Pages

31 Aug 2012

GANGNAM STYLE....Apa tu???

Gangnam Style ialah tajuk lagu yg dinyanyikan oleh rapper Korea, PSY (Park Jae-Sang). Lagu ini dimuatkan dalam single terbaru PSY yg telah dilancarkan pada Julai lepas.

Kenapa Gangnam? Gangnam ialah satu daerah di Korea Selatan. Tempat untuk orang-orang kaya melepak sambil minum kopi. Orang yang berlagak kaya pun ada jugak melepak kat sini. Kaya dengan kad kredit...

Istilah Gangnam Style merupakan frasa baru bahasa Korea yang dikaitkan dengan fesyen mewah dan gaya hidup mewah yang menjadi trend di Gangnam, Seoul. [Korean language colloquialism that refers to a luxurious lifestyle associated with the Gangnam district]. Kalau masyarakat barat ada gaya Swag atau Yolo, maka di  Korea mereka ada gaya baru iaitu Gangnam. 



Dalam muzik video ini, PSY menari seperti kuda dan ia dikatakan kelakar (comical horse-riding dance). (Macam terencat pun ada gak skit-skit ...)


horse riding style dancing...kelakar ke terencat?

Ramai orang mengatakan kelakar cara tarian PSY tu dan ngam dengan genre muzik hip house/electro house/k-pop yang digubah oleh PSY sendiri. Mungkin itu x-factor yg menjadikan lagu ni meletup-letup di serata dunia mengalahkan muzik video Justin Bieber dan Lady Gaga. Dalam sebulan video Gangnam Style ini sudah ditonton lebih 65 juta org di YouTube.

Tapi, lagu ini sebenarnya membawa gaya hidup mewah orang Korea jer..Mana tahu suatu hari nanti Malaysia akan ada video clip "Damansara Style" ker?? " KL Style' ker??? siapa tahu???

 Di sebabkan pengaruh lagu ini, dah ada dah Gangnam Style versi Malaysia, Suasana Gangnam Raya lah, Gangnam Raya Aidilfitri 2012 lah, Gangnam (Super Kampung) Style lah, dan etc. Kalau search kat YouTube tu, berlambak dah rasanya.






Kalau nak diikutkan, lagu Gangnam Style ni takde apa2 yg istimewa pun, hanya berkisar pasal perempuan seksi, sinonim lah dengan budaya K-pop. (...the perfect girlfriend who knows when to be refined and when to get wild).

Memetik kata-kata dari seorang blogger (http://pinkexia.blogspot.com) tentang tarian PSY ini:

PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah Gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang Korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.

Sumber/Links:



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks