Pages

27 Nov 2013

Zain Saidin beri RM100 ribu kepada Rozita Che Wan sebagai wang membeli-belah?

Dah nak kahwin dah mereka ini. Dengar cite 11 Disember ini langsung.


Biar betul!!!!

Terkozut eden bila membaca info ni. Patutla Kos perkahwinan Che Ta & Zain Saidin RM1.2 juta.

Bukan 100 hinggit! 100,000 ringgit!

Pasangan popular Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal menjadikan perkahwinan mereka sebagai "Wedding Of The Year 2013" selepas menerima tajaan sebanyak RM1.2 juta untuk hari bahagia mereka tidak lama lagi. 
"Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami dan pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami," ujar Zain kepada Harian Metro. 
Pelakon berusia 29 tahun itu turut memberitahu dia akan memberi RM100 ribu kepada Rozita, 40, sebagai wang membeli-belah kerana ingin melihat bakal isterinya itu gembira dan berpuas hati apabila dapat membeli apa sahaja yang diingininya. 
Sebelum ini , pasangan itu telah membelanja lebih RM200 ribu untuk membeli barang hantaran di luar negara iaitu di Paris dan London.
Romantiknyer
Sweetnyer
Rozita Che Wan yang dulu-dulu, bukan yang sekarang.

Rozita Che Wan yang dulu-dulu, bukan yang sekarang.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment