Mungkin ada yang terlepas membaca kisah tentang gadis yang berkahwin pada usia 12 tahun dan diceraikan talak 3. Mereka berkahwin kurang setahun kemudian bercerai kerana tiada persefahaman.
Akhbar The Star dalam laporan eksklusifnya semalam menyiarkan kenyataan bapa remaja perempuan tersebut mendakwa anaknya itu telah membuat laporan polis pada 15 Julai 2012 mengadu dia telah dirogol oleh tiga lelaki.
Jadi maksudnya, sebelum kahwin gadis ini mendakwa dia dirogol oleh 3 orang lelaki. Salah seorang lelaki itu adalah bekas suaminya. Kemudian dakwaan itu digugurkan sebelum dia dikahwinkan untuk menutup aib. Namun selepas berkahwin, dia tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada bekas suami. Kemudian dia diceraikan.....???
Apa maksud layanan yang sewajarnya?
Menurut bapa kepada gadis tersebut, anaknya mengatakan dia kerap ditampar dan dipukul serta tidak diberikan makanan oleh keluarga mertua. Anaknya juga pernah mengadu ingin bercerai sekitar bulan Oktober kerana tidak mampu bersabar dengan layanan mertuanya.
Menurut bapa gadis tersebut juga, keluarga mertua anaknya juga pernah berjanji akan memberi kebenaran kepada Nur Fariza untuk terus bersekolah namun ia berlaku sebaliknya.
Ini cerita daripada sebelah pihak perempuan. Bagaimana pula cerita sebelah pihak lelaki?
Johan As'ari melamar Lana Nordin selepas 3 hari jumpa
Laporan eksklusif oleh Berita Harian
Sebelum ini Johan As'ari ini heboh digosipkan bercinta dengan penyanyi lagu 'Patah Seribu', Shila Amzah. Tup tup keluar kat surat khabar dia dah pun melamar pelakon seksi dan seksa Lana Nordin.
Patah beribu-ribulah nampaknya hati Shila Amzah. Kesian dia. Dua kali 'frust'.
Nganga juga mulut aku membaca berita mengejut macam ni. Aku bukan tak suka sebab Johan tak pilih Shila Amzah tapi kenapa si Lana Nordin?
Adoii...
Umumkan tahu kontroversi dan publisiti murahan pasal Lana Nordin ni. Johan pula setakat yang aku tahu takde kontroversi murahan. Tapi...tak tahulah. Dunia artis.
Yang paling mengejutkan Johan dan Lana ni baru jer 3 hari kenal-kenalan dan keluar makan sama-sama.
Di sini aku petik frasa-frasa ayat yang dilaporkan secara eksklusif oleh Berita Harian....meh kita baca sama-sama no...
Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa.
Johan turut mengakui mengalami cinta pandang pertamaapabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program, bulan lalu.
Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan isteri.
“Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya."
“Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,”
Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin.
“Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjadi insan lebih baik. Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan."
Ini pula respon Shila Amzah selepas Johan membuat pengakuan memilih Lana Nordin sebagai bakal suri hidupnya......lagu PATAH SERIBU macam sesuai sangat dengan SHILA AMZAH.
"Tak apa, jodoh ALLAH yang tentukan, Sha terima siapa pun jodoh Sha"
"The silly side of me..well,parts and parcels of life..kita tetap kena jalan ke depan..tak kira seberapa berat pun kaki kita melangkah..well..as i said before..hidup kita ada banyak cabang pilihan..ada banyak perhentian sebelum sampai ke destinasi..so..why bother?cmon people..chin up..and let it be:)"
"ALLAH itu berkuasa..Maha kuasa dari segalanya.. don’t worry guys..i ain’t that girl with white scarf and the guitar no more..so..l ets fill our life with love.. no hatred.. no regrets.. i love you guys..always..from the bottom of my heart..i can never thank you enough#Shayang#Shilalas forever:),"
Pasangan muda bernikah usia 12 dan 19 tahun pada 17 November 2012
dan bercerai pada 11 November 2013
Walaupun mereka sudah bercerai talak 3 tapi aku masih juga nak tahu alasan mereka kahwin di usia muda. Aku tidak tahu pula kisah mereka kahwin muda itu menggembarkan satu Malaysia. Dengar cerita masuk paper, masuk TV kisah perkahwinan mereka ini.
Pengantin lelaki, Mohd Fahmi Alias, 19 tahun
"Daripada buat maksiat, lebih baik kami kahwin, "
"Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi,"
"Saya tidak akan menghalang isteri melanjutkan pelajaran,"
Pengantin perempuan, Nur Fazira Saad, 12 tahun
“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,”
"Ia menyeronokkan. Sebelum berkahwin, saya sudah tahu bagaimana untuk memasak. Jadi memasak dan mencuci bukan masalah bagi saya,"
"Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan kami menyokong keputusan kami untuk berkahwin"
Pasangan ini sudah lama kenal sebelum mereka bernikah
Bapa pengantin perempuan
“Lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan sesuatu yang tak elok (tidak wajar),”
“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,”
Tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.
Pegawai Agama Kulim, Kedah...
Seorang bapa terpaksa merayu kepada Mahkamah Syariah supaya meluluskan perkahwinan anak gadisnya berusia 12 tahun yang enggan pulang ke rumah tetapi mahu tinggal di rumah teman lelakinya.
"Kes itu julung kali berlaku sejak berpuluh tahun saya berkhidmat dengan Jabatan Agama Islam di Kedah."
"Gadis itu baru sahaja mengambil (UPSR) manakala pasangannya pula menganggur tetapi ibu bapa mereka bersetuju pasangan itu dinikahkan,"
Alasan dan punca mereka bercerai????
Saad Mustafa, bapa kepada Nor Fazira, memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.
Pasangan popular Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal menjadikan perkahwinan mereka sebagai "Wedding Of The Year 2013" selepas menerima tajaan sebanyak RM1.2 juta untuk hari bahagia mereka tidak lama lagi.
"Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami dan pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami," ujar Zain kepada Harian Metro.
Pelakon berusia 29 tahun itu turut memberitahu dia akan memberi RM100 ribu kepada Rozita, 40, sebagai wang membeli-belah kerana ingin melihat bakal isterinya itu gembira dan berpuas hati apabila dapat membeli apa sahaja yang diingininya.
Sebelum ini , pasangan itu telah membelanja lebih RM200 ribu untuk membeli barang hantaran di luar negara iaitu di Paris dan London.
Romantiknyer
Sweetnyer
Rozita Che Wan yang dulu-dulu, bukan yang sekarang.
Rozita Che Wan yang dulu-dulu, bukan yang sekarang.
Lagi-lagi Villa Nabila...bila nak habis ni...? takpe...teruskan membongkar misteri.
Info ini aku dapat daripada paper Berita Harian 21 November 2013. Villa Nabila yang terletak di Jalan Skudai berdekatan dengan Teluk Danga (Danga Bay) ini sebenarnya terbahagi kepada dua lot.
Lot yang pertama adalah seluas 0.297 hektar yang menempatkan sebuah banglo setingkat kini dibawah jagaan pemegang amanah, Jenny Lee Sin yang menetap di Singapura.
Lot kedua berkeluasan 0.407 hektar yang menempatkan banglo tiga tingkat dimiliki oleh pemaju Yap Sing Hock Holdings.
Kedua-dua banglo itu ditinggalkan tanpa penghuni kira-kira 30 tahun yang lalu.
Villa Nabila ni memang misteri sebab sehingga ke hari ini aku masih lagi nak buat entri pasal banglo yang heboh dikatakan 'berhantu' atau 'haunted' ni.
Berita Harian 21 November 2013 melaporkan tentang beberapa orang wartawan Berita Harian yang pergi bermalam selama 6 jam di banglo Villa Nabila dan salah seorang dari mereka terhidu bau kapur barus. Geng-geng wartawan pun bukan main lagi membuat 'eksperimen' mereka!
Wartawan BH bermalam di banglo Villa Nabila selama 6 jam.
Macam-macam cerita keluar daripada wartawan ini. Tak hairanlah sebab banglo Villa Nabila merupakan antara lokasi paling seram di Malaysia dan seantero dunia.
Cerita seorang rakan wartawan terbabit, seorang guru.....
"Saya rasakan seperti ada sesuatu yang cuba datang dan terkam, menyebabkan saya segera membuka mata."
"Sepanjang berada disitu saya rasakan seakan adegan filem seram hingga membuatkan pelbagai kisah misteri menjelma di ingatan seperti cerita puntianak."
Banglo kosong yang misteri ini rupa-rupanya selalu menerima kunjungan tetamu terutamanya golongan remaja pada waktu malam. Ada dalam kalangan mereka yang membuat aksi-aksi terlarang seperti pemujaan roh.
Nasihat wartawan BH.....
"Sepatutnya kawasan banglo ini tidak menjadi tumpuan kerana struktur bangunan usang yang berbahaya, selain dipenuhi paku, serpihan kaca dan semak-samun."
"Suasana di banglo itu berbahaya kerana keadaan semak yang mungkin menjadi habitat haiwan berbisa."
Villa Nabila yang usang ditinggalkan hampir 40 tahun.
Villa Nabila yang tetiba POPULAR dan sedang hangat diperkatakan sekarang ini di media-media sosial seperti Facebook dan blog telah menarik perhatian penerbit filem Metrowealth, David Teo untuk difilemkan.
Kata David Teo....
Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.
Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.
Hrrm....selepas filem berbentuk dokumentari Highland Tower berjaya membuat kutipan lebih RM3 juta, David Teo bakal bikin filem pecah panggung lagi. Aku rasa filem misteri Villa Nabila ni pasti meletop di panggung wayang seluruh Malaysia.
Status pasal Villa Nabila agak hangat juga di Facebook tapi aku hanya 'imbas' sepintas lalu sahaja. Malas nak ambil tahu. Tapi tiba-tiba hari ini aku jadi gatal nak ambil tahu...he he he
Villa Nabila, sebuah banglo kosong yang terbiar ini terletak di Jalan Srait View, Bukit Serene, Johor Bahru berhadapan dengan Danga Bay. Banglo ini dikatakan berhantu dan menyeramkan. Misteri tentang banglo ini tersebar luas di media baru, internet seperti blog dan Facebook sehingga ia mendapat nama di peringkat global.
Vila Nabila berhampiran Teluk Danga, Johor Bahru di mana seorang remaja dilaporkan hilang merupakan rumah hantu yang terkenal di peringkat global sehingga laman pelancongan Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikannya sebagai antara 10 rumah hantu paling seram di Asia - SIN CHEW DAILY
Banglo Villa Nabila yang terbiar
Pintu masuk ke Villa Nabila
Tingkat bawah Villa Nabila
Salah satu bahagian yang ada di dalam Villa Nabila
Kenapa tetiba Villa Nabila ini jadi 'viral' di Facebook?
Villa Nabila ni jadi popular tiba-tiba kerana tersebarnya cerita kononnya 30 orang yang masuk ke rumah tersebut hilang secara tiba-tiba. Dikatakan 30 orang yang masuk hanya 7 sahaja yang berjaya keluar, menjadikan 23 orang hilang.
Bagaimanapun, portal berita BERNAMA melaporkan hanya seorang remaja lelaki sahaja yang dilaporkan hilang.
Ini pula laporan yang ambil dari portal berita AGENDA DAILY....
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan,
Supt. Abdul Samad Salleh berkata....
Kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, pada hari Ahad apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di Johor Bahru, sejak keluar pada Sabtu.
Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.
Norhayati kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di Johor Bahru, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan.
Sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan Mohamad Izzat Izzudin, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga hari Isnin (18 November 2013).
Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.
Setakat ini pihak polis hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.
Akhirnya terbongkar remaja yang dikatakan 'hilang' itu rupa-rupanya pergi tidur di rumah kawan dan hanya tahu polis sedang cari dia melalui berita televisyen.
Hakikatnya remaja yang hilang itu, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
(Bukan rumah kawan tetapi rumah 'girlfriend'.....adoiii 3X ! memalukan mak bapak jer)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pencerahan tentang misteri Villa Nabilla oleh wartawan 'otai'
Wartawan Kanan Utusan Malaysia di Johor Bahru Maznah Mohd Arsad (gambar).
Villa Nabila yang kecoh diperkatakan oleh rakyat Malaysia kononnya rumah dimana budak perempuan bernama Nabila kena bunuh dan menyebabkan ianya tidak diduduki dan berhantu hanyalah rekaan yang berbeza dengan fakta sebenar berkenaan sejarah rumah terbabit.
Rumah tersebut adalah milik seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang didakwa oleh mahkamah kerana pecah amanah dan menipu Kerajaan Negeri Johor.
Tidak pernah timbul cerita berkenaan pembunuhan kejam atau ngeri di rumah terbabit, sebaliknya rumah berkenaan ditinggalkan kosong ekoran disita pihak berkuasa setelah mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada ahli perniagaan tersebut.
Dia (ahli perniagaan Cina) sebenarnya sebab pecah amanah dan menipu kerajaan negeri Johor, dan dijatuhkan hukum didapati bersalah. Saya tak ingat, berkemungkinan pada tahun 1990 atau 1991, orang tersebut seorang ahli perniagaan dan katanya memang kerap menipu.
Saya adalah wartawan yang ditugaskan membuat liputan berkenaan kes tersebut di Mahkamah di Johor Bharu, tertuduh dipenjara dan segala aset milik beliau disita pihak berkuasa.
Dalam bahasa mudahnya, tidak pernah ada kaitan antara rumah banglo kosong itu dengan budak perempuan bernama Nabila. Hanya 'urban legend' yang disebarkan dari mulut ke mulut sejak sekian lama.
30 @ 23 orang yang hilang di Villa Nabila sudah dijumpai?
Menurut polis, seorang sahaja yang 'hilang' dan sudah pun dijumpai di flat Taman Desa Mutiara, Bandar Dato Onn pagi tadi (19 November 2013).
Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, dijumpai berada di rumah 'kawan'nya mencium tangan ibunya, Norhayati Mohamad, 39.