aku perlu turunkan berat badan aku sikit. BMI sudah tak ideal lagi. Apa pun, minggu depan aku nak pergi hospital untuk scan perut. Sebab aku ada terbaca kat Facebok di Senang Hamil page, ujian UPT negatif tapi bila scan disahkan hamil.
  • Noor Nastassia Farhana Idayu Sy x period hampir 3 bln...
    Sy x fikir sy pregnant krn period sy slalunye x teratur tp lps kawin x pnh pulak x dtg smpi 3 bln...slalunye tarikh tu yg x tentu...kdg awl, tgh n hjg bln...bile buat test sndr negatif, pegi jmp doktor di klinik juga negatif...sy dirujuk di hosp pakar skt puan...doktor scan, alhmdlh....rupenye sy pregnant...dh 6mgu msa dpt tahu...

Pregnancy Test

Terdapat beberapa sebab mengapa wanita tidak datang haid, ini termasuk TEKANAN dan juga SENAMAN yang berlebihan. Ovari kita mengeluarkan satu telur setiap bulan dan selepas 14 hari telur dilepaskan dan jika tidak terjadi persenyawaan, dinding rahim akan gugur dan haid akan berlaku. Sekiranya ovari tidak mengeluarkan telur sebagaimana yang seharusnya, akan berlaku ketidak seimbangan hormon dan rahim gagal mendapat isyarat yang diperlukan untuk memulakan proses haid.

Kadang-kadang wanita terpaksa mengambil ubat untuk mengatasi ketidak seimbangan hormon ini supaya mereka mempunyai kitaran haid yang normal tetapi sekiranya anda tidak mengalami haid selama 3 - 4 bulan berturut-turut, dan ujian didapati negatif, anda perlulah berjumpa dengan doktor kerana mungkin anda mengalami masalah seperti berikut :

1) Terlalu banyak hormon prolaktin

Sekiranya terlalu banyak hormon prolaktin, wanita mungkin tidak akan mengalami haid berbulan-bulan lamanya. Kita selalunya menghasilkan hormon prolaktin semasa menyusu badan anak, sebab itulah, kita tidak datang haid waktu itu, sekiranya ini terjadi kepada anda, mungkin anda akan perasan sedikit cecair seperti susu keluar dari puting. Keadaan ini selalunya dirawat mengunakan ubat.

2) Masalah tiroid berlebihan

Sekiranya kelenjar tiroid anda tidak berkerja dengan betul, ia boleh menganggu haid anda. simptom-simptom lain termasuklah keletihan yang berpanjangan, rambut gugur, kenaikan berat badan, rasa sejuk yang berpanjangan. sedikit ujian darah boleh menentukan samada anda mengalami masalah ini.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

27 Aug 2012

Niel Armstrong Meninggal Dunia

Neil Alden Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan, telah meninggal dunia pada Sabtu,  25 Ogos 2012. Dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Wapakoneta, Ohio, Amerika Syarikat, meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan. Kenapa pertama?
Sebab ada beberapa orang lagi selepasnya
12 manusia yang pernah menjejakkan kaki ke BULAN
U.S. astronaut Neil Armstrong, who took a giant leap for mankind when he became the first person to walk on the moon, has died at the age of 82, his family said on Saturday.
 
Armstrong died following complications from heart-bypass surgery he underwent earlier this month, the family said in a statement, just two days after his birthday on August 5.
 
As commander of the Apollo 11 mission, Armstrong became the first human to set foot on the moon on July 20, 1969. As he stepped on the dusty surface, Armstrong said: "That's one small step for (a) man, one giant leap for mankind." Those words endure as one of the best known quotes in the English language. - Reuters.

Neil Armstrong di BULAN (Lunar Surface)

Neil Armstrong jejak kaki ke bulan? Fakta atau Auta?  

Links yang aku letak kat bawah ni boleh baca kalau berminat nak tahu kebenarannya. Link yang bold tu bagus untuk dibaca sebab ia menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh puak2 konspirator. Menarik jugak!

KONSPIRASI pendaratan Apollo 11 ke bulan

PENAFIAN terhadap KONSPIRASI

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

13 Mar 2012

Malaysia Negara Paling Selamat di Asia Tenggara?

Berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, Malaysia diumumkan sebagai negara yang ke-19 paling selamat di dunia berbanding 153 negara lain manakala Malaysia adalah negara paling selamat di kalangan negara-negara di Asia Tenggara.

Terima kasih encik - encik POLIS
Berita di Utusan Malaysia Online melaporkan pada 8/3/2012 bahawa Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara. Pencapaian itu diiktiraf secara global menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 yang diumumkan tahun lalu. Ia merupakan peningkatan yang amat membanggakan berbanding 2009 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-26. Berdasarkan rekod Disember 2010 indeks jenayah telah turun sebanyak 15 peratus manakala jenayah jalanan pula turun sebanyak 35 peratus. Malah indeks jenayah bagi Januari dan Februari pada tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama 2010 sementara bagi jenayah jalan penurunannya adalah sebanyak sembilan peratus.
HarakahDaily.Net pula sebaliknya melaporkan respon sebaliknya pada 13/3/2012, negara ini bukannya yang paling selamat di Asia Tenggara sebagaimana yang didakwa. Kenyataan ini dikeluarkan ekoran kematian adik Nadirah selepas negara ini diistiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggar. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kes adik Nurul Nadirah Abdullah yang disahkan mati dibunuh dan dibakar selepas hilang sejak 1 Mac lalu membuktikan Malaysia tidak selamat.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

20 Feb 2012

Dividen KWSP 6% Bagi Tahun 2011




Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen enam peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010.


Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.


“Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

18 Feb 2012

Penjenayah Pecah Rumah Waktu Siang Pula! Aduhai...

Baru-baru ini rumah aku hampir-hampir dimasuki penyamun@perompak. Kejadian berlaku pada waktu siang di mana hampir semua orang pada ketika itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Encik Suami ketika itu sedang tidur di rung tamu. Encik suami memang time dia tidur siang sebab dia kerja malam.

Bila encik suami bangun dari tidur, dia tengok pintu rumah terbuka dan grill pintu pun juga terbuka. Setelah dicari-carinya mangga, dah terburai semuanya kat atas lantai depan balkoni rumah. Nasib baik tiada apa-apa yang hilang. Mungkin si penyamun terkejut melihat ada orang dalam rumah lalu dia terus cabut lari.

Penyamun yang penakut! kih kih kih...


Beberapa hari selepas itu, kecoh jiran-jiran sekitar rumah aku. Rumah mereka pun kena juga!. Ada yang dak kena pecah sebelumnya lagi. Kiranya rumah aku bukan kunjungan pertama si penyamun ler rupanya.

Modus operandi : WAKTU SIANG.


Jenayah pecah rumah makin berleluasa di KL
Kalau si penyamun buat kerja waktu malam, aku ler pulak yang jadi PENAKUT. Sebabnya malam-malam aku duduk rumah sorang-sorang! Encik suami pergi kerja...


Jangan ganggu hidup aku wahai si penyamun!
Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

3 Feb 2012

Bonus Tabung Haji 2011 6%

Tabung Haji


February 03, 2012 15:59 PM

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji Malaysia pada Jumaat mengumumkan kadar bonus sebanyak enam peratus bagi tahun 2011 yang akan diterima pendeposit pada Rabu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata angka itu melibatkan pembayaran bonus sebanyak RM1.67 bilion, meningkat 25 peratus berbanding RM1.33 bilion pada tahun sebelumnya.

“Walaupun Tabung Haji akan membuat pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion daripada keuntungan tahun kewangan 2011, ia dilakukan dengan berhati-hati dengan keadaan persekitaran ekonomi global semasa yang masih mencabar,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan pelaburan Tabung Haji terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah sahaja.

Bagaimanapun, katanya bonus itu yang merupakan peningkatan 0.5 peratus daripada 2010 adalah lebih baik berbanding kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam.

Katanya pendapatan Tabung Haji pada 2011 juga meningkat kepada RM2.2 bilion berbanding RM2.06 bilion pada tahun sebelumnya.

Sumber-sumber pendapatan Tabung Haji bagi 2011 adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 58 peratus, sekuriti hutang (15 peratus), hartanah (9 peratus), pasaran wang (7 peratus), pembiayaan (6 peratus), instrumen kewangan (4 peratus) dan lain-lain sumber ialah satu peratus.

Jamil Khir berkata dana pendeposit terkumpul Tabung Haji turut meningkat pada kadar 17 peratus tahun lepas kepada RM31.7 bilion berbanding RM27.11 bilion pada 2010.

Tabung Haji memperuntukkan zakat perniagaan sebanyak RM44 juta berbanding RM 41 juta pada tahun sebelumnya, katanya.

Jamil Khir berkata perbelanjaan operasi Tabung Haji juga terkawal walaupun terdapat peningkatan ketara akibat kenaikan kos tanggungan haji berjumlah RM105 juta bagi tahun 2011 berbanding RM65 juta pada tahun sebelumnya.

“Ini menggambarkan bahawa pelaburan Tabung Haji telah menghasilkan pulangan yang baik dan perbelanjaan operasi dapat dikawal secara berhemah,” kata beliau.

Katanya sehingga kini Tabung masih memberikan subsidi kepada jemaah haji untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mereka khususnya untuk jemaah haji kali pertama. – BERNAMA


Tabung Haji Declares Six Per Cent Bonus For 2011
PUTRAJAYA, Feb 3 (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji has declared a bonus of six per cent with a payout amounting to RM1.67 billion for 2011 which will be paid on Wednesday.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the payout was 25 per cent higher than the previous year which amounted to RM1.33 billion.

"The bonus payout is done cautiously amid the sluggish global economic environment. The rate is competitive as Tabung Haji ensured that it investments were syariah-compliance," he told a news conference here today.

He said the bonus was not only 0.5 per cent higher than 2010 but also better than the rate of return generated from fixed deposit accounts offered by Islamic banks.

Jamil Khir said Tabung Haji recorded a revenue of RM2.2 billion in 2011 compared with RM2.06 billion the previous year.

The revenue was derived from equity investments (58 per cent), debt securities (15 per cent), properties (nine per cent), money market (seven per cent), finance (six per cent), financial instruments (four per cent) and others (one per cent).

The accumulated depositors' savings in Tabung Haji increased by 17 per cent to RM31.7 billion last year from RM27.11 billion in 2010.

Tabung Haji has allocated RM44 million for business tithe payment for last year compared with RM41 million the previous year.

-- BERNAMA

*****
Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks