Pages

13 Dec 2012

Bapa Kecewa Najwa Latif Jadi Anak Derhaka

Wah! Terkejut juga aku bila membaca kisah Bapa kecewa dengan Najwa di Berita Harian. Berita ini dicetak pada 18/10/2012. Dah agak lama tapi aku baru tahu....hrmmm....aku tertinggal LRT rupa-rupanya.

So sweet.....

Daripada berita panas ini, aku juga baru tahu yang Najwa Latif ini mangsa perceraian. Ibu dan bapa dia bercerai pada 2008. 

Aku cuma tahu pasal lagu-lagu yang Najwa Latif nyanyikan sahaja, macam CINTA MUKA BUKU & KOSONG. Best jugak layan lagu dia sebab jenis yang easy listening. Bab dalam kain dia, aku tak suka nak ambil tahu. Sekarang ini 'tertahu' lah pulak sebab berita ini sudah kecoh di internet dan blog.

Betul ke?

Najwa Latif baru sahaja selesai menduduki SPM. Lepas struggle dengan SPM, dituduh pula ANAK DERHAKA....tapi dia ambil keputusan berdiam diri sebab nak jaga hati banyak pihak. Najwa latif tinggal dengan maknya selepas perceraian. 

“Saya tidak mahu memberikan sebarang komen kerana perkara ini membabitkan keluarga. Banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri.” – Najwa Latif.

Penjelasan yang matang dari Najwa Latif

Banyak yang kata bapa Najwa Latif gila publisiti. Kalau ia pun memang anak-anak dia sudah lupakan dia, rasanya tak elok dia hebohkan benda ini di media. Sudah tentu ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Baik dia selesaikan secara bersemuka dan tidak melibatkan media. Nanti tak pasal-pasal kena kutuk. 

Itu cuma pendapat aku sahaja ler....

Siapa yang minat kat Minah YouTube ni, bolehlah lawati blog Najwa Latif di http://www.najwalatifs.blogspot.com/.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

12 Dec 2012

HIV Virus Boleh Rawat Penyakit Leukemia?

Cantik tak HIV Virus ni?

Geram jer aku tengok HIV Virus ni. Rasa nak cabut-cabut dia punya 'cendawan' yang menyerabutkan tu!

Alkisahnya, ada seorang budak berusia 7 tahun mengidap Leukemia iaitu sejenis kanser darah. Dia sekarang ini sedang menjalani rawatan. Selalunya pengidap kanser akan jalani rawatan kemoterapi tetapi pelik pulak rawatan yang dijalani oleh si budak bernama Emily Emma ni. Dia menjadi bahan eksperimen oleh para doktor yang merawatnya. Kaedah rawatan baru itu pula dikatakan lebih berjaya berbanding kaedah kemoterapi.

Penyakitnya dirawat menggunakan Virus HIV...? Biar betul.

" Emma, diagnosed with ALL in 2010, underwent an experimental procedure involving a disabled form of HIV, the virus that causes AIDS, after two unsuccessful courses of chemotherapy failed to achieve sustained remission. The treatment, pioneered at The Children's Hospital of Philadelphia, is similar to therapies being developed at other cancer centers around the U.S. "

" The experimental technique relies on help from a disabled form of HIV because the virus is adept at carrying genetic material into T-cells so they’re able to kill off cancer cells. Those genetically altered T-cells go to work attacking cells in the body that play a role in the development of leukemia. "

Macam-macam dunia perubatan sekarang ini. Setakat ini virus yang paling orang takut virus inilah tapi ia bakal menjadi ubat kepada penyakit Leukemia. Tiada yang mustahil.

Sumber di sini


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

Farid kamil Tidak Dipenjarakan Tetapi Akan Diberi Surat Teguran

Selamat sudah...

Aku tumpang turut bersyukur Farid Kamil tidak masuk penjara. Di bawah ini aku petik sahaja apa yang di ditulis oleh penulis tersebut sebabaku tak berapa rajin nak membuat ayat sendiri. Silalah rajinkan diri anda untuk membacanya.

Nescafeais.com  - Uniform tentera Farid Kamil "cacamarba"

Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.

“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.

“Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,”

" Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba. "

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.

Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.

“Pakaian yang digunakan semasa “sword bearer” (lalu bawah pedang) itu bukan uniform rasmi polis malah tiada lencana yang dipakai anggota beruniform itu. Jadi ia bukan satu kesalahan. Cuma ia sedikit mengelirukan,” jelasnya.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

Farid kamil Akan Dipenjara 2 Tahun Jika Didapati Bersalah!

Ini bukan kisah pasal lagu Dipenjara Janji nyanyian Awie tapi kisah pasal pelakon Farid Kamil yang masih dalam mood honeymoon BAKAL JADI BANDUAN DI PENJARA!

Apapun sebelum itu, kalau rajin bolehlah baca kisah  16 hari nikah, Diana Danielle sudah mengandung! dulu.

Sudahlah kehamilan Diana Danielle yang dikatakan bunting pelamin dipertikai ramai orang. Sekarang ini kecoh pulak pasal Farid Kamil memakai pakaian tentera semasa majlis resepsi perkahwinan dia hari tu. Ada pihak tertentu mendakwa ia adalah penyalahgunaan etika pemakaian tentera yang sepatutnya hanya untuk tentera.

Akhbar Kosmo Ahad lalu melaporkan Farid Kamil mungkin dipenjara kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini pada 1 Disember lalu.

Kesalahan ini adalah berdasarkan Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 140 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 yang memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera.

Ini adalah dokumen mengenai Uniform Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana yang diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke 390 pada 19 September 2000. Mana-mana orang selain daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang memakai apa-apa uniform sebagaimana yang diperihalkan dalam dokumen ini adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 140 dan 170 kanun keseksaan (Akta 574).

Tak percaya Farid Kamil pakai pakaian tentera? Cuba tengok gambar berikut... pangkat Mejar Jeneral gitu! Farid Kamil memakai pangkat Mejar Jeneral iaitu lambang dua paku satu mahkota bersama pin payung terjun yang tersisip di dada.

Ada istiadat lalu bawah pedang atau Sword bearer. Kalau mengikut tatacara PDRM, hanya Inspektor ke atas sahaja layak untuk melalui sword barrel ini.


Aku petik beberapa respon daripada penulis dan pengulas lain pasal isu ini untuk difikirkan. Renung-renungkan tapi jangan sampai termenung ok.


Beautifulnara.com
“Nampaknya uniform PDRM yang dipakai oleh Farid Kamil ketika majlis resepsinya menjadi isu hangat di kalangan pembaca BeautifulNara. Bagi Abang Nara biarlah dia nak pakai apa-apa jenis uniform pun. Majlis kahwin dia, duit dia, suka hati dialah nak buat macam mana.”


myNEWSHUB
Baju yang dipakai oleh Farid Kamil bukan PDRM. Ia menyerupai pakaian No 1 Angkatan Tentera Malaysia dan seluar pula messkit (pakaian No 6) tentera.

Sebagai tambahan, kita semua tahu Datuk Lee Chong Wei ditauliah Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan ketika melangsungkan perkahwinan beliau, turut memohon untuk upacara sword barrel tetapi ditolak.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

9 Dec 2012

Hukum Memakai Inner Berlengan Panjang yang Ketat - Ust Azhar Idrus


1# Mangsa Trend
Aku rasa dengan tengok gambar pun kita dah jelas. Aku ambil ini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan pembaca supaya tidak terjerat dan terjerut leher sendiri.
Sebagai manusia kita sering lupa dan tersasar. Kadang-kadang kita terjerat dengan trend semasa. Kadang-kadang kita menjadi mangsa fesyen yang konon-kononnya dikatakan fesyen MUSLIMAH.

2# Dialog adik-kakak
Adik : Kakak thu x bila perempuan yg TAK SUKA TUTUP AURAT mula menutup auratnya dgn sempurna?
Kakak : masa haji kot adik, 
Adik : salah...cuba teka lagi, 
Kakak : masa kawin???
Adik : Salah jugak, teka la lagi
Kakak : apa dia dik?? kakak x thu la.
Adik : tadi ustazah cakap kat skolah , perempuan yg tak suka menutup auratnya akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia DIKAFANKAN..maka akan TUTUP BUAT SELAMA-LAMANYA.......
Astagfirullahalazim....
 

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

8 Dec 2012

Diet Tanpa Nasi Boleh Kurus Ke?

Orang Melayu dan nasi memang tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan, mungkin orang itu bukan orang Melayu. (Sekadar hipotesis makcik yang tak habis sekolah ok).

Agaknya Mat dan Minah Salleh kat luar sana makan tak nasi? Masa aku kecik-kecik dulu, aku ada juga terpikir pasal benda ni. Mungkin aku dapat jawapannya bila aku pergi melancong ke Amerika nanti.

Sebenarnya aku sedang dalam proses nak kuruskan badan yang sudah mengelembung macam belon. Inilah akibatnya masa makan tak ingat dunia. Lepas makan, mata pun kuyu, lepas tu zzzzzz. Badan aku naik ini, dari 52kg kepada 60 kg dalam masa 6 bulan selepas makcik dipaksa makan ubat pil perancang oleh doktor. Naik senang sangat tapi bila nak disuruh turun....seksanya batinku. BMI makcik sudah tidak ideal lagi.

Ramai kawan-kawan yang lama tak jumpa pulak dok mengata yang aku ni " nampak lain", "berisi yang takde isi", "makin sihat" dan macam-macam perkataan yang manis-manis tapi sebenarnya mereka nak kata aku ni GEMUK tapi takut. (Dasar hipokrit!)

kesian kat mesin timbang...terseksa

oklah...berbalik pada tajuk.

Orang banyak bercakap tak makan nasi boleh kurus. Memang boleh kurus!

Dengan syarat ~

  • tidak makan makanan yang lebih tinggi kalorinya berbanding nasi macam pizza, burger, KFC, makanan bergoreng dan sewaktu dengannya. Contohnya makcik tak ambil menu a tapi gantikan dengan menu b. Fuhh, lihat dan bandingkanlah nilai kalorinya!
    • Menu a : satu cawan nasi + seketul ayam bakar tanpa kulit + sayur tumis air = 270 kalori
    • Menu b : 3 biji karipap = 380 kalori
  • makan makanan lain menggantikan nasi sebagai sumber karbohidrat yang lebih rendah kalorinya. Contoh makanan berkarbohidrat yang lain ;
    • ubi - ubian spt ubi kentang, ubi keledek, keladi - rebus sahaja
    • oat
    • mihun, mi, kuey teow yang direbus spt mihun sup
    • roti spt roti sandwich
    • biskut

Rupa-rupanya karipap ini tinggi kalorinya. Aku selalu makan masa sarapan sebelum mula kerja. Patutlah GEMUK... Nasib baik aku cover balik dengan tak makan tengahari.

Kita tidak boleh meninggalkan sumber karbohidrat dalam diet kita sebab karbohidrat membekalkan tenaga untuk tubuh badan kita berfungsi. Jika kita tidak ambil karbohidrat, sumber tenaga akan diperolehi daripada sumber lemak dan protein. 


Tapi ingat...

Apabila kita mengambil lemak dan protein berlebihan, diet kita bukan lagi diet seimbang. Ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada tubuh seperti -

  • hiperlipidemia - kolesterol tinggi
  • hiperuricemia - asid urik tinggi

jadi, berfikir sebelum makan ok!



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

Kate Middleton Hamil Tetapi Menderita Hyperemesis Gravidum

Kate Middleton yang ditemani oleh suaminya Putera William selepas keluar dari hospital. Beliau dimasukkan ke hospital selama 3 hari kerana mengalami morning sickness yang teruk.
Berita Kate Middleton hamil memang menggembirakan seluruh rakyat Britain tetapi beliau menderita! Dia dikejarkan ke hospital oleh suaminya yang hensem tu dan ditahan diwad selama 3 hari. 

Apa hal pulak ni...?

Dalam kes Si Puteri Kurus Cantik ni, dia disahkan mengalami hyperemesis gravidum oleh doktor yang merawatnya. Muntah dan loya yang kebanyakan perempuan mengandung alami di awal kehamilan itu adalah normal. Itu kita panggil morning sickness.

Pregnancy-associated nausea is common — it’s often referred to as morning sickness, although it can strike at any time of the day — but the extreme nausea and vomiting associated with hyperemesis affects less than 2% of pregnant women.

Why it happens is a mystery. It’s thought to be related to hormonal spikes in estrogen, progesterone and hCG (human chorionic gonadotropin, which is detected by pregnancy tests). Sluggish digestion during pregnancy may also be a factor.


Hyperemesis gravidum ini lebih kurang macam morning sickness tapi keadaannya lebih teruk lagi. Haa! jangan ambil mudah ok. Ini antara kesan-kesan penyakit ini. Baca, jangan buat-buat tak nampak pulak!

  • Loss of 5% or more of pre-pregnancy body weight (susut berat badan)
  • Dehydration, causing ketosis, and constipation (dehidrasi, sembelit)
  • Nutrition disorders (gangguan nutrisi)
  • Metabolic imbalances (ketidakseimbangan metabolik)
  • Physical and emotional stress of pregnancy on the body (stress emosi dan fizikal)
  • Difficulty with activities of daily living (Duduk baring atas katil ajelah sepanjang hari)


Tiada sebab yang pasti kenapa berlakunya penyakit ini tapi kebanyakan perempuan yang mengalami benda ini mengandungkan anak perempuan dan kembar. Disebabkan kes ini, Kate diramal bakal melahirkan kembar, bayi perempuan atau pun kedua-duanya sekali. Hrmmm...ramalan semata-mata.

The disease is more frequently found with women pregnant with girls and twins.

Kalau tak salah aku, Kate Middleton dikatakan baru lebih kurang 8 minggu mengandung. Dia dikejarkan ke hospital King Edward VII Hospital, London pada hari Isnin lepas dan pulang ke rumah pada hari Khamis.

Manisnya senyumanmu Kate...

Pasangan Diraja Britain ini berkahwin lebih kurang 20 bulan yang lalu, belum lagi cukup 2 tahun. Pada 4 Disember 2012, berita pasangan ini bakal melahirkan pewaris tersebar luas. Ini semua gara-gara berita Kate Middleton yang dimasukkan ke hospital pada 3/12/2012. Kalau tak dimasukkan ke hospital, pasangan ini akan buat pengumuman rasmi selepas hamil 12 minggu.

Apa yang aku tahu, Baby yang bakal lahir ini pula akan menjadi baby yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Britain.

Pasal apa...?

Baca sendirilah ok. Kalau tak faham sila cari kamus....
The baby, due next year, will be third in the line to the throne, now that Britain's antique rules of royal succession have been changed to allow a first-born girl to succeed even if she has younger brothers.
So this, the most eagerly awaited royal baby since William was born in 1982, will follow grandfather Prince Charles, 64 (first in line), father William, 30 (second in line), and great-grandmother Elizabeth, 86. Once the baby is born, William's younger brother, Prince Harry, will move to fourth in line.
 
Katanya kelahiran baby ini bakal melakar sejarah Sistem Pemerintahan Monarki Britain yang hanya berlaku dalam 1000 tahun sekali. Hrrm....aku pun tak berapa faham sebenarnya tapi buat-buat faham ajelah.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks