Alhamdulillah, kerajaan telah mengumumkan pembukaan semula sempadan negeri pada 11 Oktober 2021 selepas hampir 2 tahun kita rakyat Malaysia berperang dengan pandemik COVID-19, namun masih tertakluk kepada warganegara yang sudah lengkap 2 dos vaksinasi.
Ramai yang mengambil peluang kebebasan rentas negeri ini dengan pergi melancong dan bercuti bersama keluarga masing-masing. Memandangkan Selangor dan kebanyakan kawasan Lembah Klang mengalami krisis ketiadaan air buat sekian kalinya, maka saya dan suami secara tiba-tiba membuat misi mencari air di luar Lembah Klang.
Mengikut Air Selangor, gangguan bekalan air bermula 13 Oktober akan berlaku beberapa hari dan pada hari pagi Sabtu, 16 Oktober, rumah kami belum ada air mungkin disebabkan kawasan rumah kami agak tinggi dan memerlukan tekanan air yang lebih kuat.
Tanpa membuang masa, tengah hari Sabtu, kami bertolak ke Pengkalan Balak, Melaka melalui PLUS Highway. Jalan agak tenang, tiada kesesakan lalu lintas.
Pengkalan Balak, Melaka memang telah lama menjadi impian kami untuk bermalam di sini kerana kebanyakan chalet di sini betul-betul mengadap laut, namun tidak pernah diberi kesempatan kerana tiap kali kami bertanya, semua bilik telah penuh.
Kami tiba di Pengkalan Balak, Melaka lebih kurang pukul 6 petang dan terus mencuba nasib bertanyakan kekosongan chalet di sini.
Chalet pertama kami singgah adalah Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai. Kali pertama saya turun dari kereta, saya lihat signboard pintu masuk ditulis 'PENUH', jadi saya berpatah balik ke kereta. Suami minta saya mencuba sekali lagi dengan bertanya sendiri di kaunter chalet, jadi turun semula dan bertanya sendiri staf di pejabat chalet.
Alhamdulillah, ada satu bilik yang kosong kerana ada tetamu yang membatalkan tempahan pada saat akhir. Rezeki!
Akhirnya kami berpeluang menghabiskan cuti hujung minggu kami di chalet tepi laut Pantai Pengkalan Balak, Melaka setelah bertahun-tahun gagal.
đź“ŚChalet Di Pantai Pengkalan Balak, Melaka
1. Betul-betul tepi laut, mengadap pantai
2. Pilihan chalet bajet banyak, harga berpatutan
3. Ada tempat BBQ di depan chalet dan di tepi laut
4. Pesisir pantai yang panjang dan disediakan ruang pejalan kaki
5. Tempat makan banyak pilihan, ada kedai makan pesisir pantai
6. Sangat sesuai tempat mandi laut tetapi perlu mandi/bilas badan selepas mandi laut di chalet penginapan sendiri kerana saya tidak nampak ada tandas awam disediakan di sekitar tepi pantai (tidak seperti Port Dickson).
7. Kebanyakan tempahan chalet dibuat melalui panggilan telefon kerana tidak banyak chalet di sini mengiklankan bilik di aplikasi tempahan penginapan seperti AGODA, BOOKING.
đź“ŚTeratak Rehat Atie Ira Calet D'Pantai
1. No. HP untuk tempahan: 019-2172317 / 019-3758981 (merujuk pada resit bayaran).
2. Kemudahan bilik - aircond, TV (Limited channel), air panas untuk mandi, tuala mandi dan sabun disediakan, ubat/berus gigi tidak disediakan.
3. BBQ
4. Mandi laut
5. Buaian
6. Pondok tepi laut - lepak dan BBQ
7. Harga - RM125/ malam (chalet gaya asrama)
INFO LAIN:
INFO LAIN:
1) https://chaletpengkalanbalak.blogspot.com/2012/12/teratak-rehat-atie-ira-calet-dpantai.html#.YW2XIRpBxPY (Saya tidak pasti masih valid atau tidak info ini)
019-3310885 @ 012-6582561 (KAK SITI)
019-2172317 (MR MAD YUSOOF)
012-3408969 (MS Zawiyah)
Penuh tetapi sudah tertulis rezeki kami. |
Pejabat untuk berurusan |
Pintu masuk chalet |
Teratak Rehat Atie Ira Calet D'Pantai - gaya rumah kampung |
Teratak Rehat Atie Ira Calet D'Pantai - gaya asrama |
Tempat BBQ disediakan di hadapan chalet di tepi laut |
Tempat BBQ disediakan di hadapan chalet di tepi laut |
Tempat BBQ disediakan di hadapan chalet di tepi laut |
Tempat BBQ disediakan di hadapan chalet di tepi laut |
Aktiviti santai di tepi pantai sambil mandi-manda |
Kawasan pantai yang berbatu |
Boleh berjalan kaki sepanjang pesisir pantai |
Kawasan pantai yang berpasir, dari sini boleh berjalan kaki dari chalet ke kedai makan di tepi laut yang dibuka waktu pagi sehingga malam - Restoran D'Pelampung. |
Ada aktiviti sukaneka di sini |
Mandi-manda di laut. |
Ruang pejalan kaki, boleh berjalan-jalan (brisk walk) sambil menikmati angin laut. |
Main buai sambil menikmati pemandangan laut dan angin sepoi-sepoi dari laut. |
Ada yang berBBQ di tepi laut pada waktu malam. |
Pemandangan waktu malam, kedai makan dan kedai menjual keperluan mandi-manda. |
Restoran D'Pelampung betul-betul mengadap laut, dibuka dari waktu pagi. |
Restoran D'Pelampung betul-betul mengadap laut, dibuka dari waktu pagi. |
Ada chalet menyediakan tempat membilas diri selepas mandi laut. |
Obor-obor yang merbahaya ditemui. |
Tangga menuju ke laut. |
Selamat jalan! Jaga kebersihan pantai yang indah ini. |