Pages

25 Aug 2012

Neelofa, Cahaya Bunga Biru Yang Cantik dan Bijak, Betul ke?

Juara Dewi Remaja 2010, Neelofa

Siapa yang tak kenal Neelofa? Sebelum ini aku tak berminat untuk ambil pusing dengan artis seksi sorang ni. Tapi sejak aku dengar dia ni bekas pelajar MRSM, aku mula berminat nak ambil tahu.

Betul atau tidak fakta tu? Aku pun mulalah melakukan penyiasatan. Nah, ini dia!

Biodata Profil Neelofa

Nama penuh: Noor Neelofa Mohd Noor
Panggilan: Neelofa atau Lofa
Tarikh lahir: 10 Februari 1989
Usia: 23 Tahun
Tinggi: 158cm
Asal: Pasir Mas, Kelantan
Keluarga: Ke-3 drp 9 beradik (Ayah - Melayu dan ibu - Pakistan/Arab)
Pendidikan:
  • Keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Rendah (UPSR), 8A untuk Penilaian Menengah Rendah   (PMR) 10A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM - MRSM Langkawi batch 2006).
  • Menamatkan A Level di Kolej Damansara Utama (KDU)
  • Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Selangor
Iklan: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
Klip Video: Kau Bukan Aku nyanyian Tilu
Filem: Azura (versi baru), Lemak Kampung Santan, Pak Pong, Saya Amat Mencintaimu (SAM)
Drama: Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Lara & Jiwa, Kau Yang Terindah
Pengacaraan: Paparazzi, Sekolahku Hebat, Nona
Pencapaian: Juara Dewi Remaja 2010
Blog Neelofa : neelofaheels.blogspot.com (perniagaan menjual kasut guna nama sendiri)


Cantik dan bijak memang diimpikan oleh semua kaum hawa tetapi untuk seksi, rasanya tidak semua orang perempuan mahu. Aku sendiri pun malu kalau orang kata aku seksi, kecuali encik suami yang cakap (hati aku sangat-sangatlah berbangga).

Kalau masih ada lagi yg tak percaya yg Neelofa ni X-MRSM student, boleh lihat dan baca di blog zack.blogspot.com. Penulis blog ini adalah schoolmate dia masa form 1-3. Setakat ini, fakta menunjukkan yg Neelofa ni memang well-educated celebrity unless ada fakta lain yg menyangkalnya di kemudian hari. Manalah kita tahu kan, sekarang ni kenyataan sekelip mata saja boleh berubah seperti kes ijazah kedoktoran palsu penyanyi Fazley Yaacob...


....hrrmm.

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks