Pages

4 Dec 2013

Peguam Negara arah siasatan kes rogol Nur Fazira Saad dibuka semula




Kes Nur Fazira Saad, 13 tahun yang mendakwa dirogol oleh bekas suami, Mohd Fahmi Alias dan 2 orang lagi lelaki diarah oleh Peguam Negara untuk disiasat semula. Peguam negara bagi tempoh seminggu kepada pihak polis untuk mengumpul bukti. Beliau berkata, jika bukti tidak mencukupi, kes ini tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Sebelum ini, polis telah menahan dua suspek selepas laporan polis dibuat. Suspek ketiga gagal dikesan polis manakala suspek kedua mengaku bersalah. Suspek yang mengaku bersalah sekarang ini sedang menjalani hukuman di Pusat Pemulihan Akhlak Paya Terubung, Pulau Pinang.

"Kes ini dibuka semula kerana membabitkan kepentingan awam dan saya memberi masa seminggu kepada pegawai penyiasat untuk mengumpulkan hasil siasatan. Sekiranya bukti yang diperoleh tidak mencukupi kes ini tidak akan dibawa semula ke mahkamah,"

"Selain menggunakan bukti terdahulu kami juga akan mendapatkan semula keterangan mangsa, ayah, ibu saudara, doktor dan dua suspek termasuk bekas suami mangsa dan seorang lagi yang sedang menjalani hukuman,"

                            ---- ----- Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ---------


Baca seterusnya...


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks