Pages

29 Sept 2012

BORDERTOWN, filem yang tidak berkesudahan

Pelakon: Jennifer Lopez, Antonio Banderas, Maya Zapata, Martin Sheen...
Pengarah: Gregory Nava 
Lakon Layar: Gregory Nava 
Durasi: 110 min.

MPAA Rated: R for violence including a brutal rape, sexuality, nudity and language


Filem Bordertown ini adalah berdasarkan kisah benar tentang pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Ciudad Juarez, Mexico. Ramai gadis dan perempuan (hampir 5000 orang) di Ciudad Juarez, Mexico telah diculik, dirogol, dibunuh, didera, namun sehingga hari ini, kes pembunuhan tersebut tidak juga dapat diselesaikan.

Dalam filem ini, Jenifer Lopez memegang watak seorang wartawan (Lauren Adrian) telah dihantar oleh syarikatnya untuk menyiasat tentang pembunuhan-pembunuhan yang berlaku di Ciudad Juarez.

Jenifer Lopez berjaya menemui pembunuh dengan bantuan mangsa rogol yang terselamat. Perogol dan pembunuh mangsa yang terselamat didakwa di mahkamah dan salah seorang daripada mereka terbunuh dalam kebakaran tetapi kes pembunuhan terus juga berlaku selepas itu. Itu yang misterinya....Siapa pembunuh yang sebenar?


Phenomenon of the female homicides in Ciudad Juárez

Di Ciudad Juarez, Chihuahua, Mexico, beribu-ribu perempuan dan gadis mati dibunuh sejak 1993. Ciudad Juarez merupakan bandar yang bersempadanan dengan Rio Grande, Texas, US. Di anggarkan lebih 5000 orang perempuan di Ciudad Juarez mati dibunuh sejak 1993. Kes pembunuhan tersebut mendapat perhatian antarabangsa kerana kegagalan pihak berkuasa untuk melindungi kaum wanita di situ dan kegagalan membawa pembunuh ke muka pengadilan.


Kebanyakan perempuan yang dibunuh bekerja di kilang di zon perdagangan bebas NAFTA yang lebih dikenali sebagai maquiladoras. Mereka bekerja dengan bayaran yang murah dan bekerja lebih masa. Mereka akan pulang lewat malam dengan menaiki bas kilang.


Kilang-kilang tersebut dipunyai oleh syarikat dari Amerika. Mereka membayar pekerja dengan bayaran yang sangat murah. Kes pembunuhan yang berlaku disembunyikan untuk mengelakkan perniagaan dan perjanjian dagangan bebas yang mereka tandatangani terjejas.

Ingin baca lebih lanjut, klik link di bawah:


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks