Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)semalam
mengumumkan kadar dividen enam peratus untuk pencarumnya bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat 20 mata asas
berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah
diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada
pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.
“Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi
pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan
pasukan pelaburannya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Baru-baru ini rumah aku hampir-hampir dimasuki penyamun@perompak. Kejadian berlaku pada waktu siang di mana hampir semua orang pada ketika itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Encik Suami ketika itu sedang tidur di rung tamu. Encik suami memang time dia tidur siang sebab dia kerja malam.
Bila encik suami bangun dari tidur, dia tengok pintu rumah terbuka dan grill pintu pun juga terbuka. Setelah dicari-carinya mangga, dah terburai semuanya kat atas lantai depan balkoni rumah. Nasib baik tiada apa-apa yang hilang. Mungkin si penyamun terkejut melihat ada orang dalam rumah lalu dia terus cabut lari.
Penyamun yang penakut! kih kih kih...
Beberapa hari selepas itu, kecoh jiran-jiran sekitar rumah aku. Rumah mereka pun kena juga!. Ada yang dak kena pecah sebelumnya lagi. Kiranya rumah aku bukan kunjungan pertama si penyamun ler rupanya.
Modus operandi : WAKTU SIANG.
Jenayah pecah rumah makin berleluasa di KL
Kalau si penyamun buat kerja waktu malam, aku ler pulak yang jadi PENAKUT. Sebabnya malam-malam aku duduk rumah sorang-sorang! Encik suami pergi kerja...
Apakah hukumnya berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bekas bapa mertua?
Bolehkah menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua?
Apakah batas aurat di antara isteri dan ayah mertua, saudara lelaki sebelah suami dan adik ipar lelaki?
Bolehkan ustaz/ustazah terangkan secara terperinci?
JAWAPAN :
Hukumnya adalah haram. Anak
menantu diharamkan berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bapa mertua
kerana status mereka adalah seperti ibu dan bapa sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat ke-23, yang bermaksud, “Diharamkan
atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan;
saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang
perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan
dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari
saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara
perempuan sepersusuan;ibu-ibu isterimu (mertua);
anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah
kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan
sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan
diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan
menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali
yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’ 04: 23)
Berdasarkan ayat ini :
1. Anak menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua tidak membatalkan air sembahyang. Ini kerana ibu bapa mertua telah menjadi mahram muabbad
(mahram selama-lamanya iaitu tidak batal wudhu' dan haram berkahwin
antara anak dan ibu tiri tersebut selama-lamanya) atas sebab perkahwinan
anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas
menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut.
2.
Bapa mertua sama taraf dengan bapa sendiri. Oleh itu, aurat menantu
perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan
mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik-beradik lelaki yang lain.
Auratnya terbatas daripada pusat hingga ke lutut. Ini bererti menantu
perempuan boleh (harus) membuka rambutnya di hadapan bapa mertuanya.
3.
Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau adik ipar merupakan bukan
mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya di hadapan mereka adalah sama
dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali
muka dan tapak tangan.
Persatuan
Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat Islam
sepatutnya lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu
keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam.
Ini
adalah kerana perkara tersebut mempunyai hubung kait dengan akidah
umat Islam. Akidah adalah komponen teras dalam agama Islam.
PUM
berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan
perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk
dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran
Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12
April 2005.
Salinan Garis Panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my.
Dalam
garis panduan tersebut, antara keputusan yang diputuskan ahli-ahli
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah jelas menyatakan bahawa
dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh
orang Islam, beberapa kriteria utama perlulah dijadikan garis panduan
supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Antara
kriteria yang ditetapkan ialah majlis tersebut mestilah tidak
disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam.
Sehubungan
itu, berpandukan keputusan tersebut, pada hemat PUM, adalah amat jelas
jika upacara sambutan perayaan bukan Islam mempunyai acara ritual
keagamaan bukan Islam, umat Islam tidak boleh menyertai acara tersebut
kerana boleh menjejaskan aqidah Islam.
PUM juga amat
mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa
agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi
agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan
pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan
persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu
ini.
Dalam pada masa yang sama, seluruh pemimpin yang
beragama Islam tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli
agama tersebut. Para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga adalah
amat diharapkan supaya turut sama memahami serta menghormati prinsip
teras Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam. Pendirian teras ini
adalah sebahagian daripada kehendak ajaran agama Islam.
Semua
pihak termasuk para pemimpin di setiap peringkat serta masyarakat awam
adalah dinasihatkan supaya lebih sensitif dengan apa jua isu agama
Islam khususnya melibatkan akidah serta syariat Islam. Para pemimpin
dan masyarakat awam juga adalah dinasihati supaya akur dengan nasihat
dan pandangan para ulama dalam memelihara kedaulatan agama seperti yang
diletakkan dalam prinsip maqasid syariah.
PUM
berpandangan isu ini adalah mustahak untuk ditangani dengan kadar
segera disebabkan umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan agama
orang bukan Islam.
PUM ingin mencadangkan kepada
Jakim agar menganjurkan majlis dialog penerangan secara aktif kepada
para pemimpin dan masyarakat Islam tentang keputusan dasar ini.
Oleh
yang demikian, PUM juga bersedia bekerjasama dengan Jakim, Majlis dan
Jabatan Agama Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain institusi
untuk memberikan kefahaman dalam isu yang berbangkit ini.
Dr Mohd Roslan Mohd Nor menyandang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Ulama.