Pages

27 Nov 2013

Pasangan muda berkahwin belum cukup setahun akhirnya bercerai talak 3!

Pasangan muda bernikah usia 12 dan 19 tahun pada 17 November 2012
dan bercerai pada 11 November 2013
Walaupun mereka sudah bercerai talak 3 tapi aku masih juga nak tahu alasan mereka kahwin di usia muda. Aku tidak tahu pula kisah mereka kahwin muda itu menggembarkan satu Malaysia. Dengar cerita masuk paper, masuk TV kisah perkahwinan mereka ini.



Pengantin lelaki, Mohd Fahmi Alias, 19 tahun

"Daripada buat maksiat, lebih baik kami kahwin, "
"Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi,"
"Saya tidak akan menghalang isteri melanjutkan pelajaran,"


Pengantin perempuan, Nur Fazira Saad, 12 tahun

Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” 

"Ia menyeronokkan. Sebelum berkahwin, saya sudah tahu bagaimana untuk memasak. Jadi memasak dan mencuci bukan masalah bagi saya,"
"Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan kami menyokong keputusan kami untuk berkahwin"


Pasangan ini sudah lama kenal sebelum mereka bernikah

Bapa pengantin perempuan

Lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan sesuatu yang tak elok (tidak wajar),”

Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,”

Tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.


Pegawai Agama Kulim, Kedah...

Seorang bapa terpaksa merayu kepada Mahkamah Syariah supaya meluluskan perkahwinan anak gadisnya berusia 12 tahun yang enggan pulang ke rumah tetapi mahu tinggal di rumah teman lelakinya.

"Kes itu julung kali berlaku sejak berpuluh tahun saya berkhidmat dengan Jabatan Agama Islam di Kedah."

"Gadis itu baru sahaja mengambil (UPSR) manakala pasangannya pula menganggur tetapi ibu bapa mereka bersetuju pasangan itu dinikahkan,"


Alasan dan punca mereka bercerai????

Saad Mustafa, bapa kepada Nor Fazira, memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Sumber:

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks