Pages

12 Dec 2012

Farid kamil Tidak Dipenjarakan Tetapi Akan Diberi Surat Teguran

Selamat sudah...

Aku tumpang turut bersyukur Farid Kamil tidak masuk penjara. Di bawah ini aku petik sahaja apa yang di ditulis oleh penulis tersebut sebabaku tak berapa rajin nak membuat ayat sendiri. Silalah rajinkan diri anda untuk membacanya.

Nescafeais.com  - Uniform tentera Farid Kamil "cacamarba"

Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.

“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.

“Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,”

" Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba. "

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.

Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.

“Pakaian yang digunakan semasa “sword bearer” (lalu bawah pedang) itu bukan uniform rasmi polis malah tiada lencana yang dipakai anggota beruniform itu. Jadi ia bukan satu kesalahan. Cuma ia sedikit mengelirukan,” jelasnya.


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks