Pages

Showing posts with label Jalan Terus. Show all posts
Showing posts with label Jalan Terus. Show all posts

2 Jan 2024

Congratulation To All Singles!

Berdirinya saya di sini kerana tiada kerusi...

Assalamualaikum dan hai.

Dapur blog ini kembali berasap selepas sekian lama saya masuk bertapa di dalam gua. Sememangnya menulis ini perlu mempunyai roh dan semangatnya yang tersendiri. Jika semangatnya sudah hilang, maka roh pun seperti innalillah, hidup segan tapi mati tak mahu. Rupa-rupanya kali terakhir blog ini berasap pada 10 November 2022. Setahun lebih masuk gua bertapa.

Disebabkan azam beberapa tahun lepas bahawasanya saya  tidak mahu lagi digelar 'kaki merapu', 'kaki gosip', 'kaki membawang', maka apabila idea menulis yang baik-baik itu tiada, maka pergilah saya bertapa di dalam gua mencari ilham sekadar dipinggiran cuma. InsyaAllah hajat tahun ini, saya nak menulis perkara yang baik-baik sahaja dan tidak lagi merapu merepek dan meraban. Orang Kelantan cakap - sembang kosong di kedai kopi.

Oklah, rasanya belum terlewat saya nak ucap Selamat Tahun Baru 2024 walaupun hari ini dah masuk hari kedua daripada 365 hari di tahun 2024. Tahun baru bermakna umur pun dah tambah lagi satu tahun, maksudnya makin berusia. Matang tu belum tentu lagi. Kematangan biasanya boleh diukur dengan banyaknya umur tetapi kadang-kadang orang yang sudah berumur pun boleh kembali menjadi kebudak-budakan. Begitulah kompleknya perangai manusia ini.

Wishlist hajat, impian, azam tahun 2023 yang berderet tu rasanya ada yang kena carry forward ke tahun ini, tapi takpe, tak perlu sedih kot. Tahun 2024 pun tetap juga ada 365 hari.

Kepada yang masih awet muda single remaja dewasa mahupun 'tua', terimalah hadiah kata-kata semangat, perangsang dan motivasi untuk terus menjalani hidup dengan penuh bergaya dan selesa di tahun 2024 ini. 

Sila tonton video di bawah ini. Nak ulang seribu kali pun takpe, lagi bagus supaya lebih bersemangat dan berjiwa besar menghadapi cabaran hidup.

Akhir kalam,

Alhamdulillah, kita masih bernafas hari ini. 

Terima kasih Allah atas nikmat udara free kurniaanMu ini.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

10 Nov 2022

Nota Perempuan Jomblo [3]


******

Menjadi single adalah pilihanku sendiri, atas prinsipku sendiri. Pilihan ini perlukan keberanian walaupun pilihan ini penuh risiko. Pilihan yang bakal dihujani pandangan sinis, jelek, mengundang kecaman, cenderung dipersalahkan kerana akulah sang wanita yang dianggap punca. Menjadi single dari asalnya ber'double' pasti mengundang segala macam aura negatif tetapi aku tetap memilih menjadi single.

Tiada u-turn lagi.

Tiada pandang belakang.

Tiada kesalan.

Tetapi terus ke depan, kerana yang pasti kita semua akan kembali ke tanah dan tidak lagi ditemani sesiapa pun kecuali amal perbuatan sendiri.

#JalanTerus
#MovingForward

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

7 Apr 2022

Nota Perempuan Jomblo [2]

 


Nota Perempuan Jomblo (2)


Tiada satu pun yang kita ada hari ini milik kita. Ia hanya sekadar dipinjamkan oleh Allah untuk kita nikmatinya, hargainya selagi ada.

Jika kita kehilangan sesuatu yang kita sayang, menipulah jika kita kata kita tidak sedih, kecewa dan rasa kekosongan.

Di saat pertama kali aku kehilangan seekor kucing kesayangan, aku menjadi takut untuk berhadapan dengan kehilangan yang seterusnya, namun itu semua tidak dapat aku elakkan kerana Allah telah mengaturkannya bahawa mereka bukan milik aku. Bertahun-tahun aku memendam peritnya rasa 'lost' dan kehilangan. Terkadang ia datang dalam mimpi, terkadang ia terbayang-bayang seperti baru terjadi.

Dan sekarang aku tidak lagi mampu menjadikan haiwan berbulu secomel kucing teman sepermainan, jauh sama sekali menjadikan mereka teman sebumbung.

Aku hanya mampu melayan si comel tidak lebih sekadar makhluk ciptaan Allah agar 'bonding' yang menyakitkan itu tidak wujud lagi.

Bersabarlah wahai hati yang selalu berkeluh-kesah kerana sabar itu satu tiket mahal ke syurga kerana SYURGA BUKAN PERCUMA.





Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

4 Mar 2022

Nota Perempuan Jomblo [1]


Nota Perempuan Jomblo [1]

Sebagai seorang perempuan, aku mengharapkan seorang lelaki ditakdirkan untuk aku menjadi pemimpin atau imam kepadaku. Fitrah kejadian lelaki itu sudah tentunya menjadi pemimpin kepada sekurang-kurangnya kepada seorang makhluk lemah yang selalu berkeluh-kesah bernama perempuan. Perempuan atau kaum Hawa itu secara fitrahnya adalah 'lemah' kerana diciptakan daripada tulang rusuk kaum Adam yang bengkok.

Kaum Adam seharusnya memimpin perempuan menuju ke jalan yang lurus, jalan yang benar, jalan yang telah dilalui dan diteladani oleh manusia paling agung iaitu baginda Rasulullah SAW, para sahabat baginda dan para solehin.

Tetapi kini aku adalah perempuan yang memilih untuk tidak dipimpin oleh sesiapa pun. Aku memilih untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas diri aku sendiri. Mungkin suatu masa nanti aku kembali untuk dipimpin oleh seorang lelaki. 

Hanya Allah yang benar-benar mengetahui apa yang tersurat dan tersirat kerana setiap apa yang terdetik di dalam hati hamba-hambaNYA adalah di dalam pengetahuanNYA.

"Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati" - Surah Al-Hadid (6)


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks