Pages

30 Jan 2012

Awan Nano oleh M. Nasir/Buddi Hekayat/Hafiz

Anugerah Juara Lagu 26
Sedikit info tentang lagu Awan Nano yang baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-26 di Anugerah Juara Lagu 26 sebentar tadi.

Lagu: Awan Nano
Komposer: M. Nasir
Penulis Lirik: Buddi Hekayat
Penyanyi: Hafiz AF

Siapa penulis lirik Awan Nano?
  • Buddi Hekayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim.
  • Awan Nano yang bermaksud awan serakan warna dan berarakan (bahasa orang Johor) 
  • Beliau Adalah Ketua Keadilan Cabang Parit Sulong, Batu Pahat Johor.
  • Beliau juga pernah menulis teks ucapan Datin Seri Dr Wan Azizah.
  •  hasmihashim2010.blogspot.com/ 
  •  twitter.com/hasmihashim





LIRIK LAGU AWAN NANO

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

28 Jan 2012

Cerita Tentang Kucing (bhgn 2)


Cerita tentang kucing belum tamat lagi. Selepas beberapa minggu kucing itu menumpang berehat di tepi balkoni rumah aku, ia membawa lari anak-anaknya ke rumah jiran sebelah, kemudian ke bawah pokok bunga di depan rumah jiran sebelah. Selepas itu tiba-tiba ia hilang...

Yang paling ketara sedihnya tentulah suamiku. Dia kelihatan macam kehilangan anaknya sendiri. Adakah dia seorang yang penyayang? Hrmm....dia belum benar-benar diuji lagi.

Apabila ibu mertuaku datang ke rumah, lalu dikhabarkan cerita tentang kucing itu kepada ibunya. Kata suamiku, kucing itu merajuk. Kucing ada perasaan ke?

Balas ibu mertuaku, itu dah memang perangai kucing! Suka berpindah-randah, lagi pun kucing ini jenis binatang yang tidak suka orang ganggu anak-anaknya. Memang bagus perangai kucing ni jika nak dibandingkan dengan sesetengah manusia yang suka buang anak merata-rata.

Haa!!! Petang tadi kucing itu tiba-tiba muncul semula di depan pintu rumahku sambil 'merengek-rengek' kelaparan. Kesian aku tengok. Suami cepat-cepat minta aku 'hidangkan' makanan kepada tetamu istimewa tersebut.

Mula-mula aku beri roti, ia hidu tapi tidak dikunyah. Kemudian aku beri nasi sejuk yang tersimpan dalam peti ais, tidak juga dijamah. Hrmm....makanan apa lagi yang aku ada? Cari punya cari akhirnya aku teringat  keropok ikan yang aku beli di Kelantan beberapa hari yang lepas. Wah, semangat ia makan! Disebabkan ia berselera dengan keropok ikan itu, aku terus panaskan minyak dalam kuali. Terus aku goreng. Kesianla pulak si kucing makan keropok keras.

Aku ingat kucing itu dah kenyang makan keropok ikan yang tuan rumah pun belum merasa lagi, sebab itu ia berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih pada tuan rumah. Tengok-tengok dah hilang!

*****



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

6 Jan 2012

Filem The Pursuit of Happyness yang menyentuh perasaan


Sudah lama aku ingin menonton filem ini. Sekejap tadi keinginan aku telah tertunai. Ceritanya sungguh menyentuh perasaan. Babak yang tak boleh lupa, hero pergi temuduga dengan pakaian yang penuh dengan kesan cat sebab tak sempat nak tukar. Namun akhirnya dia dapat juga jawatan tu. 

Pursuit of Happyness is a 2006 American biographical drama film based on Chris Gardner's nearly one-year struggle with homelessness. Directed by Gabriele Muccino, the film features Will Smith as Gardner, an on-and-off-homeless salesman-turned stockbroker. Smith's real-life son Jaden Smith co-stars, making his film debut as Gardner's son Christopher Jr.
The screenplay by Steven Conrad is based on the best-selling memoir written by Gardner with Quincy Troupe. The film was released on December 15, 2006, by Columbia Pictures. For his performance, Will Smith was nominated for an Academy Award and a Golden Globe for Best Actor.
Filem ini berdasarkan sebuah buku memoir yang ditulis oleh Chris Gardner sendiri iaitu The Pursuit of Happyness. Beliau merupakan seorang usahawan, pelabur, stockbroker, penceramah motivasi dan juga penulis. Pada awal tahun 1980an, Chris Gardner, pada masa itu seorang jurujual, hampir setahun bergelandangan dan tiada tempat tinggal. Dia dan anaknya terpaksa berebut-rebut dan berbaris panjang setiap hari untuk tinggal di rumah kebajikan. Akhirnya daripada seorang jurujual, Chris Gardner berubah menjadi stockbroker yang mempunyai firma sendiri iaitu Gardner Rich & Co.


Buku memoir Chris Gardner

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

Kucing dan Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.



KUCING DAN ISLAM
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling."

Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni]. Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.
Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

Cerita Tentang Kucing

Al-kisahnya beberapa hari lepas, di beranda rumah aku lahirnya 4 ekor anak kucing. Semasa aku nak sidai kain kat situ, aku ternampak ada seekor ibu kucing yang masih lagi ada kesan darah pada ekornya dan dia nampak keletihan. Di sisinya ada 4 ekor anak yang pada firasat aku baru sahaja dilahirkan. Aduh! Comelnya anak2 kucing itu, tapi aku ini jenis yang 'penggeli'. Jadi aku cuma tengok mereka itu dari jauh sahajalah.

Petang tadi, selepas pulang dari kerja, aku masuk ke dalam rumah tanpa menguncinya pintu 'grill'. Tiba-tiba meluru masuk si ibu kucing menggonggong anak-anaknya terus ke dalam rumah menuju ke bilik tidur. Setelah aku cari di mana dia bersembunyi, rupa-rupanya ada kat belakang kepala katil bilik tidur aku. Wah, bukan main berlagak kucing ni!

Selepas si ibu habis menyusukan anak-anaknya, aku dan suami mengangkut mereka keluar rumah dan diletakkan ke dalam kotak. Geli hati aku melihat gelagat si anak kucing ini. Hidung dan mulutnya yg merah-kemerahan menambahkan lagi comelnya.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks