Pages

18 Feb 2012

Hukum Berkahwin Dengan Bekas Mertua



SOALAN :

Saya ingin bertanya;

  1. Apakah hukumnya berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bekas bapa mertua?
  2. Bolehkah menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua?
  3. Apakah batas aurat di antara isteri dan ayah mertua, saudara lelaki sebelah suami dan adik ipar lelaki?
  4. Bolehkan ustaz/ustazah terangkan secara terperinci?

JAWAPAN :

Hukumnya adalah haram. Anak menantu diharamkan berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bapa mertua kerana status mereka adalah seperti ibu dan bapa sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat ke-23, yang bermaksud, “Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’ 04: 23)

Berdasarkan ayat ini :

1. Anak menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua tidak membatalkan air sembahyang. Ini kerana ibu bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya iaitu tidak batal wudhu' dan haram berkahwin antara anak dan ibu tiri tersebut selama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut.

2. Bapa mertua sama taraf dengan bapa sendiri. Oleh itu, aurat menantu perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik-beradik lelaki yang lain. Auratnya terbatas daripada pusat hingga ke lutut. Ini bererti menantu perempuan boleh (harus) membuka rambutnya di hadapan bapa mertuanya.

3. Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya di hadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Sumber : Soal-jawab JAKiM
Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks