Pages

7 Jan 2013

Terukir Di Bintang Juara Lagu Ke 27

Aku tumpang seronok walaupun antara aku dan Yuna takde apa-apa kaitan pun. Aku cuma minat dia jer. Tak lebih dari itu...

Lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi YUNA dinobatkan sebagai JUARA pada malam Anugerah Juara Lagu ke 27 bagi tahun 2012. Lagunya memang unik. Aku memang suka lagu ini. Klasik dan romantik.


Empat hari sebelum malam final AJL, penarikan diri Yuna kerana jadualnya bertembung dengan proses rakaman lagu di USA agak menimbulkan kontroversi. Menurut pengurus Yuna, Wawa, penyanyi gantian masih menjadi tanda tanya....

Yuna membuat keputusan yang dia tidak beraksi, tetapi membenarkan lagunya dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian. Buat masa ini kami belum memutuskan siapakah yang menggantikan Yuna kerana senarai nama yang dicadangkan masih dalam peringkat perbincangan bersama TV3.

Dan akhirnya semasa malam final AJL 27, lagu ini dinyanyikan oleh Aizat Amdan.... apa pun, Aizat memang cool dan sempoi....

Saksikan video berikut bagai mana coolnya Aizat menyanyikan lagu Yuna ini...



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment