Puding buih merupakan pencuci mulut tradisi yang memang popular di negeri Pantai Timur. Ia menjadi juadah kegemaran seisi keluarga terutamanya juadah berbuka berpuasa di bulan Ramadan. Namun siapa sangka, puding buih yang enak dimakan ini telah meragut satu nyawa di Terenggganu pada 3 Jun 2020, Rabu yang lalu. Mangsa seorang wanita berusia 25 tahun dari Marang, Terengganu menghembuskan nafas yang terakhir setelah 10 hari bertarung nyawa. Puding buih ini dijual secara atas talian (online) dan tular (viral) di Terengganu.
Kematian mangsa puding buih di Terengganu |
Berdasarkan laporan sidang media pada 31 Mei 2020 oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Dr. Alias Razak, hasil ujian makmal mendapati penggunaan telur yang lebih dua minggu menjadi punca utama kes keracunan makanan tersebut. Hasil siasatan juga mendapati penjual puding tersebut tidak memiliki lesen perniagaan, tidak melakukan suntikan vaksin typhoid (demam kepialu) bagi pengendali/ penyedia makanan. Maka terbongkarlah sisi-sisi negatif dan salah laku yang sebelumnya tidak diketahui.
Persoalannya, kenapakah telur dikatakan menjadi penyebab utama dalam kes keracunan makanan tersebut? Adakah keracunan makanan berlaku disebabkan telur yang sudah tamat tempoh semata-mata?
Menurut pakar masakan/ kesihatan, Chef Asma Nordin, Pensyarah UNITAR dan Dr. Aida Azmi (Pensyarah kanan UiTM), punca utama bukan disebabkan penggunaan telur yang sudah tamat tempoh tetapi penyebabnya adalah telur tersebut telah tercemar. Pencemaran pada telur boleh berlaku sebelum proses memasak sehinggalah proses pengendalian makanan selepas memasak.
Resepi puding buih sememangnya menggunakan telur mentah yang diasingkan kuning dan putihnya lalu dikisar atau dipukul menjadi gebu dan berbuih. Penggunaan telur mentah memang berisiko tinggi mengundang pencemaran bakteria seperti Salmonella dan E.Coli. Untuk resepi dan cara buat puding buih, boleh lihat di Resepi & Cara Membuat Puding Buih (How To Make Foam Pudding).
Pencemaran bakteria pada telur boleh mengundang maut |
Risiko telur tercemar |
Walau bagaimana pun, ada yang berpendapat, telur yang tercemar dan telur tamat tempoh bukan semata-mata penyebab kerana banyak faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya keracunan makanan. Teknik penyediaan juga perlu betul dan berhati-hati.
Teknik penyediaan dan pengendalian puding buih |
Puding buih tak salah! |
Puding buih tak salah! |
1. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/06/03/10-hari-dirawat-mangsa-puding-buih-akhirnya-meninggal-dunia
2. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/695853/mangsa-puding-buih-meninggal
3. Dapur Berasap
4. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/puding-buih-bukan-salah-telur-245889
5. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694744/telur-tamat-tempoh-punca-kes-keracunan-puding-buih
6. https://www.mingguanwanita.my/resepi-puding-buih-berkuah-susu-tinggi-protein-begini-cara-selamat-membuatnya/
7. https://www.youtube.com/watch?v=YdEP0OOmjVs&feature=youtu.be&fbclid=IwAR2dkUBlwZYLgyTWIp0RSoZi55F_2ZDe5Z53PjCXYlI39aCXBXvnefyEoI0