Kecoh di media sosial berkenaan dengan kenaikan caj bil elektrik yang agak luar biasa dan melambung tinggi. Ramai netizen meluahkan rasa tidak puasa hati. Antara rungutan adalah caj bil melambung tiga kali ganda berbanding sebelum PKP, caj tetap dikenakan walau pun rumah tersebut tidak dihuni, caj yang dikenakan pada bulan Jun adalah untuk anggaran 3 bulan walaupun bayaran telah dibuat pada bulan April dan Mei.
Alhamdulillah, saya telah pun selesai menjelaskan bayaran bil elektrik rumah saya yang bertarikh 16 Jun 2020 untuk kiraan 91 hari (Mac, April, Mei) sebanyak kira-kira RM62 dan beberapa sen. Bacaan sebenar bil rumah saya adalah RM137.01 tetapi ditolak dengan pemberian Diskaun Rangsangan Ekonomi sebanyak 25% bagi pengunaaan mulai 1 April 2020 seperti yang diumumkan Perdana Menteri dan juga ditolak dengan jumlah anggaran yang terdahulu.
RM137.01 - (RM28.94 + RM45.45) = RM62.62
Ini adalah jawapan pihak TNB tentang bil elektrik (bil anggaran) yang diterima pengguna untuk 3 bulan dari Mac sehingga Jun 2020 (18.3.2020 - 16.6.2020):
Penyelarasan bil elektrik semasa tempoh PKP |
Ini pula apa yang perlu anda tahu:
1. Diskaun Rangsangan Ekonomi diberikan kerajaan bermula dari 1 April 2020 sehingga 30 September 2020. Diskaun adalah berbeza mengikut blok penggunaan elektrik, boleh rujuk gambar di bawah.
2. Bantuan Prihatin Elektrik untuk pengguna domestik TNB, boleh rujuk gambar di bawah.
3. Pelan Bayaran Mudah (PBM) yang ditawarkan TNB boleh digunakan untuk membayar bil tertunggak secara ansuran tanpa dikenakan surcaj tambahan sehingga Disember 2020.
4. Sekiranya bayaran telah dibuat, lebihan bayaran untuk bil April-Jun akan dikembalikan (dikreditkan) ke dalam bil Julai 2020.
5. Tiada pemotongan bekalan elektrik sehingga 30 September 2020.
6. Tiada caj lewat bayar dikenakan sehingga 30 September 2020.
Maklumat Bantuan Prihatin Elektrik mengikut blok penggunaan elektrik dan juga maklumat peratusan Diskaun Rangsangan Ekonomi |
Lebihan bayaran untuk bil April-Jun akan dikembalikan (dikreditkan) ke dalam bil Julai 2020. |
Saluran untuk membuat aduan dan pertanyaan. |
1. Pengguna yang tidak berpuas hati dengan caj bil elektrik yang diterima boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Yuran buka fail kes di TTPM adalah RM5.
2. Pengguna boleh cuba kira sendiri caj bil DI PAUTAN INI (Bill Estimation Calculator).
3. Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak TNB Care Line.
Contoh aduan bil elektrik yang melambung tinggi dibuat kepada TNB Care Line. Info dikongsikan oleh pengguna Twitter @Mistas Arif |
Sumber rujukan & bacaan lanjut: