Berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, Malaysia diumumkan sebagai negara yang ke-19 paling selamat di dunia berbanding 153 negara lain manakala Malaysia adalah negara paling selamat di kalangan negara-negara di Asia Tenggara.
Terima kasih encik - encik POLIS
Berita di Utusan Malaysia Online melaporkan pada 8/3/2012 bahawa Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara. Pencapaian itu diiktiraf secara global menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 yang diumumkan tahun lalu. Ia merupakan peningkatan yang amat membanggakan berbanding 2009 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-26. Berdasarkan rekod Disember 2010 indeks jenayah telah turun sebanyak 15 peratus manakala jenayah jalanan pula turun sebanyak 35 peratus. Malah indeks jenayah bagi Januari dan Februari pada tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama 2010 sementara bagi jenayah jalan penurunannya adalah sebanyak sembilan peratus.
HarakahDaily.Netpula sebaliknya melaporkan respon sebaliknya pada 13/3/2012, negara ini bukannya yang paling selamat di Asia Tenggara sebagaimana yang didakwa. Kenyataan ini dikeluarkan ekoran kematian adik Nadirah selepas negara ini diistiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggar. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kes adik Nurul Nadirah Abdullah yang disahkan mati dibunuh dan dibakar selepas hilang sejak 1 Mac lalu membuktikan Malaysia tidak selamat.