Pages

6 Jan 2012

Cerita Tentang Kucing

Al-kisahnya beberapa hari lepas, di beranda rumah aku lahirnya 4 ekor anak kucing. Semasa aku nak sidai kain kat situ, aku ternampak ada seekor ibu kucing yang masih lagi ada kesan darah pada ekornya dan dia nampak keletihan. Di sisinya ada 4 ekor anak yang pada firasat aku baru sahaja dilahirkan. Aduh! Comelnya anak2 kucing itu, tapi aku ini jenis yang 'penggeli'. Jadi aku cuma tengok mereka itu dari jauh sahajalah.

Petang tadi, selepas pulang dari kerja, aku masuk ke dalam rumah tanpa menguncinya pintu 'grill'. Tiba-tiba meluru masuk si ibu kucing menggonggong anak-anaknya terus ke dalam rumah menuju ke bilik tidur. Setelah aku cari di mana dia bersembunyi, rupa-rupanya ada kat belakang kepala katil bilik tidur aku. Wah, bukan main berlagak kucing ni!

Selepas si ibu habis menyusukan anak-anaknya, aku dan suami mengangkut mereka keluar rumah dan diletakkan ke dalam kotak. Geli hati aku melihat gelagat si anak kucing ini. Hidung dan mulutnya yg merah-kemerahan menambahkan lagi comelnya.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment