KRABI, THAILAND
Krabi merupakan salah satu daripada 76 wilayah yang terdapat di Thailand. Krabi terletak di wilayah sebelah Selatan Thailand. Ia bertentangan dengan Wilayah Phuket dan mengadap Laut Andaman. Wilayah Krabi terbahagi kepada 8 daerah iaitu Mueang Krabi, Khao Phanom, Ko Lanta, Khlong Thom, Ao Luek, Plai Phraya, Lam Thap, Nuea Khlong. Krabi terkenal dengan pulau-pulau dan pesisir pantai yang cantik dan indah lagi semulajadi.
8 daerah di Wilayah Krabi |
Dari segi kemudahan pengangkutan Krabi tidak ketinggalan kerana terdapat banyak pilihan sama ada melalui udara, laut dan darat. Di Krabi terdapat Krabi International Airport. Krabi Airport ini hanya berjarak 10 km dari Bandar Krabi dengan laluan penerbangan dari/ke Kuala Lumpur, Singapura, Ko Samui dan Bangkok.
Promosi oleh Malindo Air |
PENGANGKUTAN KE KRABI
Walaupun Krabi ada kemudahan airport yang berdekatan, tetapi kami akan ke sana menggunakan jalan darat. Antara kelebihan menggunakan jalan darat adalah kerana di Thailand lebuhrayanya tidak dikenakan tol. Struktur jalan raya di sana juga dikatakan lebih baik dengan laluan 2 lorong dan jalan lebih rata (susah nak jumpa lubang). Cuma dari segi harga petrol kenalah banyak bersabar sebab harganya mahal.
Apapun memandu kereta ke Krabi lebih mengujakan dan mencabar. Apatah lagi bila menggunakan kereta sendiri, senanglah sikit nak menyinggah di mana-mana tempat yang tetiba rasa nak singgah. Sesuailah dengan kami berdua suami isteri yang suka membuat 'lencongan' dari plan asal. Hahaha...
Tempat menarik di Krabi |
Krabi dan Phuket yang bersetentang |
KRABI... mu tunggu aku datang!