Pages

28 Jan 2012

Cerita Tentang Kucing (bhgn 2)


Cerita tentang kucing belum tamat lagi. Selepas beberapa minggu kucing itu menumpang berehat di tepi balkoni rumah aku, ia membawa lari anak-anaknya ke rumah jiran sebelah, kemudian ke bawah pokok bunga di depan rumah jiran sebelah. Selepas itu tiba-tiba ia hilang...

Yang paling ketara sedihnya tentulah suamiku. Dia kelihatan macam kehilangan anaknya sendiri. Adakah dia seorang yang penyayang? Hrmm....dia belum benar-benar diuji lagi.

Apabila ibu mertuaku datang ke rumah, lalu dikhabarkan cerita tentang kucing itu kepada ibunya. Kata suamiku, kucing itu merajuk. Kucing ada perasaan ke?

Balas ibu mertuaku, itu dah memang perangai kucing! Suka berpindah-randah, lagi pun kucing ini jenis binatang yang tidak suka orang ganggu anak-anaknya. Memang bagus perangai kucing ni jika nak dibandingkan dengan sesetengah manusia yang suka buang anak merata-rata.

Haa!!! Petang tadi kucing itu tiba-tiba muncul semula di depan pintu rumahku sambil 'merengek-rengek' kelaparan. Kesian aku tengok. Suami cepat-cepat minta aku 'hidangkan' makanan kepada tetamu istimewa tersebut.

Mula-mula aku beri roti, ia hidu tapi tidak dikunyah. Kemudian aku beri nasi sejuk yang tersimpan dalam peti ais, tidak juga dijamah. Hrmm....makanan apa lagi yang aku ada? Cari punya cari akhirnya aku teringat  keropok ikan yang aku beli di Kelantan beberapa hari yang lepas. Wah, semangat ia makan! Disebabkan ia berselera dengan keropok ikan itu, aku terus panaskan minyak dalam kuali. Terus aku goreng. Kesianla pulak si kucing makan keropok keras.

Aku ingat kucing itu dah kenyang makan keropok ikan yang tuan rumah pun belum merasa lagi, sebab itu ia berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih pada tuan rumah. Tengok-tengok dah hilang!

*****



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment