Pages

28 Nov 2013

Johan As'ari melamar Lana Nordin bukannya Shila Amzah sebagai isteri

Johan As'ari melamar Lana Nordin selepas 3 hari jumpa

Laporan eksklusif oleh Berita Harian

Sebelum ini Johan As'ari ini heboh digosipkan bercinta dengan penyanyi lagu 'Patah Seribu', Shila Amzah. Tup tup keluar kat surat khabar dia dah pun melamar pelakon seksi dan seksa Lana Nordin.

Patah beribu-ribulah nampaknya hati Shila Amzah. Kesian dia. Dua kali 'frust'.

Nganga juga mulut aku membaca berita mengejut macam ni. Aku bukan tak suka sebab Johan tak pilih Shila Amzah tapi kenapa si Lana Nordin?

Adoii...

Umumkan tahu kontroversi dan publisiti murahan pasal Lana Nordin ni. Johan pula setakat yang aku tahu takde kontroversi murahan. Tapi...tak tahulah. Dunia artis.

Yang paling mengejutkan Johan dan Lana ni baru jer 3 hari kenal-kenalan dan keluar makan sama-sama.


Di sini aku petik frasa-frasa ayat yang dilaporkan secara eksklusif oleh Berita Harian....meh kita baca sama-sama no...

Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa.

Johan turut mengakui mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program, bulan lalu.

Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan isteri.

“Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya."

“Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,”

Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin.


“Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjadi insan lebih baik. Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan."


Ini pula respon Shila Amzah selepas Johan membuat pengakuan memilih Lana Nordin sebagai bakal suri hidupnya......lagu PATAH SERIBU macam sesuai sangat dengan SHILA AMZAH. 

"Tak apa, jodoh ALLAH yang tentukan, Sha terima siapa pun jodoh Sha"

"The silly side of me..well,parts and parcels of life..kita tetap kena jalan ke depan..tak kira seberapa berat pun kaki kita melangkah..well..as i said before..hidup kita ada banyak cabang pilihan..ada banyak perhentian sebelum sampai ke destinasi..so..why bother?cmon people..chin up..and let it be:)"

"ALLAH itu berkuasa..Maha kuasa dari segalanya.. don’t worry guys..i ain’t that girl with white scarf and the guitar no more..so..l ets fill our life with love.. no hatred.. no regrets.. i love you guys..always..from the bottom of my heart..i can never thank you enough#Shayang#Shilalas forever:),"

Tinggal kenangan
Takde jodoh


Sumber

  1. http://o.bharian.com.my/bharian/articles/EKSKLUSIF_Lamarlepas3harijumpa/Article/
  2. http://www.sinarharian.com.my/hiburan/akhirnya-johan-as-ari-pilih-lana-nordin-1.225290?localLinksEnabled=false
  3. http://www.sinarharian.com.my/hiburan/johan-pilih-lana-shila-pasrah-1.225389




Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks