Pages

17 Jan 2013

Ruby - Drama bersiri ni best ler!

Wah! Aku dah mula melekat kat depan TV. Setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam kat TV3 ada satu drama, tajuknya RUBY


Ruby? Kenapa Ruby ek...?

Rupa-rupanya ia sempena nama kilang kosmetik tempat hero dan heroin drama ini bekerja iaitu Empayar Ruby. Selalunya tajuk drama atau filem ambil sempena nama heroin atau hero. Tapi hero drama ini namanya Syuhara.

Aku secara tak sengaja tertengok drama ni semalam. Tak sangka pula aku suka. Susah juga aku nak layan drama yang bersiri-siri ini. Aku tak suka terikat dengan siri-siri seterusnya. Aku lebih suka cerita yang habis terus. 

Sekejap tadi pun aku sempat tengok. Selalunya TV yang tengok aku. he he he.

Memang bestlah!

Barisan pelakon drama Ruby

Apa yang best sangat ni...?

Nak kata jalan ceritanya lain rasanya lebih kurang jer dengan drama-drama yang lain. Drama ini lebih kurang macam cerita Cinderella. Perempuan miskin tetapi lelaki kaya.


Habis...?

Entahlah.... mungkin aku terpaut pada hero dia. Bukan pada orangnya (mungkin ada la sikit-sikit tapi dia kan pakwe Shila Amzah) tapi lebih kepada lakonan Shaarnaz Ahmad yang agak "gila-gila separa tak betul" dalam drama ini. Menjadi dan bersahaja walaupun kadang-kadang over....

Senang citer....korang tengoklah sendiri drama Ruby ni kat TV nanti.


Drama ni cerita pasal apa?

Malas aku nak cerita. Kat bawah ini aku copy & paste ajelah sinopsis drama ni.

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz).

Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby.

Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?

 
Kredit:
http://www.ajumohit.com/sinopsis/sinopsis-drama-ruby-slot-samarinda-tv3.html



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment