Pages

31 Dec 2016

Uniform Sekolah Tersangat Murah Hanya 69 Sen Di Pasaraya Borong Sakan, Kangar, Perlis Dilelong Sehingga 2 Januari 2017

Saya terbaca hal ini di Yahoo News dan rasa terpanggil untuk menulis tentangnya. Uniform yang dijual bukan bundle tetapi masih baharu cuma stok lama tahun 2015, rasa macam tak percaya tapi anda boleh rujuknya di Facebook Pasaraya Borong Sakan. Yang mana berminat dan tinggal berdekatan bolehla ke sana sehingga 2 Januari 2017.

Facebook Pasaraya Borong Sakan...tolong promosikan










Sumber:

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

26 Dec 2016

15 Tips Membeli Tiket Flight Lebih Murah



1. Tempah awal tetapi jangan terlalu awal 
Tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Maka sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tokyo, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo.

2. Tempah pada hari Selasa dan Rabu 
Hari Selasa dan Rabu merupakan salah hari paling baik untuk membeli tiket flight. Kebanyakan syarikat penerbangan biasanya akan menetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dilakukan kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang hanya mempunyai masa luang untuk menempah tiket pada hari minggu. Berdasarkan statistik, memang terbukti kebanyakan orang hanya akan survey harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

3. Pilih hari penerbangan yang sesuai 
Tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad di mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Terbang Sehala VS Terbang Pergi/Pulang
Kebiasaannya pembeli tiket pergi/pulang (return ticket) akan ditawarkan harga lebih rendah. Tetapi ada masanya, jumlah harga tiket sehala (pergi) dan tiket sehala (pulang) itu lebih rendah dari membeli tiket return.

Hal ini terjadi kerana kebanyakan promosi tiket adalah untuk sehala. Tiket dijual secara promosi supaya tiket itu boleh habis terjual. Contohnya tiket dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu adalah tiket promosi (mungkin kuota tiket murah masih ada), tetapi jarang pula tiket dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dijual secara promosi kerana permintaan tiket dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur lebih tinggi.

5. Cari ‘Best Deal’ untuk penerbangan antarabangsa 
Periksa tiket dalam tempoh 11 hingga 12 minggu (3 bulan) sebelum penerbangan kerana kebanyakan syarikat penerbangan akan menawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa.

6. Pilih untuk mendarat di lapangan terbang kecil 

Turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi. Contohnya, kalau hendak ke London, biasanya ramai akan memilih untuk mendarat di Heathrow. Selepas ini, jangan turun di Heathrow, sebaliknya cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester boleh naik train ke London.

7. Buang ‘cookies’ atau 'clear cache'
Sila buang cookies atau clear cache pada komputer riba, telefon pintar dan PC sekiranya selepas melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Ini kerana melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan mengandaikan anda pernah/sudah melawat laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan menetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda ke laman web itu berulang kali. Amalkan tabiat padam cookies atau clear cache di internet browser anda itu. 

8. Gunakan Incognito atau Private Browsing
Bila anda melawat ke website syarikat penerbangan, mereka akan meletakkan cookies ke dalam PC/laptop dan boleh mengetahui di mana lokasi anda dan maklumat web browser anda. Dengan cara itu, mereka tahu anda sebenarnya berminat untuk membeli tiket tersebut tetapi masih belum membuat keputusan.

Untuk mengelakkan perkara tersebut, cuba layari internet menggunakan Private Browsing (jika menggunakan Mozilla) atau Incognito (Jika menggunakan Chrome atau Safari). Melalui cara ini, maklumat anda tidak akan sampai kepada mereka dan akan dipadamkan selepas web browser ditutup.

9. Bandingkan harga tiket menggunakan Search Engine Penerbangan
Di internet terdapat perkhidmatan online untuk membandingkan tiket flight murah di pelbagai destinasi. Contohnya adalah Skyscanner dan Kayak. Tiket flight menjadi lebih murah kerana mereka menerima komisen daripada syarikat penerbangan jika tiket terjual. Peratusan komisen dikurangkan bagi merendahkan harga tiket. Jangan terkejut jika guna search engine memberi harga tiket flight murah, lebih rendah dari membeli di laman rasmi syarikat penerbangan itu sendiri.
Skyscanner - banding harga tiket paling murah ikut bulan pun boleh

Anda boleh gunakan search engine yang berikut untuk bandingkan harga tiket flight:

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight (GOOGLE FLIGHT)
6. Ita Software


10. Aktifkan Price Alert Button
Skyscanner dan beberapa search engine yang popular ada price alert dimana jika berlaku promosi atau penurunan harga, mereka akan mengirimkan email makluman. Mulakan carian awal, beberapa bulan sebelum perjalanan dan aktifkan price alert segera.



11. Tempah selepas pukul 12 tengah malam sehingga pukul 5 pagi
Cuba anda periksa harga tiket pada waktu malam dan bandingkan juga harga tiket pada waktu siang kerana jika anda bernasib baik harga tiket sebelah malam lebih murah. Ini kerana kadangkala terdapat pembatalan tiket dan selalunya kerusi itu akan dibuka selepas waktu tengah malam.

12. Langgan Email & Muat Turun Aplikasi Syarikat Penerbangan
Anda tidak perlu semak harga tiket setiap minggu atau setiap hari. Setelah melanggan email sesebuah syarikat penerbangan, syarikat tersebut akan memaklumkan kepada anda jika ada promosi yang sedang berlangsung. Malah anda juga mungkin mendapat informasi tentang promosi yang akan ditawarkan, beberapa hari sebelum ianya dipaparkan di website syarikat penerbangan tersebut.

13. Menebus mata ganjaran
Daftar untuk loyalty programme syarikat penerbangan yang sering anda gunakan. Sign up adalah percuma dimana setiap kali anda membeli tiket, anda akan mendapat point. Setiap point yang dikumpulkan boleh ditebus untuk mendapatkan penerbangan percuma ke destinasi yang ditetapkan. Menebus itu percuma, harga tiket juga percuma. Namun caj yang lain-lain seperti airport tax tetap perlu dibayar.

Contohnya daftar Big Shot untuk penerbangan Airasia dimana Airasia akan email pada semua pemegang Big Shot bila mereka adakan promosi. Jadi inilah peluang untuk tebus mata ganjaran (redeem point).

BIG Shots Airasia

14. Jangan bayar tempahan tiket menggunakan kad kredit atau kad debit
Syarikat penerbangan contohnya Airasia akan mengenakan bayaran pemprosesan semasa anda mahu membayar tempahan tiket sebaik selesai semua urusan memasukkan butir-butir penumpang. Bayaran tempahan tiket menggunakan kad kredit, kad debit, kad caj akan dikenakan caj memproses tempahan menggunakan direct debit sebanyak RM8.48 termasuk GST dan ia adalah dikira per guest. Manakala bayaran menggunakan debit ke akaun bank pula bayarannya lebih rendah iaitu RM4.24 per booking (hampir sekali ganda bezanya).

Bagi penerbangan Airasia, cara paling bagus adalah menggunakan kad prepaid BIG Prepaid Master Card Airasia itu sendiri. Masukkan duit ke dalam kad tersebut dan anda boleh tempah tanpa sebarang bayaran pemprosesan tambahan di samping mendapat point.

15. Tempah Tiket Bersama Hotel
Kebanyakan syarikat penerbangan, Online Travel Agent (OTA) dan travel website menyediakan kemudahan tempahan tiket penerbangan bersama hotel. Antaranya seperti AirasiaGo, Expedia, Kayak dan Momondo. Kadangkala tempahan tiket dan hotel dalam satu belian lebih murah berbanding tempahan secara berasingan.


Kredit to:

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

22 Dec 2016

TRIP TO THAILAND | Bangkok - Kanchanaburi - Lopburi [Part 2 : Chatuchak Weekend Market, Bangkok]

Chatuchak Weekend Market atau Jatujak Weekend Market atau JJ Market adalah pasar paling besar di Thailand yang terletak di Kamphaeng Phet 2 Road, Chatuchak, Bangkok. Lebih 8000 gerai ada di sini yang dibahagikan kepada 27 bahagian. Barang-barang yang dijual adalah seperti pakaian, barangan antik, makanan/minuman, haiwan peliharaan, tumbuhan, perabot, hiasan rumah dan juga buku. Pendek kata, macam-macam ada.

[BACA JUGA : PART 1 : MENAIKI KERETAPI KE BANGKOK]

PETA CHATUCHAK WEEKEND MARKET

Satu hari pusing baru khatam tempat ni

Ikon penting penunjuk arah adalah clock tower di tengah-tengah

Sumber dari Google, lokasi JJ market

JJ GREEN MARKET
Kami ke JJ Green Market selepas maghrib, Ahad, 11 Disember 2016. Dari guesthouse kami ambil grabcar. Agak jauh juga JJ Market dari tempat penginapan kami di Bangkapi, lebih kurang 20 minit perjalanan. Tambang grabcar (ekonomi) lebih kurang THB150 ke sana. Sampai di Chatuchak jalan sesak teruk. Suasana night market di sini lebih kurang sama macam night market yang saya pergi di Chiangmai. Cuma di Chiangmai lagi ramai orang hingga berjalan pun macam beratur.

JJ Green Night Market secara peribadi lebih sesuai untuk muda-mudi kategori hipster, gypsy, indie sebab banyak barangan bertema seperti itu dijual di sini.


Pintu masuk, dibuka dari jam 5 petang hingga 2 pagi

grrrrr....

Pengunjung memang ramai

Antik dan rare...

Bundle di mana-mana sahaja

MAKANAN / MINUMAN
Makanan halal ada dijual disini. Jangan risau ok. Burger halal pun ada. Cuma kena bersabarlah sikit sebab ramai orang. Kena tunggu giliran tempat duduk. Huhuhu...

Halal food - nasi dan telur goreng berlauk. Resepi ni tak ada di Malaysia

Macam-macam jenis pilihan lauk untuk digoreng bersama telur dan makan dengan nasi...sedap!

WAKTU OPERASI CHATUCHAK WEEKEND MARKET
Monday Closed
Tuesday Closed
Wednesday 7AM–6PM (Plant section only)
Thursday 7AM–6PM (Plant section only)
Friday 6PM–12AM (Wholesale only)
Saturday 9AM–6PM (Whole Market open)
Sunday 9AM–6PM (Whole Market open)

WAKTU OPERASI JJ GREEN MARKET
Thursday - Sunday : 1700 - 0200 (5 ptg - 2 pg)




Sumber:
Chatuchak Weekend Market
JJ Green Market

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

21 Dec 2016

TRIP TO THAILAND | Bangkok - Kanchanaburi - Lopburi [Part 1 - Menaiki Keretapi Ke Bangkok]

Hai semua...jumpa lagi setelah lama tak update blog...huhuhu
Welcome to Thailand

Ini merupakan kali ketiga saya travel ke negara GAJAH putih, Thailand iaitu pada minggu lepas selama 7 hari termasuk masa perjalanan pergi dan balik bermula 10 hingga 16 Disember 2016, Sabtu - Jumaat. Travel kali ini boleh dikatakan secara 'backpacking' kerana dari hari pertama sehingga hari ke-6, perjalanan saya, suami dan seorang kawan menggunakan pengangkutan awam dan backpack luggage. Selain jimat bajet, boleh jugak amik feel backpackers sikit-sikit.

Untuk entri part 1, saya rumuskan pengangkutan yang saya gunakan bermula dari Kuala Lumpur ke Bangkok, kemudian ke Kanchanaburi dan seterusnya ke Lopburi kemudian berpatah balik ke Bangkok.


PENGANGKUTAN KE BANGKOK - KANCHANABURI - LOPBURI

1. KL SENTRAL - PADANG BESAR

Kami menaiki tren ETS dari KL Sentral lebih kurang jam 7 pagi. Tiba di Padang Besar kira-kira jam 12.10 tengah hari seperti yang dijadualkan oleh KTMB. Tambang RM80 seorang.

Tiket tren ETS boleh dibeli melalui cara berikut :
  1. Beli di kaunter tiket stesen KTMB atau Komuter berdekatan 
  2. Beli secara online di KTMB Online Ticketing
  3. Beli menerusi aplikasi KTMB-MobTicket yang boleh dimuat-turun ke telefon pintar
  4. Beli melalui agen tiket berdaftar. Boleh rujuk DI SINI
Jadual tren ETS adalah seperti berikut: [KLIK DI SINI] GEMAS - PADANG BESAR


2. PADANG BESAR - HAT YAI, THAILAND


Dari stesen KTMB Padang Besar boleh guna shuttle train ke Hat Yai, Thailand. Shuttle train Hat Yai - Padang Besar/ Padang Besar - Hat Yai ada 2 sahaja trip sehari.

Trip 1 dari Padang Besar : 9.55 pagi, tiba di Hat Yai, Thailand lebih kurang 55 minit kemudian.
Trip 2 dari Padang Besar : 3.40 petang, tiba di Hat Yai, Thailand lebih kurang 55 minit kemudian.

Malangnya kami memilih menaiki kereta ke Hat Yai, Thailand kerana semangat kami yang berkobar-kobar dan rasa seperti tak boleh bersabar lagi untuk tunggu tren 3.40 ptg untuk segera sampai ke Bangkok. Kami ambil kereta yang memang sedia menunggu penumpang di luar pintu pagar stesen KTMB Padang Besar. Tambang THB1000 satu kereta setelah negotiate habis-habisan.

Di sempadan Malaysia - Thailand

3. HAT YAI - BANGKOK, THAILAND

Dari stesen keretapi Hat Yai, Thailand [HADYAI JUNCTION], banyak pilihan tren boleh ambil:
  1. Tren No. 170, RAPID, depart time 1445, arrival time 0900 next day
  2. Tren No. 172, RAPID, depart time 1539, arrival time 0915 next day
  3. Tren No. 42, SPX DRC, depart time 1623, arrival time 0555 next day [*PALING LAJU]
  4. Tren No. 38, SP EXPRESS, depart time 1810, arrival time 1010 next day
  5. Tren No. 32, SPX, depart time 1845, arrival time 1030 next day
*Tapi tren ni takde coach tempat tidur, lain-lain tren ada sleeping berth (katil tempat tidur)

Kami ambil tren no. 170 kerana kami tiba awal di Hat Yai lebih kurang 1.30 petang waktu Thai. Waktu Thailand adalah SATU JAM LAMBAT banding dengan Malaysia atau waktu Malaysia CEPAT SATU JAM banding waktu Thailand. Tambang THB825 untuk lower berth (katil bawah), THB755 untuk upper berth (katil atas).

Saya memang suka menggunakan keretapi kerana 'feel'nya lain dari yang lain. Kita bebas untuk bergerak, kalau nak makan boleh ke kantin, kalau tak nak ke kantin, tunggu sahaja makcik2/abang 2 penjual-penjual datang ke coach dengan barang jualan masing-masing. Dalam tren ini juga disediakan plug point untuk mengecas HP/gajet, tetapi kita perlu sediakan universal plug adapter.

The Train Hotel, Hadyai Junction Railway Station
Tren No.170, Hat Yai to Bangkok
Tempat duduk sebelah siang hari

Tempat duduk akan disiapkan untuk menjadi katil tempat tidur pada sebelah malam hari


4. BANGKOK - KANCHANABURI

Kami bermalam satu malam di Bangkok sebelum bertolak ke Kanchanaburi. Dari Bangkok ke Kanchanaburi, kami mengambil bas di Bangkok Bus Terminal [Sai Tai] ke Kanchanaburi Bus Terminal dengan tambang THB110 seorang. Tiket dibeli di kaunter 79-80. Bas bertolak jam 10.30 pagi dan tiba di Kanchanaburi Bus Terminal kira-kira jam 1.17 tengah hari.

Boleh juga guna keretapi ke Kanchanaburi dari Bangkok tetapi perlu naik di stesen keretapi Thonburi mengikut pilihan tren seperti berikut:
  1. Tren 257, ORDINARY, depart time 0750 from THONBURI station, arrival time 1025 
  2. Tren 259, ORDINARY, depart time 1355 from THONBURI station, arrival time 1626
Route tren ini akan bermula di THONBURI-SALAYA-NAKHORNPATHOM-KANCHANABURI - melalui RIWER KWAI BRIDGE dan berakhir di NAMTOK station.






5. KANCHANABURI - LOPBURI

Dari Kanchanaburi, kami menaiki bas ke Suphanburi dengan tambang THB50 seorang. Bas henti-henti tanpa aircond. Dari Suphanburi kami menaiki minibas/minivan dengan tambang THB80 seorang sehingga ke Ayutthaya. Dari Ayutthaya sekali lagi kami menaiki minivan juga dengan tambang THB80 seorang sehingga ke stesen keretapi Lopburi. Perjalanan dari Kanchanaburi ke Lopburi mengambil masa kira-kira 3 jam setengah.

Bas tanpa hawa dingin tapi kami ok jer

Minibas/minivan berhawa dingin. Tak perlu tunggu lama kerana penumpang cepat penuh

Merentasi 3 wilayah di Thailand

6. LOPBURI - BANGKOK

Dari stesen keretapi Lopburi, kami menaiki tren no.112, RAPID, third class coach dengan tambang THB50 seorang. Tren bertolak jam 1439 dan tiba di Bangkok Railway Station jam 1800.

Lopburi station, ordinary train


7. BANGKOK - KUALA LUMPUR

Hanya 2 jam perjalanan dari Don Muaeng International Airport, Bangkok, Thailand ke KLIA2, Malaysia. Hahaha...


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

21 May 2016

Drama Dia Semanis Honey Lakonan Siti Nordiana (Nana) Di Astro Ria

Para peminat Siti Nordiana (Nana), Juara Gegar Vaganza musim kedua ini konpem tidak akan miss tengok drama DIA SEMANIS HONEY yang tengah hot dan trending sekarang ni di Astro Ria yang dah pun masuk episod ke-12.

Drama DIA SEMANIS HONEY

Novel DIA SEMANIS HONEY

Drama ni mula on air pada 2 Mei dengan yang lalu setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10-11 malam, semuanya 16 episod yang diadaptasi dari novel karya Dila Dyna dan diarahkan oleh Michael Ang membariskan pelakon Siti Nordiana, Alif satar , Hairul Azreen ,Ziha Salleh , Hafeez Mikhail ,Nadya Shaher, Lan Kristal.

Kepada yang takde Astro jangan risau, anda boleh 'layan' cite ni secara online melalui link berikut:
  1. DIA SEMANIS HONEY: Episod 1
  2. DIA SEMANIS HONEY: Episod 2
  3. DIA SEMANIS HONEY: Episod 3
  4. DIA SEMANIS HONEY: Episod 4
  5. DIA SEMANIS HONEY: Episod 5
  6. DIA SEMANIS HONEY: Episod 6
  7. DIA SEMANIS HONEY: Episod 7
  8. DIA SEMANIS HONEY: Episod 8
  9. DIA SEMANIS HONEY: Episod 9
  10. DIA SEMANIS HONEY: Episod 10
  11. DIA SEMANIS HONEY: Episod 11
  12. DIA SEMANIS HONEY: Episod 12

Lagi tentang DIA SEMANIS HONEY:
  1. MeleTop 15 Mei 2016
  2. Baca novel DIA SEMANIS HONEY online
  3. DIA SEMANIS HONEY Trending - chemistry Nana dan Alif Satar
  4. Kepala Bergetar - Dia Semanis Honey - Tonton Online
  5. Kepala Bergetar - Dia Semanis Honey - Download


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

14 May 2016

10 Carian Trending Google Malaysia 2015 Dengan Aplikasi HRMIS 2 di Kedudukan Pertama

hahaha...

10 carian trending 2015


1. HRMIS 2

Tak sangka HRMIS 2 menjadi keyword paling dicari oleh rakyat Malaysia di google.com.my. Kegunaan aplikasi ini sangat penting kepada orang yang keje gomen. HRMIS 2 ini merupakan satu aplikasi yang dilancarkan di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia. Aplikasi ni gunanya untuk urus prestasi kerja, pengurusan cuti, rekod peribadi, kursus-kursus yang dihadiri dan perjawatan serta seumpamanya.



2. BRIM 2015

Yang ini tak diragukan lagi memang wanted tapi takde kaitan dengan aku.


3. How-Old.net

Aplikasi meneka usia ini dilancarkan oleh Microsoft awal pertengahan tahun lalu, dan sekali gus menjadi kegilaan orang ramai.

Aku tak tahu pun benda ni wujud. 



4. Maharaja Lawak Mega

Aku kadang-kadang follow juga mat2 lawak kat TV Astro ni walaupun rumah aku takde Astro. 

Aku suka kumpulan Shiro.


5. Fast&Furious 7

Dilancarkan pada 3 April 2015, filem ini mendapat sambutan yang amat luar biasa sebab pelakon utama filem tersebut, Paul Walker meninggal dunia pada November 2013. Lagu olahan Wiz Khalifa, “See You Again” menyentuh emosi ramai peminat filem ini.

Aku tak minat.


6. Hati Perempuan

Haha!

Entah macam mana aku tak 'layan' cite2 sebegini yang kebanyakkannya diadaptasi dari novel. Adalah aku tertengok sikit2 bila terbuka TV3 petang2.

Meletup rupanya cite ni.

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia.



7. 1USD to MYR

Mata wang Malaysia jatuh teruk. Topik femes di seluruh pelosok Malaysia.

Pi jalan-jalan makan angin kat Thailand pun sudah tak best.


8. WhatsApp Web

Aplikasi ini boleh menghantar pesanan menerusi pelayar web bagi semua pengguna Android, Windows Phone dan Blackberry. Dilancarkan pada bulan Januari 2015.

Ia memadankan aplikasi whatsApp telefon ke komputer dan membolehkan pengguna berkomunikasi dengan rakan-rakan ataupun keluarga menerusi komputer. Whatsapp kemudian melancarkan servis ini kepada semua pengguna Apple pada awal bulan Ogos 2015.

Senang cite, WA yang ada kat HP kita boleh disambungkan ke komputer/laptop/desktop untuk dibaca kat situ. Macam synchronize la antara  HP dan PC.



9. GST

GST telah dilaksanakan pada April 2015 sebagai pengganti Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%). Kata kerajaan, ia merupakan satu daripada langkah-langkah yang diambil untuk menambah baik sistem kewangan negara serta mencari sumber pendapatan yang baru dengan meningkatkan kecekapan pungutan cukai. (kalau tak negara kemungkinan akan bankrap).


10. Bersih 4.0

Perhimpuan Bersih telah diadakan di ibu kota/KL pada 29 Ogos 2015 untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan susulan kenaikan harga barangan serta pelaksanaan GST.

Yang ini no komen/ malas nak komen.




Kredit:

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

13 Feb 2016

MALAYSIA | Fraser Hill, Pahang @The Little England of Malaysia

Hahaha...tetiba ada di Fraser Hill???

Fraser Hill waktu malam ... sejuk yang amat sangat, berkabus

Ahad lepas, saya dan suami secara tak sengaja ke Bukit Fraser. Kami sampai sana dalam pukul 7 malam lebih. Di sebabkan hari hujan, kabus sangat tebal. Sejuk yang amat-amat sangat. Dah macam duduk England plak rasanya.

Jika Cameron Highlands terkenal dengan ladang teh dan sayur-sayuran, Genting Highlands popular dengan jolokan kota keriangan, Bukit Fraser pula lebih dikenali sebagai ‘The Little England of Malaysia’. Terletak di banjaran Titiwangsa dan bersuhu sekitar 17 hingga 24 darjah celsius, Bukit Fraser memiliki keistimewaan tersendiri dari segi kepelbagaian flora dan fauna di samping keunikan bangunan yang berkonsepkan seni bina gaya Inggeris.
Meskipun kegiatan pelancongan tidak semeriah pusat peranginan tanah tinggi lain di Pahang, namun Bukit Fraser sering menjadi tumpuan pelancong khususnya pencinta alam dan pengkaji hidupan semula jadi. Bagi warga Lembah Klang yang ingin menikmati percutian di Bukit Fraser boleh melalui dua jalan iaitu dari Kuala Kubu Bharu, Selangor atau Raub, Pahang sebelum tiba di Gap yang menjadi pintu masuk ke puncak Bukit Fraser. Perjalanan dari ibu negara sejauh 140 kilometer dan mengambil masa kira-kira dua jam setengah.
Menyelusuri jalan sejauh lapan kilometer menaiki Bukit Fraser ternyata begitu memenatkan berikutan keadaan laluan yang sempit di samping banyak selekoh berbahaya dan curam. Namun, melihat pokok-pokok berdiri teguh di kiri kanan jalan membuatkan kami begitu teruja seolah-olah kedatangan disambut oleh tuan rumah.

Kami bertolak dari KL menuju ke Raub, Pahang. Sebelum tiba di Pekan Raub, kami ambil exit ke Bukit Fraser. Dari situ untuk samapai ke Bukit Fraser ambil jarak kira-kira 21 KM. Jika melalui Jalan Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor akan ambil jarak kira-kira 30 KM.

Lagi 8 km nak kena mendaki ke puncak. Jalan naik dan turun adalah sehala.

Jalan menuju ke Bukit Fraser memang mencabar, jalannya kecil , satu lorong yang hanya muat satu buah kereta sahaja. Jalan melalui lereng-lereng bukit yang berliku-liku.

Hari hujan

Selepas makan dan bergambar kami pun turun dari Bukit Fraser melalui jalan Kuala Kubu Baru. Ingatkan ada tempat tidur, pusing-pusing tanya hotel kat situ semuanya penuh. Maklumlah musim cuti. Jangan haraplah.



Sumber:
  1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20140705/pl_01/Tarikan-Bukit-Fraser

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks